Pergerakan planet yang berterusan, daya graviti, perubahan dalam sistem teras bintang menghasilkan pembentukan pelbagai jenis peristiwa astronomi.
Sesetengah peristiwa astronomi boleh dilihat oleh mata kasar dan sesetengah peristiwa astronomi lain hanya berlaku selepas berabad-abad lamanya, seperti kedatangan komet.
iluminasi.com kongsikan 9 peristiwa astronomi yang paling jarang dan menakjubkan.
BESARKAN TEKS A- A+
9. Komet Churyumov-Gerasimenko
Komet Churyumov-Gerasimenko mengorbit mengelilingi Matahari dalam setiap 6 tahun.
Komet ini mengalami pengaruh graviti Musytari ketika ia melalui laluan di antara Bumi dan Musytari.
Komet Churyumov-Gerasimenko berasal dari objek yang berais di sebelah planet Neptun dan menuju ke arah Matahari. Ia melangkau jarak 3.5 unit astronomi dari permukaan Bumi, atau 107,998,716,103,200 kilometer.
Sebaik sahaja komet ini mendekati Neptun, ia akan ditarik oleh daya graviti planet ini.
Komet Churyumov-Gerasimenko pertama kali ditemui pada tahun 1969. Semasa perjalanannya ke arah matahari, zarah-zarah berair ini melalui proses pemejalwapan kerana kepanasan Matahari.
Komet ini juga mengeluarkan sejumlah besar habuk semasa perjalanannya.
8. Ribut meteor Leonid
Ribut meteor Leonid berlaku apabila Bumi melewati orbit komet Tempel-Tuttle. Orbit komet ini mengelilingi Matahari setiap 33 tahun.
Para pemantau langit boleh menjangkakan untuk melihat 1,000 meteor setiap jam semasa ribut meteor Leonid berlaku, yang berlangsung lebih dari 15 minit.
Kejadian ini mula-mula ditemui pada tahun 1833. Dipercayai bahawa komet Tempel-Tuttle dapat menghasilkan 100,000 meteor dalam sejam.
7. Komet Hale-Bopp
Hale-Bopp adalah salah satu komet paling terang di dalam angkasa lepas. Malah, ia adalah 1000 kali lebih terang daripada komet Halley.
Komet ini boleh dilihat dengan mata kasar dari Bumi. Ahli sains angkasa menganggarkan bahawa komet Hale-Bopp mengambil 2,392 tahun untuk mengorbit mengelilingi Matahari.
Komet Hale-Bopp pertama kali ditemui oleh astronomi Amerika Alan Hale dan Thomas Bopp pada 23 Julai 1995.
Pendekatan paling hampir yang dibuat oleh komet Hale-Bopp ke permukaan Bumi adalah 193 juta kilometer.
Peluang pendekatan terhampir ke Bumi oleh komet Hale-Bopp sangat jarang kerana ia mengikuti laluan yang tidak menentu.
6. Komet Halley
Komet Halley adalah komet berkala yang mengelilingi Matahari setiap 75 tahun.
Ia dinamakan sempena ahli astronomi Edmund Halley yang pertama kali menemui komet ini pada tahun 1531.
Komet ini mengikuti orbit elips dan membuat pendekatan yang paling hampir dengan Matahari sebanyak 46 juta batu dan pendekatan jauh 35 unit astronomi.
Komet itu diterangi oleh refleksi cahaya matahari semasa perjalanannya melalui sistem Suria.
Komet Halley dapat dilihat dari pelbagai lokasi di Bumi dengan mata kasar.
Ia mempunyai panjang 14.5 kilometer dan lebar 8 kilometer, yang mana kebanyakannya adalah zarah berais.
Halley membuat lawatan terakhir di sekitar Matahari pada tahun 1986 dan akan kembali pada tahun 2061.
5. Penjajaran planet
Kemungkinan penyelarasan semula antara planet-planet dalam sistem suria adalah sangat jarang berlaku.
Para ahli sains angkasa menganggarkan bahawa terdapat penjajaran planet iaitu Marikh, Utarid, Zuhrah, Musytari, Zuhal dan Bulan akan berlaku pada tahun 2040.
Pada tahun 2000, penyelarasan planet Marikh, Zuhal, Zuhrah, Utarid dan Musytari telah berlaku.
Pada bulan Mei 2011 dicatatkan penjajaran segitiga Musytari, Utarid dan Zuhrah.
4. Ribut petir Great White
Dalam setiap 30 tahun, satu pembentukan ribut besar akan berlaku di Hemisfera Utara di planet Zuhal. Kejadian astronomi yang sangat jarang berlaku ini dikenali sebagai ribut petir putih yang dahsyat.
Pembentukan awan yang dipenuhi dengan ammonia ini disebabkan oleh guruh dan petir, dan awan ini mempunyai panjang kira-kira separuh diameter Bumi.
Dianggarkan bahawa terdapat 10 sabungan kilat dalam sesaat di sekitar atmosfera Zuhal. Petir yang berukuran 10,000 batu ini akan menguapkan kandungan air di atmosfera Zuhal.
Setelah ia menjadi padat, petir tersebut menjadi semakin kuat dan membentuk ribut petir. Ribut petir putih yang dahsyat ini dikatakan 10,000 kali ganda berbanding ribut di Bumi.
3. Peralihan Zuhrah
Peralihan Zuhrah merupakan fenomena astronomi di mana planet Zuhrah bergerak di antara Bumi dan Matahari. Ketika peralihan ini, Zuhrah boleh dilihat dari Bumi sebagai cakera hitam dalam bayangan Matahari.
Kejadian ini berlaku setiap 8 tahun tetapi kedudukan Zuhrah dalam bayangan Matahari mungkin berubah-ubah. Masa selama 100 tahun diperlukan untuk mendapatkan kedudukan yang sama dengan peralihan sebelumnya.
Kejadian peralihan Zuhrah yang terbaru direkodkan pada tahun 2012.
2. Bulan biru
Bulan biru adalah Bulan penuh kedua dalam sebulan yang sama, yang mana hanya berlaku sekali dalam 2 tahun.
Kejadian 2 Bulan penuh ini mempunyai tarak 29 hari. Disebabkan terdapat sekurang-kurangnya 30 hari (kecuali Februari) dalam sebulan, maka kejadian ini boleh berlaku, namun sangat jarang.
Malah, istilam "Bulan biru" tiada mempunyai kaitan dalam kejadian ini, namun adalah tidak mustahil untuk melihat Bulan dalam warna biru apabila wujudnya zarah berwarna dalam atmosfera.
Pada tahun 1883, apabila gunung berapi Krakatoa di Indonesia meletus, seluruh atmosfera dipenuhi dengan debu tebal dan Bulan kelihatan berwarna biru pada ketika itu, ketika hari Bulan biru.
1. Gerhana Matahari penuh
Gerhana Matahari dapat dilihat beberapa kali dalam setahun. Tetapi sangat jarang untuk melihat gerhana matahari penuh.
Gerhana matahari penuh bererti apabila Bulan menutupi Matahari sepenuhnya untuk saty tempoh yang singkat.
Untuk kali terakhir ia dicatatkan pada Novembers 2012. Para saintis menganggarkan bahawa ia tidak akan berlaku untuk 138 tahun akan datang.
Bulan melakukan pergerakan menghampiri Matahari 400 kali ganda berbanding Bumi. Dengan cara ini, gerhana matahari penuh akan berlaku, dikenali sebagai "umbra".
Ketika ini berlaku, cakera Matahari kelihatan terbenam dalam sabit Bulan.