Menurut University of Washington, minum kopi atau menghirup sup pada suhu di atas 110°F (sekitar 43°C) berisiko merengsakan mulut anda. Pada 160°F (71°C), anda akan mengalami luk melecur bakar serta-merta.
Walaupun kita tidak mengetahui dengan tepat nombor-nombor yang dinyatakan di atas, kebanyakan kita sudah dapat mengagak bahawa minuman atau kuah yang masih melepaskan wap boleh menyebabkan kecederaan kecederaan pada mulut dan itulah sebabnya kita biasanya akan meniupnya untuk menyejukkannya.
BESARKAN TEKS A- A+
Akan tetapi, adakah meniup makanan/minuman benar-benar membantu untuk menyejukkannya lebih cepat atau ianya adalah hanya perasaan psikologi kita semata-mata?
Jawapannya, YA.
Secara umumnya, terdapat 3 cara untuk untuk menugrangkan suhu makanan dan minuman:
- Anda boleh menunggu suhu bilik yang lebih sejuk menukar tenaga dengan cecair panas, tetapi selalunya ia memerlukan lebih banyak masa
- Anda boleh meletakkan kiub ais dan mempercepatkan proses penyejukan air, tetapi minuman anda akan mencari lebih cair dan rasanya menjadi kurang sedap.
- Atau, anda boleh meniupnya, memberikan nafas sejuk anda kepada cecair panas, menyejukkannya lebih cepat daripada membiarkannya sejuk dengan sendirinya.
Pengaliran haba dalam makanan
Apabila anda meniup udara ke atas makanan panas, anda menghantar udara yang mempunyai suhu hampir dengan suhu badan anda — purat 37 darjah selsius — dan menggunakannya untuk menggantikan udara yang lebih panas dalam proses yang dikenali sebagai perolakan.
Kerana udara di sekeliling can atau pinggan kini lebih sejuk, ia meningkatkan kadar pemindahan haba.
Bayangkan begini: Jika anda mempunyai semangkuk sup di dalam bilik yang hangat, ia akan mengambil sedikit masa untuk menyejukkan sup tersebut. Tetapi jika mangkuk yang sama diletakkan di dalam bilik yang tidak dipanaskan, ia akan menjadi sejuk dengan lebih cepat.
Perkara sebaliknya juga berlaku: Bayangkan kon ais krim yang cair dengan cepat pada hari musim panas berbanding kon ais krim yang lambat cair apabila anda berada di tempat yang sejuk.
Berbalik pada persoalan utama di atas, apabila dibiarkan begitu sahaja, makanan masih akan kehilangan haba dengan memindahkan tenaga ke mangkuk, proses yang dikenali sebagai sebagai pengaliran haba (heat conduction). Meniup pada makanan atau minuman akan mempercepatkan proses pengaliran haba ini.
Proses pemindahan haba dalam air
Apabila anda meniup makanan yang mengandungi banyak lembapan, anda juga boleh melakukan pnyejukan secara penyejatan. Itulah yang berlaku apabila anda meniup yang akan memindahkan wap air dari permukaan yang dipanaskan, membolehkan lebih banyak molekul air tersejat, seperti meniup air teh yang panas.
Kerana penyejukan penyejatan adalah lebih berkesan, anda mungkin mempunyai masa yang lebih cepat untuk menyejukkan cecair daripada makanan pepejal.
Anda juga boleh membantu makanan menjadi sejuk dengan lebih cepat dengan memecahkannya/memotongnya kepada kepingan yang lebih kecil, seterusnya mengurangkan penyimpanan haba dalam makanan tersebut.
Oleh itu, lebih panas sesuatu makanan atau minuman itu, lebih banyak perbezaan suhu antara makanan/minuman dengan keadaa sekeliling. Jadi, meniup makanan/minuman akan membantu mempercepatkannya sejuk. Jika sesuatu makanan/minuman hanya hangat, mungkin tidak ada cukup perbezaan dalam haba untuk membuat perbezaan.
Ada makanan/minuman lebih sedap ketika masih panas
Walau bagaimanapun, kita tidak dapat nafikan bahawa sesetengah makanan/minuman lebih sedap dinikmati dalam keadaan sedikit panas.
Sup sebagai contoh, cenderung mengeluarkan umami semasa panas dan menjadi lebih masin apabila ia sejuk. Sesetengah orang percaya rasa sup paling sedap antara suhu 58 dan 72 darjah selsius atau betul-betul di sekitar zon bahaya.
Kredit: