1. Puss Caterpillar

Sumber Foto: entnemdept.ufl.edu

Ulat beluncas ini nampak comel dan seronok untuk dipegang dan dibelai, namun ia bukanlah suatu keputusan yang bijak untuk dilakukan. Sengatan ulat ini boleh menyebabkan kesakitan berdenyut, ruam, bengkak, loya, sakit perut, sakit kepala, kejutan dan lain-lain.

Serangga yang kelihatan lembut ini sebenarnya mempunyai duri toksik yang akan melekat ke kulit dan menyebabkan kesakitan. Kebanyakan ulat beluncas jenis ini boleh ditemui di Florida, Amerika Syarikat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

2. Maricopa Harvester Ant

maricopa harvester ant semut serangga paling berbisa di dunia

Sumber Foto: ciudadcorazon.net

Serangga paling berbisa di dunia ini mempunyai racun yang sangat bertoksik. Semut ini menyerang dengan mencengkam dan menyuntik racun sebanyak mungkin sebelum melepaskan mangsanya.

Racunnya adalah 12 kali ganda lebih kuat berbanding lebah madu. Semut ini hanya perlu menyengat sebanyak 12 kali untuk membunuh seekor tikus, dan 350 kali untuk membunuh seorang manusia.

350 kali sengatan dengar seperti banyak, namun serangan dalam koloni mampu membunuh anda.

3. Ulat Sutera Gergasi (Giant Silkworm Caterpillar)

ulat sutera gergasi serangga berbisa di dunia

Sumber Foto: flickr.com

Ulat ini hidup di Amerika Selatan dan bertanggungjawab menyebabkan beberapa kematian setiap tahun. Ulat sutera gergasi ini mempunyai bulu halus yang membebaskan toksin beracun.

Ulat ini turut digelar sebagai ulat pembunuh. Bisa daripada serangga ini boleh menyebabkan simtom gangren (kematian sel-sel hidup) di seluruh badan, kebocoran darah ke dalam otak, dan kematian. 

Toksin ulat ini berfungsi sebagai agen anti beku yang menyebabkan darah tidak membeku serta terus mengalir dan menyebabkan kematian. Setakat ini, terdapat lebih 500 kematian yang direkodkan disebabkan ulat ini 

4. Lipan Gergasi Amazon (Amazonian Giant Centipede)

lipan gergasi amazon serangga berbisa

Sumber Foto: pinterest.com

Dengan panjang maksimum 35 cm, lipan gergasi amazon ini kerap kali dianggap sebagai lipan paling besar di dunia. Serangga ini mudah dijumpai di Amerika Selatan dan Caribbean. 

Lipan ini sangat sensitif dan agresif, dan ia akan mencengkam musuhnya dengan kesemua kaki-kakinya ketika bertarung. Racun lipan amazon sangat kuat dan berbahaya, dan boleh menyebabkan kematian kepada kebanyakan haiwan bersaiz kecil. 

Selalunya racun lipan ini tidak boleh menyebabkan kematian manusia. Walaubagaimanapun, racun serangga berkenaan boleh menyebabkan kesakitan yang amat, bengkak, demam dan lain-lain kesakitan kepada manusia.

5. Semut Peluru (Bullet Ant)

semut peluru serangga berbisa di dunia

Sumber Foto: anura.it

Semut peluru mempunyai sengatan paling menyakitkan di dunia. Ia juga adalah semut paling besar di dunia, dan memiliki sengatan kuat yang sangat berbisa. Saiz semut ini boleh mencapai 2.5 cm panjang dan kelihatan seperti tebuan yang tidak bersayap.

Serangga ini selalunya ditemui di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Semut peluru berwarna coklat kemerahan dan lebih berbulu berbanding semut biasa.

Semut ini mendapat namanya kerana kesakitan sengatannya. Sengatan semut peluru boleh mengakibatkan kesakitan yang amat sehingga 24 jam.

Menurut Schmidt Sting Pain Index, sengatan semut peluru adalah pada Tahap 4, iaitu tahap yang paling tinggi dalam indeks kesakitan. Sengatannya adalah pada tahap lebih tinggi berbanding beberapa tebuan berbisa.

6. Tsetse Fly

tsetse fly serangga paling berbisa di dunia

Sumber Foto: nytimes.com

Seperti nyamuk, tsetse fly menghisap darah manusia. Serangga ini juga berupaya menyebar penyakit berjangkit melalui gigitannya, salah satunya adalah 'sakit tidur'. Sekiranya seseorang pesakit tidak mendapatkan rawatan, jangkitan tersebut boleh membawa maut. 

Terdapat 2 hingga 3 dozen spesis tsetse Fly, dan kebanyakannya ditemui di Afrika. Saiznya adalah di antara 6 hingga 16 mm panjang.

Serangga ini kebanyakkannya hidup di hutan dan paling aktif pada waktu pagi. Kebanyakan serangan ke atas manusia dilakukan oleh fly jantan. Fly betina selalunya menyerang haiwan besar. 

7. Tebuan Asia Gergasi (Asian Giant Hornet)

9 serangga paling berbisa dan menakutkan di dunia

Sumber Foto: ourplnt.com

Tebuan ini adalah tebuan paling besar di dunia. Serangga ini hidup di sekitar Asia Timur, namun paling mudah dijumpai di kawasan bergunung di Jepun. Tebuan asia gergasi terkenal sebagai serangga yang sangat agresif dan berani.

Tebuan gergasi ini memberi larva lebah madu kepada anak-anaknya sebagai makanan. Dalam masa yang sama, ia menghancurkan keseluruhan sarang lebah.

Tebuan asia gergasi menggunakan mandibles yang kuat dan tangkas untuk membunuh lebah-lebah di dalam sarang. Seekor tebuan gergasi mampu membunuh 40 ekor lebah dalam masa kurang dari seminit.

Racun serangga ini sangat-sangat berbisa, mampu melarutkan tisu manusia. Pada tahun 2013, tebuan asia gergasi telah menyebabkan kematian lebih 40 orang manusia, dan lebih 1600 kecederaan.

8. Human Botfly

human botfly serangga paling berbisa di dunia

Sumber Foto: diariodebiologia.com

Serangga ini kelihatan seperti lebah, namun mempunyai lebih banyak bulu halus. Serangga ini selalunya menyerang ternakan, dan juga manusia. Botfly ini bertanggungjawab atas kematian banyak ternakan di tropikal Amerika. 

Telur botfly betina selalunya disebarkan melalui nyamuk dan serangga lain, yang membawa telur tersebut ke hos. Kehangatan suhu badan hos sesuai untuk telur menetas.

Setelas menetas, larva akan mula menembusi permukaan kulit hos dan kawasan berkenaan akan menjadi keras. Kadang kala, apabila pesakit mandi atau membalut luka berkenaan, mereka boleh rasa pergerakan larva tersebut.

Larva boleh dibuang melalui  prosedur pembedahan dengan menggunakan ubat kebas. Selain itu, cara mudah untuk membuang larva tersebut adalah dengan mengenakan sedikit tekanan di sekeliling luka. Namun, ianya bergantung kepada saiz larva.  

9. Driver Ant

Koloni semut jenis ini bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, dengan jumlah semut sehingga 22 juta ekor. Kebanyakan semut jenis ini boleh dijumpai di Afrika, terutamanya di hutan. 

Serangga ini akan memusnahkan apa-apa hidupan lain yang menjadi penghalang perjalanan mereka, termasuklah ular, burung, mamalia mahupun manusia. 

Serangga ini menggunakan rahang yang kuat untuk menyerang. Saiz driver ant adalah lebih besar berbanding semut biasa, dengan panjang melebihi 2.5 cm.

Serangga ini tidak menyengat mangsanya. Sebaliknya, driver ant akan mengoyak daging mangsa menggunakan struktur mulut yang dipanggil 'mandibles'. Semut ini tidak efektif secara bersendirian. 

Rujukan:

  1. listverse.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)