Perodua Myvi menjadi pilihan paling popular rakyat Malaysia, dibantu pakej yang ditawarkan Perodua yang memberikan sebuah kereta lengkap serba-serbi dengan harga yang berbaloi untuk dimiliki.

Namun, masih ada suara-suara mengatakan harga kereta di negara kita termasuklah Perodua Myvi sepatutnya menjadi lebih rendah. Diburukkann lagi dengan duti eksais yang dikenakan pihak kerajaan Malaysia ke atas pengeluar kereta tempatan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Benarkah dakwaan pihak-pihak ini yang mengatakan kereta di Malaysia khasnya Perodua Myvi sepatutnya dijual lebih murah? Mari kita lihat.

Nota - artikel ini ditulis dengan mengambil Perodua Myvi versi paling mahal dalam siri model terbaru, Perodua Myvi 1.5 AV berharga RM55,300 sebagait perbandingan dalam kelas yang sama kenderaan di negara-negara lain.

1. Malaysia

proton iriz kereta malaysia

Di Malaysia, saingan Myvi jelas jatuh pada Proton Iriz dan Honda Jazz.

Harga Rm56,950 untuk Iriz 1.6 paling lengkap spesifikasi ditawarkan. Bagi Honda Jazz pula, selepas ditolak cukai (seperti harga di Langkawai) harganya lebih tinggi pada kadar RM60,345 bagi varian paling rendah.

Ternyata berdasarkan nilai yang kita dapat, Myvi mempunyai kelebihan dalam pasaran rakyat Malaysia. Bagaimana dengan pasaran luar?

2. Jepun

honda fit jepun

Kita gunakan Honda Fit (nama Honda Jazz di Jepun sebagai perbandingan.

Di Jepun, sebuah Honda Fit 1.5 mempunyai harga 1,428,840 yen. Ini bersamaan dengan RM53,023.16 jika diukur mengikut kadar tukaran asing ketika artikel ini ditulis.

Bezanya, walaupun Fit lebih murah RM2,277 berbanding Myvi namun untuk mendapatkan sistem Honda Sensing yang dikata lebih baik berbanding sistem ASA yang ada pada Myvi, pengguna Jepun perlu memilih varian yang berharga 2,079,000 yen atau RM77,150.

Satu amaun yang perbezaannya agak tinggi berbanding full spec Myvi. (rujukan)

3. Thailand

toyota yaris thailand

Kami pilih dua kereta di Thailand sebagai perbandingan.

Model Toyota Yaris merupakan salah satu model popular di Thailand dengan harga 619,000 baht (RM78,199.92) bagi model full spec, tanpa ada sistem serupa dengan sistem ASA yang dipasang pada Myvi.

Mazda 2 - sebuah lagi kereta segmen B yang popular di Thailand pula berharga 790,000 baht atau RM99802.80.

Hanya sebagai perbandingan, Mazda 2 paling mahal di Malaysia berharga RM93,412.30. Ini bermakna kereta Mazda 2 di Thailand lebih mahal berbanding di Malaysia. (rujukan)

4. Australia

volkswagen polo australia

Australia menjadi pilihan kami untuk menilai sendiri apakah perubahan pada harga kereta mereka selepas berkuburnya industri automotif Australia.

Volkswagen Polo menjadi kereta kelas B nombor 1 di Australia pada harga AUD23,190 atau RM72,500.

Model Honda Jazz juga popular di sana dengan model full spec pada harga AUD26,177 atau RM81,840.40.

Jika dibandingkan dengan Myvi full spec, nampak ketara perbezaan harganya kan?

5. Singapura

mitsubishi attrage singapore

Negara jiran kita memang terkenal dengan penduduk yang memiliki kereta-kereta mewah.

Model paling laris di Singapura dalam kategori B adalah Volkswagen Polo. Jangan terkejut pula harganya adalah SGD96,900 atau RM296,004.12.

Selain itu, Mitsubishi Attrage juga menjadi kegemaran rakyat Singapura kerana penjimatan minyak yang ditawarkan, namun harganya mampu membuat kita berpeluh; SGD86,999 atau RM265,759. (rujukan harga dalam bentuk PDF)


Berdasarkan apa yang dapat disaksikan sendiri, terbukti pakej yang ditawarkan oleh Perodua sebenarnya cukup berbaloi dan lengkap, bukan sekadar di Malaysia malahan di sekitar Asia termasuklah Australia.

Kami bukanlah die hard fan Perodua tetapi kami percaya dengan melakukan perbandingan sebegini, dapatlah kita melihat situasi sebenar tentang isu harga kereta di negara kita.

Jelas sebenarnya harga kita walaupun agak tinggi bagi beberapa model, masih mempunyai model lain yang layak disifatkan value for money - berdasarkan kepada kemampuan masyarakat kita.




Hakcipta iluminasi.com (2017)