Oleh pada 17 May 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @aisyaah_aziz

Ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza menganggap cucunya, Mohamad Ayden Adrean sebagai kesayangan keluarga meskipun selepas apa yang berlaku terhadap rumah tangga anaknya dan Bella Astillah.

Menurut Siti Hafiza, Ayden disifatkan kurniaan terbaik Allah yang seterusnya menjadi cahaya hidup buat beliau sekeluarga sekalipun tidak lagi berpeluang untuk lebih kerap bersua muka nanti.

“Apa pun yang diperkatakan, kami semua sayang Ayden terutama Daddy (Aliff Aziz). Semoga Ayden membesar dengan sihat dan sentiasa bahagia. Melalui semua ujian dan kesengsaraan, perkara yang terbaik yang Allah berikan kami ialah cucu yang sangat berharga buat kami.

“Ayden akan sentiasa menjadi cahaya hidup kami walaupun kami tidak dapat melihat awak selalu di masa hadapan sayang. Umi Wan dan Tok Ayah akan sentiasa mendoakan Ayden dari jauh agar menjadi insan yang hebat suatu masa nanti,” luah Siti Hafiza dalam sebuah entri Instagram.

Semalam, pergolakan rumah tangga Aliff dan Bella menemui titik noktah apabila mereka akhirnya sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Ia susulan beberapa episod kecurangan penyanyi Sayang Sayang itu yang diakuinya sendiri.

Dalam pada itu, adik kepada Aliff iaitu penyanyi Aisyah Aziz merakamkan ucapan penghargaan kepada netizen yang telah mendoakan abangnya.

Kenyataan di ruangan Instastory itu turut disertai luahan syukur kerana wujudnya segelintir netizen yang berhati mulia mendoakan mereka walaupun sesetengahnya lagi hanya tahu mengecam dengan menyakitkan hati orang lain.

selepas aliff aziz bercerai ibu dan adik pula buka mulut 2

Kredit foto: Instagram @aisyaah_aziz

“Berdoa untuk itu juga malam ni (Khamis). Bersyukur saya tidak keseorangan. Terima kasih sebab memilih untuk sayang apabila seluruh dunia membenci.

“Terima kasih untuk aura positif (walaupun ada juga korang yang menyampah maki sini sana dan sentiasa ada bangsa Melayu kita yang kejam, saya tak faham menyakitkan orang lain tetap menyakitkan orang lain),” katanya.

        

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)