Oleh pada 03 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris & Sinar

     

Mengotakan janji untuk membotakkan kepala, usahawan kosmetik dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri, memuat naik rakaman imej terbaharunya itu di laman Instagram, hari ini.

Ia sebagai melunaskan janji yang dibuat sekiranya video muzik lagu rayanya berjudul Jom Raya menjadi trending nombor satu di YouTube.

Selain memuji tindakan Aliff menunaikan janji, apa yang menjadi perhatian netizen apabila ada yang menyamakan fesyen rambutnya itu dengan penyanyi Aliff Aziz.

Mereka berpendapat kononnya Aliff turut membuat rawatan menanam rambut 'mengikut jejak' penyanyi kelahiran Singapura itu kerana terdapatnya kesan kemerahan-merahan seperti luka di kepalanya.

       

aliff syukri akhirnya botakkan kepala dikatakan tanam rambut namun ini jawabnya 2

Kredit foto: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

       

"Macam Aliff Aziz daaa... Datuk pun tanam rambut juga ke?

"Buat rawatan rambut ke Datuk?

"Kenapa rambut Datuk pun ada biji warna merah tu macam Aliff Aziz, buat hair transplant juga nampaknya," tanya beberapa netizen.

Berkali-kali disoal pengikut untuk mendapat penjelasan, Aliff bagaimanapun hanya menjawab yang dia sudahpun membotakkan rambut.

Rata-rata peminat masih memuji gaya terbaru itu kerana dianggap kena dengan wajahnya.

Dalam pada itu, video muzik Jom Raya kini sudah mencecah lebih 1.4 juta tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 30 Mei lalu.

Lagu duet bersama Zizi Kirana dan Bella Astillah itu juga mendapat lebih 8,000 komen sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

      

Kredit video: Youtube TV Terlajak Laris

     

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)