Kredit foto: Instagram Afifah Nasir & Instagram Bella Astillah
Siapa sangka selepas dicederakan oleh suaminya, Bella Astillah masih berhasrat untuk meneruskan perkahwinan tanpa menyimpan dendam.
Malah dalam sebuah kenyataan terbaru, Bella turut memberikan pujian kepada Aliff Aziz yang dianggapnya sebagai seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.
Bella menafikan dakwaan suaminya seorang "kaki pukul" kerana percaya dirinya dicederakan tanpa disengajakan oleh Aliff.
Kredit foto: Instagram Bella Astillah
Saya masih sayangkan Aliff!!! Saya tidak terfikir untuk berpisah dan masih sayangkannya malah Aliff tidak pernah memukul saya seperti yang hebat diperkatakan sejak semalam. Sebaliknya apa yang berlaku pada hari kejadian hanyalah pergelutan dan dalam situasi itu secara tidak sengaja dia mencederakan saya. Sepanjang kahwin, dia tak pernah pukul saya malah dia juga bertanggungjawab terhadap anak kami.
Sumber: Mstar
Bella turut menyifatkan pergolakan rumah tangganya sebelum ini adalah disebabkan gangguan orang ketiga.
Kredit foto: Instagram Bella Astillah
Terdahulu, Bella tercedera di bahagian muka dan lutut dalam sebuah pergelutan bersama Aliff di sebuah bilik karaoke di Cheras.