Kredit foto: Instagram Nabil Ahmad
Meskipun sering terdedah kepada kritikan sewaktu awal pengacaraannya dahulu, namun tidak dinafikan gaya pengacaraan pelawak Nabil Ahmad kini semakin diterima ramai. Aksinya yang bersahaja dan menghiburkan menjadi antara daya tarikan setiap program yang diacarakan beliau.
Namun seperti biasa tidak semua pihak senang dengan cara seseorang. Dalam ruangan Diva menerusi portal Kosmo Online melaporkan ada suara-suara sumbang yang mengkritik tindakan Nabil yang gemar bersentuhan dengan bukan mahram sewaktu mengacara. Aksi itu menjadi pertikaian kerana Nabil telahpun memegang gelaran haji.
Kredit foto: Instagram Nabil Ahmad
Ramai juga yang beritahu Diva mengenai perasaan kurang senang masing-masing terhadap Nabil, terutamanya apabila bersentuhan dengan yang bukan mahram di atas pentas. Ini bukan perkara baharu. Ia telah lama disedari teman-teman Diva sejak Anugerah MeleTOP Era lagi baru-baru ini. Cuma, makin menjadi-jadi pula tindakan Nabil sejak kebelakangan ini hingga mengundang mulut orang untuk mengata.
Sumber: Kosmo Online
Setiap pihak mempunyai pandangan yang tersendiri. Namun tidak salah jika Nabil mengambil teguran yang diberikan untuk menjadi yang lebih baik.
Kredit foto: Instagram Nabil Ahmad