Setiap kali rakyat Malaysia nampak sesuatu barang dijual pada harga melampau, akan terpacul keluar satu ayat yang biasa kedengaran:

"Ini jual harga Yahudi ni!"

Tak kiralah yang jual tu Melayu, Kadazan, Iban, Bajau, Cina atau India; yang akan dipersalahkan tetap orang Yahudi walaupun orang Yahudi duduk beribu-ribu kilometer jauhnya dari kita.

Kenapa Yahudi disamakan dengan mentaliti cekik darah ni dan dari mana datang persepsi buruk ini?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sejarah ringkas istilah Yahudi

orang yahudi jewish

Yahudi atau 'Jewish' merupakan nama yang diguna bagi menggambarkan kabilah atau komuniti yang dimulakan oleh salah seorang anak kepada Nabi Yaakub as. bernama Yahuda (boleh juga dieja sebagai Yahudza atau Yehudah), anak ke-4 kepada Rasul Allah tersebut.

Keturunannya yang beranak pinak akhirnya membentuk sebuah kerajaan bernama Kerajaan Yahuda.

Sementara istilah 'Jewish' pula merupakan istilah bahasa Inggeris terjemahan kepada 'Yahuda' yang mempunyai sejarah panjang.

Istilah 'Jew' masih baru diperkenalkan di kalangan masyarakat barat, bermula daripada penggunaan yang direkodkan kali pertama dalam kitab Perjanjian Baru bab John 18:35; ditulis sebagai 'Gyv'.

Sebelum istilah 'Jew' atau 'Jewish' digunakan, istilah 'iudaeus' digunakan oleh orang Rom merujuk kepada orang Yahudi.

Selepas Perancis menjajah England pada pertengahan abad ke 11, orang Yahudi yang menetap di Perancis mula berhijrah ke England mengakibatkan berlakunya asimilasi.

kenapa yahudi kedekut harga mahal yahudi jewish

Orang Yahudi mula ditulus sebagai 'juiu' sebelum beberapa variasi ejaannya membawa kepada cara ejaan berbeza seperti 'iew' dan 'iewe'. 

Masyarakat barat melakukan perubahan menetapkan sistem ejaan agar huruf 'i' dan 'j' dibezakan mengikut sebutannya. Ekoran perubahan itu - hanya pada penghujung abad ke 18, ejaan 'Jew' dimaktubkan bagi mewakili orang Yahudi dalam bahasa Inggeris.

Sementara kita kekal menggunakan istilah 'Yahudi' dalam bahasa Melayu, yang dipinjam daripada istilah asal bahasa Arab.

Stereotaip Yahudi tamak bermula sejak era Jesus Christ

judas terima matawang perak belot jesus

Persepsi orang Yahudi tamak bukan saja popular di kalangan masyarakat Melayu, bahkan sebenarnya kerap kali dipaparkan dalam media barat sendiri.

Kartun-kartun popular yang kerap memaparkan satira seperti South Park atau Family Guy, sering memaparkan watak Yahudi yang tamak.

Siri popular di Netflix berjudul 'The Umbrella Academy' juga dikritik gemar memainkan tema anti-semitik bagi mencipta persepsi buruk terhadap komuniti Yahudi.

Persoalannya, dari mana mulanya persepsi Yahudi tamak ini?

Semuanya bermula dari kisah yang berlaku semasa Jesus Christ (kami gunakan istilah ini kerana kisah ini disebut dalam kitab Bible) menceritakan tentang pembelotan dilakukan oleh sahabat Jesus yang bernama Judas Iscariot.

Judas yang telah dirasuah, bertindak mendedahkan identiti Jesus yang sebenar dengan menciumnya semasa di khalayak ramai sebagai isyarat, membolehkan ahli persidangan Sanhedrin yang diwakili berpuluh orang pemimpin Yahudi mengenalpasti Jesus dan memulakan operasi menangkap Baginda.

Sebelum kejadian itu, Judas telah pergi menemui ahli majlis Sanhedrin berjaya dipujuk untuk bekerjasama membelot sahabatnya sendiri. Ketika itu mereka tidak mengetahui wajah sebenar Jesus Christ yang menjadi ancaman kepada penganut Yahudi.

Dalam membantu majlis Sanhedrin mengenalpasti Jesus, Judas dihadiahkan dengan 30 keping perak sebagai ganjaran.

Membiarkan sahabat dibunuh demi wang ringgit

30 perak rasuah korup belot judas

Apa yang menyebabkan tindakan Judas itu dipersoalkan sehingga kini khasnya masyarakat Kristian, adalah disebabkan statusnya sebagai 'bendahari' tidak rasmi kumpulan 12 orang pengikut Jesus Christ.

Judas dituduh mempunyai sifat tamak yang tidak berkesudahan, menyebabkan dia mencuri dari simpanan kumpulan sendiri. Taviat itu bagaimanapun didiamkan saja sahabat-sahabatnya.

Selepas kumpulan Yahudi yang berkomplot dengan Judas berjaya menangkap Jesus lalu dibicarakan atas kesalahan menggugat kedudukan agama orang Yahudi, Jesus dijatuhkan hukuman mati oleh Gabenor Judea, lokasi di mana perbicaraan dilakukan.

Apa yang berlaku selepas itu, kami biarkan anda fikirkan mengikut intrepretasi kepercayaan anda. Kita kembali kepada kisah Judas.

Ada kisah yang mengatakan selepas pembelotan itu, Judas merasa kesal tak sudah sehinggakan dia tidak tahu apa hendak dibuat dengan kepingan-kepingan perak yang diperolehinya.

Apa terjadi kepada Judas Iscariot?

yahudi yang kedekut

Merujuk Bible, ada beberapa versi berbeza tentang kisah yang berlaku selepas itu kepada Judas dan wang syiling hasil hadiah pembelotannya.

Ada yang menyebut dia menggantung dirinya, ada juga yang menceritakan Judas jatuh dari tebing bukit sehingga perutnya terburai. Yang jelas John, Mark, Luke dan Matthew dalam kitab Bible bersetuju bahawa Judas memainkan peranan besar mengkhianati Jesus disebabkan sifat tamak mengejar ganjaran.

Walaupun realitinya kesemua 12 orang sahabat Jesus serta Jesus Christ sendiri adalah individu berketurunan Yahudi, perbuatan Judas yang tamak sehingga sanggup melakukan kejahatan - mula dijadikan stereotaip bahawa bangsa Yahudi tamak dengan harta serta sanggup melakukan apa saja termasuklah menganiayai saudara sendiri untuk habuan wang.

Pewaris keturunan Yahudi mula dituduh tamak haloba

kenapa mengapa istilah harga yahudi

Persepsi yang terbentuk di kalangan orang Kristian terhadap pembelotan Judas bertukar menjadi stigma, menjurus kepada persepsi tentang sifat tamak orang Yahudi dipopularkan gerakan gereja Kristian sendiri.

Sejarahnya sekitar abad ke 12 dan 13,  sistem pinjaman wang yang membawa kepada keuntungan berbentuk riba atau faedah kepada pemiutang yang dijalankan peminjam beragama Kristian mula berkurangan jumlahnya, selepas gereja Kristian mengeluarkan larangan mengamalkannya.

Larangan ini dibuat gereja berdasarkan kepada petikan dalam kitab Bible bab Deuteronomy ayat 23:20; yang mengharamkan pengenalan faedah kepada pinjaman sesama masyarakat Kristian.

Bangsa Yahudi pada ketika itu pula berdepan bermacam kekangan yang dikenakan oleh pemerintah ke atas mereka; orang Yahudi tidak dibenarkan memiliki tanah, tidak dibenarkan duduk di kawasan tertentu serta dilarang daripada menyertai kerja-kerja sebagai profesion. Pendek cerita, orang Yahudi tak dibenarkan bekerja.

Atas sebab kekangan-kekangan itu, masyarakat Yahudi melihat peluang untuk mereka menjadi pemiutang wang (pautan PDF) meminjamkan wang kepada individu beragama Kristian yang kini tidak lagi dapat terlibat dalam aktiviti pinjaman, dengan faedah dikenakan ke atas semua bentuk pinjaman.

Kesempitan hidup yang melanda masyarakat Kristian memaksa mereka meminjam hanya dari pemiutang Yahudi, mencipta sentimen tidak puas hati ke atas kadar faedah tinggi yang dikenakan.

Persepsi meminjam duit dari orang Yahudi memang mencekik darah berbanding peminjam Kristian, terus dipegang sehingga kini. Sehinggakan mana-mana peniaga yang tamak mengejar keuntungan dilabelkan sebagai 'peniaga yang jual barang harga Yahudi' akibat usaha nak untung cepat.

Sentimen ini terus diperkukuhkan dengan terbinanya empayar Rothschild yang menguasai majoriti institusi perbankan di dunia. Sama seperti Judas Iscariot, Rothschild juga adalah seorang Yahudi dan nama Rothschild kini sudah sinonim dengan sifat ketamakan mengejar duniawi.

Begitulah bagaimana pertelagahan antara masyarakat Kristian dan Yahudi satu masa dulu, mencipta persepsi buruk seterusnya menyebabkan peniaga-peniaga di Malaysia yang cekik darah pun turut dilabelkan sebagai peniaga harga Yahudi.

Ini tetap berlaku walaupun besar kemungkinan majoriti antara kita tak pernah berjumpa langsung dengan seorang Yahudi seumur hidup kita.




Hakcipta iluminasi.com (2017)