Kredit foto: theleader.my
Kerana tidak membawa isterinya, Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid ke Sepanyol baru-baru ini, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, 30, dikatakan mempunyai skandal dengan Nur Sajat.
Kesal dengan dakwaan liar yang tersebar, Aliff menjelaskan isterinya sedang hamil anak keempat, justeru tidak boleh menaiki penerbangan selama 21 jam itu.
Kredit foto: Instagram Aliff Syukri
“Saya kesal ada netizen mendakwa saya sengaja tidak membawanya kerana ada hubungan dengan Nur Sajat.
“Cerita sebenarnya, isteri saya hamil dan tidak boleh menaiki penerbangan selama 21 jam. Dia sendiri memutuskan tidak ikut kerana kesihatan dan tidak mahu menyusahkan semua orang di sana kelak," katanya menurut portal Harian Metro.
Aliff menyifatkan tuduhan yang diperkatakan itu sebagai gosip liar.
“Cerita saya skandal dengan Nur Sajat itu cuma dakwaan liar,” katanya.
Terdahulu, Aliff dan Sajat ke Sepanyol untuk rakaman muzik video lagu duet mereka, Abang Nak Tegur, arahan Yusry Abdul Halim.
Sementara itu, video lirik Abang Nak Tegur yang dimuat naik di laman Youtube pada 23 November lalu telah meraih lebih 3.8 juta tontonan dan menerima lebih 330,000 dislike.
Dalam pada itu, Aliff berkata, dia tidak terasa hati dengan kecaman yang dilontarkan netizen terhadap nyanyiannya.
“Saya tahu suara saya tidak sedap dan kedengaran seperti katak puru. Bagaimanapun, saya bukan menyanyi kerana mahu tunjuk vokal atau seumpamanya.
“Saya lakukan untuk suka-suka dan sekadar menghiburkan ramai. Lagipun lagu itu memang sedap dan sebenarnya banyak mesej baik dalam liriknya,” katanya.
Sumber berita: Harian Metro