Kredit foto: Instagram Nabil Ahmad

Tentu ramai yang perasan akan kelibat pelawak Nabil Ahmad dalam bidang komedi yang agak sepi lewat ini.

Meskipun memulakan karier seninya sebagai pelawak selepas menjuarai pertandingan Raja Lawak, namun dia kini dilihat lebih aktif dalam bidang pengacaraan. 

punca nabil tinggalkan dunia komedi 2

Kredit foto: Instagram Nabil Ahmad

Nabil ketika diajukan persoalan tersebut mengakui telah nekad meninggalkan dunia komedi.

Saya sudah tak nak buat lawak (persembahan televisyen). Sekarang ini saya lebih selesa buat pengacaraan. Saya nak buat sesuatu yang baru. Cuba kerja belakang tabir dan buat skrip. Saya mahu orang tengok kebolehan lain yang saya ada. Ada banyak cara nak kembangkan idea sebagai pelawak. Kini saya suka tulis skrip dan tengok orang lain keluarkan lawak saya.

Sumber: Mstar

Menurut Nabil, dia mahu berundur daripada dunia komedi dengan cara yang terhormat. 

punca nabil tinggalkan dunia komedi 3

Kredit foto: Instagram Nabil Ahmad

Dia enggan meninggalkan kerjaya pelawak apabila penonton sudah bosan nanti.

Sebagai pelawak kita kena tahu batasan waktu. Buat apa nak rendahkan maruah diri untuk bersaing dengan orang muda. Saya pernah masuk pertandingan lawak dan tak pernah tersingkir walaupun secara solo. Pencapaian itu tak cukup bagus? Jadi buat apa nak masuk sampai tersingkir? Buat apa tunggu sampai orang dah tak suka.

Sumber: Mstar

Dalam perkembangan lain, Nabil kini giat mengembangkan operasi syarikat produksinya, Nabil Productions Sdn Bhd dan akan muncul dengan sebuah sitkom baru tidak lama lagi. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)