Kredit foto: Instagram @fashasandha

Biarpun sudah berpisah, pelakon Fasha Sandha masih mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suaminya, Jejai.

Baru-baru ini, Fasha memuat naik dua foto anak perempuannya, Raysha Jemyma bersama Jejai.

"Seorang ayah memegang tangan anak perempuannya untuk seketika waktu, tetapi dia memegang hatinya selama-lamanya," tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi salah satu foto itu, Jejai telah mencium Raysha di bahagian bibir.

Ia mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Antaranya mengaitkan perbuatan itu dengan sumbang mahram. 

"Sebaiknya elakkan cium mulut bapa walaupun anak belum baligh. Takut jadi punca ke arah yang tak baik. Orang dulu-dulu tak begini, sebab itu kes sumbang mahram kurang. Orang sekarang terlalu bersifat terbuka. Itu yang banyak kes negatif," tulis @lisamuharam.

Namun, tak kurang juga ada yang berkongsi ia suatu tabiat normal.

"Saya sudah berumur 25 tahun, masih cium ayah dan abang-abang saya di mulut. Cium kasih sayang, cium yang hanya 1 saat, kemudian lepas. Bukan cium lama-lama sehingga masuk lidah atau melibatkan nafsu. Tak pernah rasa bernafsu pun kalau setakat 1 saat. Masing-masing ada agama. Kalau memang niat nak sumbang mahram, tak perlu tunggu cium mulut daripada kecil. Yang dari kecil ayah atau abang tak pernah cium pun jadi sumbang mahram," tulis @qie_______ pula.

Sumber berita: Forum CARI




Hakcipta iluminasi.com (2017)