Pada tahun 2017, stok Tesla Inc mencapai sasaran, melepasi pembuat kereta mewah Jerman BMW dalam permodalan pasaran dan memanjat tangga senarai pembuat kereta paling bernilai di dunia.

Tesla adalah unik dalam kalangan kebanyakan pembuat kereta yang setaraf dengannya di mana majoriti permodalan pasarannya datang dari unjuran masa depan dan bukannya pengeluaran semasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, Tesla masih mencari arah tuju yang betul dan ketinggalan di belakang pesaing-pesaing yang lain dari segi nilai syarikat. iluminasi.com kongsikan 7 pembuat kereta paling bernilai di dunia ketika ini.

7. Tesla - RM200 billion

tesla 859

Tesla menghantar kumpulan pertama Model 3 pada musim panas yang lalu, namun jauh tersasar daripada sasarannya.

Walaupun Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk, telah mensasarkan pengeluaran 1,500 Model 3 pada suku ketiga dan dijual dengan kadar 5,000 unit seminggu menjelang akhir tahun 2017, Tesla hanya berjaya menjual 1,764 unit Model 3 sepanjang tahun 2017.

Tesla melaporkan sebanyak negatif RM17.2 bilion dalam aliran tunai bebas pada 2017 kerana ia terus melabur dengan begitu banyak bagi meningkatkan infrastruktur pengeluaran.

Visi Elon Musk untuk mengubah industri automotif sangat mengagumkan, namun dakwaan pengurus dana lindung nilai (hedge fund), David Einhorn, bahawa pelabur terpedaya dengan dengan Elon Musk, adalah benar.

Tidak seperti syarikat kereta lain, Tesla berdagang berlandaskan harapan dan bukannya prinsip.

6. General Motors Corporation (GM) - RM220 billion

general motors co

General Motors kembali mendahului Tesla dari segi permodalan pasaran, mengakhiri peloporan oleh Tesla sebagai syarikat automotif terbesar di Amerika Syarikat.

Kereta elektrik penuh, Chevrolet Bolt EV GM telah dinamakan sebagai Kereta Terbaik Tahun 2017 oleh Motor Trend dan merupakan pesaing terdekat Model 3 keluaran Tesla dari segi harga berpatutan dan jarak jauh ketika ini.

Walaupun menunjukkan prestasi positif melalui model Bolt EV, beberapa pelabur tetap berasa ragu-ragu terhadap prospek jangka panjang GM. GM telah mengatasi pertumbuhan Standard & Poor's 500 sebanyak 10 mata peratusan sejak tiga tahun lepas.

5. Honda Motor Corporation (HMC) - RM256 bilion

honda 58

Pembuat kereta dari Jepun ini terkenal dengan model popular seperti Civic, Accord dan CRV. Walaupun mencipta rekod dengan menjual 5.02 juta unit kereta pada 2017, namun permodalan pasaran Honda hanya meningkat sebanyak 1.8% dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Mungkin para pelabur prihatin dan bimbang bahawa syarikat ini akan terlambat ke era beradaptasi dengan industri automotif yang sentiasa berubah.

Perisikan Business Insider telah mensasarkan bahawa lebih daripada 20 juta unit kereta tanpa pemandu akan berada di atas jalan pada tahun 2020, tetapi Honda hanya menyasarkan untuk menlancarkan model tanpa pemandu mereka pada tahun 2025.

Ini adalah sangat ketinggalan.

4. Bayerische Motoren Werke (BMW) - RM296 billion

ibu pejabat bmw

Syarikat pembuat kereta gergasi Jerman, BMW, adalah salah satu pengeluar kereta mewah yang paling berjaya di dunia. Pada tahun 2017, BMW melaporkan jualan global sebanyak 2.09 juta unit kereta, naik 4.2% berbanding 2016.

Walaubagaimanapun, stok BMW bergelut dengan trend yang sama dengan pembuat kereta terkemuka lain. Permodalan pasaran syarikat ini turun sebanyak 16% dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

BMW melakukan kesilapan dalam permulaan era kereta elektrik dengan melancarkan model i3 dan i8 pada tahun 2013 dan 2014.

Sejak itu, BMW telah "ketinggalan dalam pembuatan kereta elektrik", kata pengurus dana Union Investment, Ingo Speich pada tahun lepas.

3. Daimler - RM351 bilion

daimler

Daimler, pemilik jenama Mercedes-Benz yang sangat mewah, adalah pembuat kereta Jerman terbesar yang menjual kira-kira 3.3 juta unit kenderaan di seluruh dunia tahun pada tahun 2017.

Seperti semua pembuat kereta terkemuka lain, permodalan pasaran Daimler sedang menuju ke arah yang salah iaitu turun 26% dalam tiga tahun yang lalu.

Tesla mungkin membawa konsep teknologi kereta tanpa pemandu ke dalam kesedaran arus perdana tetapi model sedan Mercedes-Benz S-Class 2014 Daimler akan sentiasa menjadi pilihan sebagai sebagai kereta pertama untuk memaparkan keupayaan memandu dengan mod tanpa pemandu.

Daimler juga telah banyak melabur dalam pemanduan elektrik dan pemegang saham pelaburan berharap ia akan memberikan pulangan dalam dekad yang akan datang. 

2. Volkswagen - RM423 bilion

volkswagen syarikat automotif kedua paling bernilai di dunia

Pembuat kereta Jerman, Volkswagen menjual 10.7 juta unit kenderaan pada tahun 2017, peningkatan sebanyak 4.3% dari 2016.

Ini menandakan perubahan yang bermakna bagi syarikat itu kerana reputasi Volkswagen telah merosot pada tahun 2015 apabila Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS mendedahkan syarikat itu telah menipu dalam ujian pelepasan sejak tahun 2008.

Pada bulan Mac, Ketua Pegawai Eksekutif Matthias Muller mengakui bahawa walaupun dia gembira untuk memberitahu para pelabur bahawa mereka sepatutnya harus bertenang, namun jenama Volkswagen sedang bergelut untuk mencari jalan untuk pulih.

Pemulihan ini seolah-olah berkuat kuasa sepenuhnya sekarang, dengan saham meningkat 25% pada tahun 2017.

1. Toyota Motor Corporation - RM890 bilion

toyota syarikat automotif paling bernilai di dunia

Dengan permodalan pasaran (market cap) melebihi RM800 bilion, Toyota Motor Corp (TM) dari Jepun merupakan syarikat automotif terbesar di dunia, kira-kira empat kali ganda saiz Tesla.

Toyota tidaklah kebal terhadap kelemahan keseluruhan dalam saham automotif legasi dan hanya menunjukkan peningkatan kurang daripada 1 peratus dalam tiga tahun yang lalu.

Dan walaupun Prius adalah model hibrid yang paling laris dalam sejarah, Toyota telah ketinggalan di belakang peneraju pasaran dalam teknologi kereta elektrik.

Pada akhir tahun 2016, syarikat itu melantik Akio Toyoda sebgai Ketua Pegawai Eksekutif untuk memimpin bahagian kereta elektrik yang baru terbentuk dalam usaha untuk melakukan kebangkitan semula kegemilangan Toyota.

Rujukan:

1. US News

2. BI

3. Auto Guide




Hakcipta iluminasi.com (2017)