Oleh pada 01 Aug 2019 kategori

Bagi kebanyakan orang, lipas adalah makhluk perosak yang menjijikkan. Bagi sebahagian yang lain pula, ia adalah serangga enak yang boleh dimakan dan kepada segelintir kecil lagi, lipas adalah ubat yang sangat mujarab.

Ramai tidak tahu manfaat dan kelebihan lipas dalam kehidupan atau ekosistem bumi. Tidak ada makhluk di bumi ini diciptakan oleh Tuhan untuk disia-siakan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Seorang pekerja Gooddoctor menunjukkan salah satu sel menternak lipas

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh South China Morning Post, sebuah ladang pembiakan Cina menternak sejumlah 6 billion lipas dewasa setahun untuk tujuan perubatan. Ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana begitu banyak serangga dibiakkan dalam kawasan tertutup.

Ladang lipas yang dimaksudkan itu dikendalikan oleh syarikat farmaseutikal Gooddoctor di bandar Xichang di barat daya China. Menurut akhbar SCMP, ladang tertutup dalam bangunan kongkrit sebesar dua buah padang bola sepak itu dilengkapi dengan barisan rak yang disertakan dengan bekas terbuka yang mengandungi makanan dan air.

penternakan lipas menggunakan teknologi ai

Bangunan itu akan sentiasa dipastikan dalam keadaan hangat, lembab dan gelap sepanjang tahun. Ia juga dilengkapi dengan sistem kawalan dan pengesan AI (artificial intelligence) bagi mengetahui bagaimana lipas-lipas itu membesar.

Kerajaan Sichuan memberitahu dalam satu laporan baru-baru ini, kira-kira 28,000 ekor lipas dewasa yang dihasilkan dalam setiap satu kaki persegi di ladang ini.

Sumber protein dan penawar mujarab yang lebih murah

syarikat menternak lipas gooddoctor pharmaceutical group di xinchang

Syarikat menternak lipas Gooddoctor Pharmaceutical Group di Xinchang

Penternakan lipas adalah industri yang berkembang pesat di China. Serbuk yang dihasilkan daripada lipas telah dipatenkan sebagai ramuan Perubatan Tradisional Cina dan banyak syarikat kosmetik menggunakannya sebagai sumber protein yang murah.

Terdapat kira-kira 100 ladang lipas berskala besar yang didaftarkan di China pada tahun 2013 dan jumlahnya kita berlipat kali ganda. Pada waktu itu, penternak lipas memperolehi RM 165 untuk sekilo serbuk lipas yang dihasilkan.

produk ubat daripada lipas yang dihasillkan syarikat gooddoctor

Produk ubat daripada lipas yang dihasilkan syarikat Gooddoctor

SCMP melaporkan lagi, ladang lipas terbesar dunia di Xinchang kini menghasilkan cecair daripada serangga itu dan digunakan oleh hampir 40 juta pesakit di China bagi merawat masalah pernafasan, perut dan lain-lain lagi dengan saranan doktor. Sebotol ubat 100ml itu dijual pada harga kira-kira RM 16 dan telah diedarkan kepada lebih 4,000 buah hospital.

Sebenarnya, ramai orang yang menggunakan ubat ini mungkin tidak mengetahui bahawa dia dihasilkan daripada lipas kerana syarikat Gooddoctor hanya menyenaraikan ramuan ubat ini sebagai Periplaneta Americana iaitu nama saintifik kepada Lipas Amerika. Seorang pesakit ketika ditemuramah SCMP memberitahu bahawa dia lebih rela hidup tanpa mengetahui perkara itu.

Penyelesaian masalah sisa makanan

tapak pelupusan sisa makanan di china

Salah satu tapak pelupusan sisa makanan di China

Perluasan bandar-bandar di China telah menyebabkan berlakunya peningkatan dalam penghasilan sisa makanan yang terbuang sehingga tapak pelupusan sampah tidak mampu menguruskannya.

Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menjadikan sisa makanan ini sebagai makanan kepada lipas-lipas yang dibela secara kormesial. DI pinggir bandaraya Jinan, ibu kota Shandong, satu billion lipas diberi makan sehingga 50 tan sisa makanan sehari. Ia bersamaan dengan makanan tujuh ekor gajah dewasa.

Sisa makanan itu tiba pada waktu subuh di ladang yang dikendalikan oleh Teknologi Pertanian Shandong Qiaobin, di mana ia diberi kepada lipas melalui paip khas yang menyalurkan sisa itu terus kepada sel-sel mereka.

pekerja menyalurkan sisa makanan kepada lipas

Para pekerja menyalurkan sisa makanan kepada lipas yang diternak

Shandong Qiaobin merancang untuk menubuhkan tiga lagi kemudahan seperti itu pada tahun hadapan, bertujuan untuk memproses satu pertiga daripada sisa makanan yang dihasilkan di Jinan yang dihuni oleh tujuh juta penduduk.

Ia adalah alternatif baru setelah kerajaan China mengharamkan penggunaan sisa makanan sebagai makanan khinzir akibat penularan wabak demam khinzir Afrika yang melanda. Ia juga membantu kepada pertumbuhan penternakan lipas.

Menurut presiden Persatuan Industri Serangga Shandong, lipas adalah jalan kepada bio-teknologi untuk menukarkan dan memproses sisa dapur. Selain itu, ia juga merupakan sumber protein yang baik untuk haiwan ternakan seperti lembu, khinzir dan lain-lain lagi. Proses ini seumpama menukarkan sampah kepada sumber yang berguna.

Risiko berlakunya malapetaka

img 20220731 081600

Walaupun lipas dilihat banyak memberikan faedah kepada kita tetapi pakar-pakar telah menyarankan bahawa perlu berhati-hati terhadap potensi masalah yang mungkin boleh berlaku.

Ketua saintis dalam kajian evolusi serangga di Akademi Sains China, profesor Zhu Chaodong, berkata bahawa sekiranya lipas yang diternak ini terlepas daripada tempat kurungan mereka dalam jumlah yang banyak ia mungkin akan menjadi satu 'malapetaka'. Ia mungkin berlaku disebabkan kelalaian manusia atau bencana alam seperti gempa bumi.

Oleh itu, pelbagai garis pertahanan perlu dilakukan dan berfungsi dengan baik untuk mengelakkan bencana seumpama ini berlaku. Ini kerana lipas mampu membawa wabak misteri yang tidak dikenalpasti setakat ini sekiranya membanjiri kawasan kediaman penduduk.

Selain itu, pembiakan lipas secara intensif dan penapisan genetik di ladang-ladang besar boleh menyebabkan peningkatan evolusi lipas. Secara tidak langsung akan menghasilkan lipas yang lebih besar, lebih kuat dan mungkin dikenali sebagai "lipas super".

Pada tahun 2013, kira-kira sejuta lipas telah terlepas dari sebuah ladang di tenggara China. Ia dipercayai akibat perbuatan sabotaj seseorang di salah sebuah ladang menternak serangga itu. Pihak berkuasa tempatan terpaksa melakukan "pembasmian berskala besar" untuk menangani masalah ini.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)