Sebelum ini kami pernah berkongsi satu artikel mengenai 5 hidangan paling mahal di muka bumi. Kali ini, kami ingin berkongsi hidangan pencuci mulut mahal yang boleh didapati di pusat membeli-belah sahaja. Tidak perlu ke restoran eksklusif untuk menikmatinya.
BESARKAN TEKS A- A+
Sekiranya anda penggemar aiskrim import mahal berjenama seperti Ben & Jerry's, Haagen Dazs dan sebagainya, mungkin anda perlu cuba aiskrim kon terbaru ini jika anda berkunjung ke London.
Pusat beli-belah Selfridges di sana baru-baru ini memperkenalkan aiskrim yang diberi nama "Billionaire Soft Serve" yang dijual pada harga £99 (RM548).
Kenapa mahal sangat?
Ini disebabkan aiskrim seberat 350gram itu mengandungi elemen-elemen berikut:
1. Gelato karamel masin.
2. Kon buatan tangan yang dicelup ke dalam coklat gelap Madagascar yang jarang ditemui.
3. Batang pipet dan sfera gelato yang diisi ekstrak buah mangga, halia dan markisah.
4. Truffle coklat putih Belgium yang diisi sos karamel masin.
5. Macaron raspberi yang dihiasi dengan coklat putih dan berlian tulen yang boleh dimakan.
6. Helaian dedaun emas 24 karat.
7. Batang coklat yang dibalut dengan daun emas.
8. Sudu coklat dengan emas.
9. Kacang pecan yang dikaramelkan.
Walaupun jumlah masa keseluruhan elemen aiskrim mengambil masa lebih dari 4 jam untuk dibuat, namun kebanyakan elemen sudahpun disediakan lebih awal.
Walau bagaimanapun, aiskrim ini hanya akan mula disiapkan apabila pelanggan membuat pesanan dan para pelanggan perlu menunggu lebih kurang 15 minit sebelum boleh menikmati aiskrim lazat ini.
Tontonlah sendiri bagaimana aiskrim ini dihasilkan:
Bolehlah cuba sendiri kalau nak tahu rasa keajaiban aiskrim mahal ini. Kalau cair dan termenitik atas lantai, jangan menangis pula ya!
Rujukan: Business Insider, Metro UK