Kredit foto: hangat.com
Berada dalam tahanan lokap selama dua malam dirasakan umpama dua minggu oleh penyanyi Aliff Aziz.
Menerusi kenyataan yang dibuat dalam sidang media yang berlangsung Isnin lalu, Aliff menceritakan detik-detik bagaimana dia menghadapi dua hari yang paling gelap dalam hidupnya - namun tempoh itu digunakan sebagai peluang untuk mendekati Ilahi.
Kredit foto: Youtube Jebart Media
Ini pengalaman pertama saya dan situasi ditahan polis ini bukan perkara main-main. Di dalam sana betul-betul telah membuka mata saya. Penahanan saya itu satu mesej dari Tuhan. Di dalam sana semua ada cerita masing-masing, dalam keadaan itu saya faham dan saya dapat ruang untuk 'bercerita' kepada-Nya. Saya lebih banyak berdoa. Ia adalah tempat yang menyedihkan kepada mana-mana manusia sekalipun. Dua malam ditahan di dalam lokap dirasakan tempoh paling lama, hitam dan gelap dalam hidup saya. Rasa seperti dua minggu!
Sumber: Astro Gempak
Aliff turut melahirkan kesyukuran kerana diberi peluang kedua oleh isterinya, Bella Astillah untuk membetulkan semula kesilapan yang dibuat.
Kredit foto: Instagram Bella Astillah
Saya tidak dapat membayangkan perasaan bermalam di lokap bertahun-tahun. Saya bersyukur Tuhan hantarkan seseorang bergelar isteri yang tabah dan baik. Bukan mudah nak memperbaiki kerosakan yang sudah saya lakukan.
Sumber: Astro Gempak
Terdahulu, penyanyi kelahiran Singapura itu ditahan polis selepas didakwa mengasari isterinya dalam pergelutan yang berlaku di sebuah kelab karaoke di Cheras.