Kredit foto: Instagram Aliff Aziz & sensasi.org
Rasanya semua sudah sedia maklum dengan isu yang melanda pasangan pelakon drama "Izinkan Aku Mencintaimu" iaitu Aliff Aziz dan Afifah Nasir. Susulan kedua-dua pelakon ini "kantoi" di pusat karaoke berdua-duaan, masing-masing telah mengeluarkan kenyataan media untuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
Oleh kerana kedua-dua pihak mempunyai versi cerita yang berbeza tentang insiden tersebut, kemelut yang dihadapi mereka dilihat tidak berkesudahan apabila masing-masing menuding jari sesama sendiri.
Pun begitu, Aliff telahpun memohon maaf kepada umum dan mengakui kesalahannya, manakala Afifah pula masih menyalahkan produksi drama kerana dakwanya, dirinya berhubungan rapat dengan Aliff kerana arahan daripada pihak produksi.
Terkini, melalui sebuah wawancara terbaru Aliff meluahkan perasaan selepas sekian lama dihimpit kontroversi berkenaan.
Kredit foto: Instagram Aliff Aziz
Menurut Aliff, dia mula menyedari sifat sesetengah individu yang sanggup bermati-matian menegakkan benang yang basah.
Saya lihat ada manusia yang sanggup buat apa saja untuk kepentingan dan menutup khilaf diri.
Sumber: BH Plus
Justeru Aliff ada tindakannya yang tersendiri untuk mengelakkan kontroversi yang sama berulang.
Saya percaya buat masa ini, heroin lain pun akan berhati-hati jika dapat tahu akan bergandingan dengan saya. Begitu juga dengan saya. Namun, secara khusus buat pelakon itu (Afifah Nasir), gandingan kami ini mungkin yang pertama dan terakhir. Noktah. Saya berbuat begitu kerana mahu mengelak kesan dan perkara lama terbuka semula. Lebih baik saya jauhi.
Sumber: BH Plus
Bagaimanapun Aliff tidak mempunyai masalah untuk kembali berlakon dalam produksi yang sama.
Kredit foto: Instagram Aliff Aziz
Saya pula tidak serik untuk bekerja dengan produksi ini. Namun, dengan apa yang terjadi dan andai ada peluang bekerjasama di bawah produksi sama, saya kena lebih berhati-hati. Saya juga berharap produksi ini tak serik untuk menawarkan saya peluang berlakon lagi.
Sumber: BH Plus
Untuk info, Aliff pernah digosipkan dengan beberapa selebriti wanita sebelum berkahwin termasuk aktres Anne Ngasri dan penyanyi Adira. Malah penyanyi muda itu juga pernah terpalit dengan beberapa kontroversi besar sehingga ada yang memberikan jolokan "bad boy" kepadanya.
Namun Aliff mendedahkan kehadiran Bella yang dikenalinya sejak beberapa tahun lalu mengubah dirinya menjadi seorang lelaki yang berbeza. Diharapkan selepas isu ini, Aliff akan lebih menghargai Bella dan fokus untuk mengekalkan reputasinya sebagai seorang artis yang bersih daripada kontroversi liar.