Oleh pada 03 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Bella Astillah & Instagram Almy Nadia

Nampaknya sejak kisah rumah tangga penyanyi Aliff Aziz yang diganggu orang ketiga menjadi tular, ramai para isteri di luar sana berasa terancam.

Terutamanya golongan selebriti yang sudah mempunyai suami (apatah lagi yang kacak) kelihatan tidak senang duduk lalu tampil memberikan kenyataan berbaur amaran di laman Instagram.

Dimulakan dengan aktres Rozita Che Wan, diikuti dengan isteri kepada aktor Shukri Yahaya dan yang terkini, isteri kepada aktor Fizz Fairuz iaitu aktres Almy Nadia pula.

Menerusi kiriman Instagramnya, Almy mengingatkan para wanita di luar sana agar tidak menyimpan hati untuk menggoda Fizz atau mereka akan menerima habuan daripada beliau - muka bakal disagat pada jalan tar! 

susulan isu perkahwinan aliff aziz isteri fizz fairuz almy nadia beri amaran 2

Kredit foto: Instagram Almy Nadia

Ini adalah suami saya tau, dia dah ada anak dara tiga orang tau. Jangan sesiapa cuba nak rampas suami saya. Jangan cuba-cuba tau. Suami saya ni pemurah sedikit, senang tabur duit kat orang, senang lembut hati, suami saya ni baik walaupun nampak garang. Cuma nak beritahu, ini suami saya. Siapa cuba suami saya, muka dia akan kena sagat dekat jalan tar tau. Takut zaman sekarang, bahaya, saya cuma jadi diri saya saja.

Malah Almy turut menegaskan kenyataan yang dikeluarkannya adalah jujur dari hati, justeru dia membuka ruang kepada para pengikutnya yang tidak berkenan dengan kiriman itu untuk menyekat atau berhenti mengikutinya di Instagram.

Untuk rekod, Almy sebelum ini pernah berhadapan dengan krisis rumah tangga apabila seorang aktres mendakwa dirinya digoda Fizz di set penggambaran sebuah drama. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)