Memiliki rambut berwarna merah secara semula jadi adalah satu sifat yang sangat jarang berlaku di dunia. Seiring dengan kejarangannya, anda mungkin tidak tahu bahawa golongan yang dikenali sebagai "ginger" ini mempunyai banyak ciri dan sensitiviti yang menjadikan mereka agak unik.

Genetik yang menyebabkan rambut merah adalah resesif, bermakna ia boleh wujud untuk banyak generasi tanpa sesebuah keluarga itu mengetahui mereka memilikinya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

hanya 2 redhead di dunia 357

Namun, kemungkinan ia berlaku dalam masyarakat adalah agak mustahil kecuali anda berkahwin dengan individu berambut merah.

iluminasi.com kongsikan 9 sifat unik yang dimiliki oleh golongan redhead.

1. Rambut merah adalah mutasi genetik

rambut merah adalah mutasi genetik

Seperti banyak ciri fizikal yang lain, rambut merah disebabkan oleh mutasi genetik. Perpustakaan Perubatan Negara Amerika Syarikat menerangkan bahawa rambut merah adalah sifat resesif yang disebabkan oleh mutasi dalam gen MC1R.

Sebagai sifat resesif, kedua-dua ibu bapa mesti membawa genentik (yang boleh jadi tidak aktif untuk beberapa generasi) untuk mewujudkan keturunan dengan rambut merah.

2. Hanya 2% penduduk Bumi adalah redhead

hanya 2 redhead di dunia

Walaupun sukar untuk mengumpul data tentang berapa banyak redhead yang ada di dunia, BBC menganggarkan bahawa sekitar 1% hingga 2% dari seluruh populasi dunia mempunyai rambut merah.

Dengan itu, kebanyakan redhead tertumpu di kawasan yang mempunyai penduduk Caucasian yang besar. BBC menyatakan bahawa kira-kira 19% daripada penduduk Scotland mempunyai rambut merah.

3. Rambut merah lambat untuk beruban

rambut merah lambat beruban

Tiada siapa yang kebal dari mempunyai uban ketika mencapai usia tertentu, tetapi golongan redhead mempunyai masa yang lebih panjang dalam menikmati hidup dengan warna rambut asal mereka. 

Netdoctor menerangkan bahawa rambut merah pudar perlahan-lahan dari masa ke masa menjadi perang, kemudian bertukar menjadi kelabu atau putih.

Pakar-pakar di Ginger Parrot, sebuah laman sesawang yang didedikasikan untuk semua perkara tentang rambut merah, membuat spekulasi bahawa ini kerana rambut merah mengekalkan pigmennya lebih lama.

4. Lebih sensitif terhadap suhu sejuk

golongan redhead lebih sensitif kepada suhu sejuk

Jika anda mempunyai rakan berambut merah semula jadi dan mereka mudah sejuk, ada sebab disebaliknya. 

The Guardian memetik kajian yang dilakukan oleh Louisville University di mana penyelidik mendapati bahawa "genentik rambut merah, yang dikenali sebagai MC1R, boleh menyebabkan genetik mengesan suhu menjadi terlalu aktif, menjadikan redhead lebih sensitif terhadap cuaca sejuk."

5. Lebah lebih tertarik kepada redhead

lebah lebih tertarik kepada golongan rambut merah

Tidak ada yang suka diserang oleh lebah, tetapi redhead harus lebih berhati-hati ketika berada berhampiran dengan serangga ini. 

Menurut petikan dari buku Jacky Colliss Harvey, "Red: A Natural History of the Redhead" seperti yang diterbitkan oleh Daily Mail, pelbagai kajian mendapati bahawa redhead lebih cenderung disengat oleh lebah daripada orang dengan warna rambut lain.

6. Memiliki jumlah rambut yang lebih sedikit

jumlah rambut merah lebih sedikit

Apabila anda memikirkan tentang redhead, anda mungkin membayangkan mereka dengan rambut tebal yang cantik. Namun sebenarnya redhead mempunyai jumlah rambut yang lebih sedikit berbanding kebanyakan orang.

Menurut USA Today, secara purata individu berrambut merah mempunyai 90,000 helai rambut manakala rambut blonde mempunyai 110,000 helai dan rambut coklat gelap mempunyai 140,000 helai.

Walaupun jumlah rambut redhead adalah sedikit berbanding yang lain, namun helaiannya adalah lebih tebal yang membuatkan rambut mereka kelihatan penuh.

7. Rambut merah paling sukar untuk diwarnakan

rambut merah sukar untuk diwarnakan

Mereka yang mempunyai rambut merah, sukar untuk diwarnakan kepada warna lain.

Antara sebabnya adalah ia mempunyai kaitan dengan fakta bahawa merah adalah pigmen warna yang pekat sehingga sukar untuk diubah.

Alasan lain adalah ia mempunyai kaitan dengan ketebalan yang disebutkan di atas, membuatkan pewarna rambut sukar untuk menembusi kutikula rambut.  

8. Redhead perlukan jumlas dos bius yang lebih tinggi 

golongan redhead perlukan jumlah bius lebih tinggi

Sebagai yang diceritakan legenda, golongan redhead memerlukan dos bius tambahan dalam jumlah yang besar.

Apa yang menariknya adalah mitos ini mempunyai beberapa bukti untuk menyokongnya.

Satu kajian yang diterbitkan dalam The Journal of American Society of Anesthesiologists mendapati bahawa sukarelawan dengan rambut merah memerlukan 19% lebih bius berbanding mereka yang mempunyai rambut gelap.

9. Lebih cekap dalam menghasilkan vitamin D 

golongan redhead lebih cekap untuk hasilkan vitamin d

Walaupun kulit golongan redhead membuatkan mereka lebih terdedah kepada selaran Matahari atau sunburn, mereka mempunyai satu kelebihan yang melibatkan Matahari. 

Satu kajian yang dilakukan mengenai hal ini oleh projek ScotlandsDNA mendapati bahawa redhead adalah lebih cekap dalam menghasilkan vitamin D berbanding pemilik rambut berwarna lain.

Rujukan:

1. WFLA

2. Cosmopolitan

3. RD

4. Serious Facts




Hakcipta iluminasi.com (2017)