Kredit foto: aljukimong.blogspot.my
Presiden Seniman, Zed Zaidi tidak melepaskan peluang untuk turut sama melontarkan pandangan berkenaan isu yang melanda perkahwinan penyanyi Aliff Aziz baru-baru ini.
Zed dalam kenyataannya berpendapat kontroversi yang ditimbulkan Aliff telah memberi impak negatif terhadap imej industri hiburan tempatan.
Kredit foto: malaysianaccess.com
Pertamanya dalam industri seni, kita bawa imej. Kedua ia melibatkan rumahtangga, jadi kita tak boleh nak kacau sangat, cuma saya boleh bagi pandangan dari sudut pandangan saya. Bagi saya, lu Aliff memang tak gentleman. Sebab sebagai lelaki kena hormati wanita lebih-lebih lagi isteri kita yang sentiasa di belakang kita. Jujur bagi aku, Aliff dah cemarkan imej artis Malaysia walaupun kau bukan artis Malaysia. Kau kena hormat artis Malaysia. Bila kau (Aliff) buat macam ini, imej artis Malaysia tercalar sedangkan kau artis luar. Aku tak nak kacau rumah tangga kau, itu kau jawab dengan Tuhan.
Zed turut mengimbau beberapa isu panas yang diterbitkan oleh selebriti luar negara yang mencari makan di Malaysia sebelum ini, sekaligus menegaskan mengapa selama ini dia berjuang untuk mengawal kemasukan artis luar yang tidak berkualiti serta membantu Malaysia terutamanya dari segi cukai.
Kalau libatkan industri, aku bukan habis kat balai polis, aku akan bawa kau ke Imigresen, sampai kau tak boleh masuk Malaysia lagi. Tapi aku teringat kata-kata isteri kau yang masih sayangkan kau, jadi aku hormat. Dari segi industri kau memang tak hormat artis Malaysia. Inilah masalah artis luar. Ini perjuangan saya dari dulu lagi sampai sekarang. Sekarang rakyat Malaysia dah tahu, kenapa kita perlu kawal kemasukan artis luar ke Malaysia disebabkan benda-benda buruk. Kalau kita nak bawa, biar bawa yang berkualiti dan membantu industri kita terutama dari sudut cukai, hiburan
Ditanya pendapatnya tentang penglibatan aktres muda tempatan, Afifah Nasir dalam isu tersebut, Zed beranggapan ia di luar bidang kuasanya kerana masalah yang ditimbulkan oleh mereka tidak berlaku dalam waktu kerja.
Kredit foto: artisbuzz.com
Dia macam nilah, benda itu berlaku bukan dalam penggambaran, ini di luar penggambaran bermakna ini hal peribadi. Jadi saya tak kacau hal peribadi, masing-masing pandailah jawab. Apa yang saya boleh nasihat kepada artis-artis Malaysia dan juga artis luar, terutama artis-artis muda, tolong jaga kelakuan, sifat dan apa saja perangai anda supaya jangan mencemar lagi imej negatif artis Malaysia. Salah satu tugas Seniman ialah menjaga imej artis Malaysia.
Malah Zed memberitahu dia juga mempunyai perancangan untuk mengadakan kursus bagi melahirkan pelapis baru dalam industri hiburan yang lebih berkualiti.
Seniman dan pihak Finas akan kerjasama untuk buat kursus khas menolong mereka sebelum masuk industri ini. Ianya macam kahwin. Sebelum kahwin kena pergi kursus dulu. Dah ada sijil tu baru boleh layak masuk industri ini.
Ditanya tentang tindakan yang bakal diambil Seniman terhadap Aliff, Zed akui tidak mempunyai perancangan ke arah itu kerana masalah yang ditimbulkan bersifat peribadi. Bagaimanapun sebagai rakyat Malaysia, Zed berasa terkesan dan mempunyai pendapatnya yang tersendiri.
Ini hal peribadi kalau masuk campur kita pula tak gentleman. Tapi apa boleh saya baritahu adalah pandangan saya sebagai Zed Zaidi yang mewakili rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia tak buat benda benda macam ni bro. Kau kena ingat ini Malaysia bukan negara kau. Kalau ada apa-apa berlaku, memang gua kasi hentam sama lu la sebab ini negara aku tau. Aku tahan sabar sebab aku masih hormat kau lagi sebab isteri kau. Isteri yang kau pukul tu rakyat Malaysia tau. Aku boleh macam-macam dengan kau, aku boleh buat aduan dengan Imigresen sampai kau tak boleh masuk Malaysia. Jadi jaga perangai kau, kalau kali kedua kau buat kau jagalah bro, gua cari lu sampai dapat!
Sumber berita: Rotikaya