"Perbincangan mendalam" menjadi sangat popular sejak kebelakangan ini.

Pada asasnya, ini adalah seperti perbualan falsafah 1-on-1 di antara rakan-rakan.

Tetapi pada masa kini, perbincangan yang mendalam telah menjadi cara komunikasi baru yang benar-benar membantu seseorang itu lebih mengenali antara satu sama lain.

Kali ini iluminasi.com kongsikan 9 soalan menarik yang boleh membuatkan pasangan perbualan anda terlibat dalam perbincangan tentang perkara yang mereka tidak pernah jangkakan sebelum ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Soalan-soalan ini memerlukan jawapan yang terperinci dan tiada jawapan yang betul atau salah. 

1. Adakah anda akan membuka sampul surat yang mempunyai tarikh kematian anda?

soalan psikologi

Dengan jawapan kepada soalan ini, anda boleh mengetahui tahap fatalisme seseorang iaitu persepsi mereka tentang semua peristiwa yang berlaku.

Malah, anda juga boleh mengetahui pandangan mereka terhadap kehidupan secara umumnya.

2. Adakah anda akan berkawan dengan diri anda sendiri?

adakah anda akan berkawan dengan diri sendiri

Soalan ini boleh mendedahkan tahap keyakinan diri seseorang, kekuatan dan kelemahan mereka. Ia juga boleh melihat pandangan seseorang terhadap diri mereka sendiri sama ada mereka seorang yang menarik atau tidak.

Jika jawapan mereka adalah ya, maka seseorang itu mempunyai keyakinan yang tinggi dan beranggapan bahawa diri mereka menarik.

3. Jika anda dapat melihat alat timbangan di atas kepala seseorang, apakah yang anda mahu diukur oleh alat ini?

dacing emas 922

Sebagai contoh, adakah anda ingin alat timbangan tersebut mengukur status seseorang dalam masyarakat, tahap kegembiraan mereka, tahap kekayaan atau apa-apa sahaja.

Dengan jawapan kepada soalan ini, anda akan dapat mengetahui dan memahami nilai serta keutamaan seseorang di dalam kehidupan.

Jika seseorang itu mahu mengukur kekayaan, ini bermakna dia seorang yang mengutamakan harta benda dalam kehidupan.

4. Apakah perkara yang berlainan dilakukan oleh anda berbanding orang lain?

adakah anda akan buat perkara lain daripada orang lain

Soalan ini agak tricky dan memerlukan seseorang itu membandingkan perbuatan mereka dengan orang lain. Dari sini, anda boleh memahami tahap keyakinan diri, sifat kelucuan seseorang dan tahap kegilaan dalam diri mereka.

Selain itu, anda akan dapat mengetahui betapa uniknya personaliti seseorang itu melalui perbandingan ini.

5. Jika pasangan anda tidak pernah mengetahui bahawa anda tercurang terhadap mereka, adakah anda akan memberitahu pasangan anda?

adakah anda seorang yang jujur

Ini antara soalan yang tidak senang untuk dijawab, tetapi ia amat penting dalam mengetahui keperibadian seseorang. 

Jawapan kepada soalan ini menunjukkan tahap moral seseorang dan sikapnya terhadap orang lain.

Jika jawapannya adalah ya, maka individu tersebut merupakan seorang yang jujur dan berani, serta bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukannya walaupun mempunyai peluang untuk berselindung.

6. Adakah anda pernah rasa bahawa hari-hari kebelakangan ini seperti sudah diulang 100 kali?

lakukan perkara yang sama setiap hari

Soalan ini agak menarik di mana seseorang itu ditanyakan secara rahsia akan rutin harian mereka.

Dengan jawapan kepada soalan ini, anda mungkin dapat mengetahui bagaimana seseorang itu menjalani kehidupan mereka dan sama ada kehidupan mereka bermakna bagi mereka.

Anda juga boleh mengetahui sama ada seseorang itu gembira dengan hidup mereka. Jika jawapannya adalah ya, kemungkinan seseorang itu tidak begitu gembira dengan kehidupan dan perlu mencari sesuatu yang baru.

7. Jika lelaki dan wanita tinggal di 2 planet berbeza, apa yang akan berlaku kepada kedua-dua planet tersebut?

lelaki dan wanita hidup di planet berlainan

Soalan ini adalah berkaitan dengan logik dan juga mempersoalkan penghakiman seseorang ke atas jantina.

Anda boleh mengetahui sama ada seseorang itu cenderung terhadap pemikiran stereotype atau tidak melalui jawapan mereka. Anda juga akan dapat mengetahui betapa logiknya pemikiran mereka.

8. Jika anda lakukan jenayah untuk memberi makan kepada anak anda yang lapar, adakah anda orang jahat atau adakah anda lakukan jenayah kerana terpaksa?

curi makanan kerana miskin 243

Seperti soalan nombor 5, jawapan daripada soalan ini mendedahkan tahap moral seseorang dalam kehidupan. Anda juga boleh mengetahui sikap seseorang ke atas ahli keluarga mereka ketika berhadapan dengan kesusahan.

Jika jawapannya adalah lakukan jenayah kerana terpaksa, ia menunjukkan seseorang itu berfikiran waras dan juga lebih pentingkan keluarga berbanding apa sahaja.

9. Jika wang adalah kegembiraan anda, apakah pekerjaan anda?

pablo escobar 524

Ini antara salah satu soalan terpenting dalam mengetahui sasaran dan matlamat hidup seseorang.

Daripada jawapan yang diberikan, anda boleh mengetahui harapan dan juga impian seseorang.

Ia juga boleh mendedahkan perkara yang diidami untuk dilakukan oleh seseorang serta apa yang mereka rasa kurang dalam hidup mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)