Kredit foto: Youtube KRU Music

Mencapai sejuta tontonan dan menerima 158 ribu like, video muzik lirik Datuk Seri Aliff Syukri, Abang Nak Tegur 2.0 yang mula dimuat naik sejak dua hari lalu menduduki tangga pertama carta Trending YouTube Malaysia (sehingga artikel ini ditulis).

Aliff berharap peminat berpuas hati selepas dia melunaskan permintaan mereka yang mahu melihat dia berduet bersama isterinya, Datin Nur Shahida dalam versi baru lagu itu.

"Demi memenuhi permintaan kamu semua dan biar puas hati saya. Saya hasilkan versi Abang Nak Tegur duet dengan isteri saya.

"Kena tengok ni. Walaupun video muzik ini tak mewah, cuma dalam bilik sahaja, harap kamu semua suka," katanya dalam kiriman di laman Instagram.

Sebelum ini, video muzik lirik Abang Nak Tegur versi asal menerima kecaman dan mendapat lebih banyak dislike berbanding like di laman Youtube.

Menerusi respon netizen, rata-rata memberitahu mereka tidak gemarkan kemunculan Sajat dalam lagu duet berkenaan.

Berikutan itu, Aliff yang juga seorang usahawan kosmetik, menyiapkan rakaman versi terbaru Abang Nak Tegur dengan menampilkan isterinya sebagai pengganti bahagian vokal Sajat.

Aliff yang bakal muncul dalam filem Badang The Movie berharap agar tiada pihak terasa hati dengan teguran yang dilontarkan dalam lirik lagu berkenaan.

"Harap-harap tak ada yang terasa hati sebab susah nak terima teguran.

"Berapa like kamu semua nak beri? Jangan lupa tag dan kongsi pada kawan kamu semua," serunya dalam kaspyen itu.

Mengulas mengenai video muzik dan gandingan baru itu, rata-rata netizen dilihat berpuas hati.




Hakcipta iluminasi.com (2017)