Kredit foto: Youtube KRU Music
Dalam tempoh sehari dimuat naik di laman Youtube, video muzik rasmi Abang Nak Tegur 3.0 sudahpun meraih hampir 400,000 tontonan!
Lebih menarik, video lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu menduduki tangga kedua carta trending Malaysia.
Pun begitu, video muzik yang dimuatnaik di saluran KRU Music itu harus akur dengan penerimaan 57,000 jumlah dislike berbanding hanya 21,000 like.
Versi 3.0 kali ini memberi kejutan kerana gandingan pengasas D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bersama Nur Sajat, turut disertai isterinya, Datin Nur Shahida.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen dilihat masih tidak berpuas hati kerana Sajat dikekalkan dalam versi berkenaan.
“Dah makin seram aku tengok perangai Sajat ni. Mujur Youtube buat butang dislike. Terima kasih Youtube," komen Amir Ashri.
“Ya Allah hatiku gelisah mahu dislike atau like. Maaf Datin Shahida, saya terpaksa dislike," tulis Rain Jackson.
“Siapa di sini tunggu video ini hanya nak dislike saja? Kita kawan," kata Sayur Hitam.
“Walaupun ada Datin tetapi bahagian suara perempuan tetap kedengaran garau. Maaf cakap, video dah bagus sangat dah. Aku sendiri tak tahu nak like atau dislike," kritik Yaya Tiaara.
Dalam masa sama, masih ada segelintir netizen yang rela mengabaikan bahagian vokal Sajat kerana lebih menghargai kualiti video muzik yang dihasilkan.
"Lagu ini layak dapat likes. Bagus saja. Bukan senang nak buat hasil video muzik sebegini. Saya tak kisah suara Sajat itu sebab keseluruhan video ini diterajui Datuk Aliff. Hasil kerja yang baik!" puji Amirul Hakim.
"Naikkan ibu jari (tanda bagus) untuk video ini," celah Natasha Zahari.
"Hebat betul!" cetus Adham bin Ahmad Kamil.
"Berbaloi macam romantik Latin," kata Gaming Noob.
Sumber berita: Sinar Harian