Luar angkasa adalah satu hamparan dimensi yang sangat luas. Di sini terdapat pelbagai misteri yang masih belum dapat diungkapkan sepenuhnya oleh manusia sehingga kini.
Antara yang paling misteri sudah tentunya lubang hitam atau lebih dikenali sebagai "black hole".
Lubang hitam adalah objek yang sangat dahsyat dan dikatakan bahawa ia mempunyai tarikan yang tersangat kuat sehingga dapat menyedut serta memerangkap segala yang berada di sekitarnya.
BESARKAN TEKS A- A+
Ia mampu menyedut semua objek tak kiralah sama ada bulan, planet malah cahaya sekalipun. iluminasi.com kongsikan 6 fakta menakjubkan tentang lubang hitam.
1. 3 jenis lubang hitam
(Lubang hitam stellar)
Setakat ini, terdapat sekurang-kurangnya 4 lubang hitam yang ditemui para saintis stekat ini. Lubang hitam pertama bernama "stellar" dan bersaiz paling kecil berbanding 3 yang lain.
Lubang hitam stellar ini terbentuk sementara sebuah bintang yang lebih besar daripada matahari kita mati. Walaupun saiznya agak kecil, namun objek ini sangat padat.
Bayangkan sebuah objek yang mempunyai saiz sebesar bandar besar di Bumi tetapi mempunyai jisim 3 kali ganda daripada Matahari, itulah lubang hitam stellar.
Para saintis percaya bahawa terdapat ratusan juta lubang hitam seperti ini di galaksi kita.
Yang kedua adalah lubang hitam kecil atau mini.
Para saintis meramalkan bahawa lubang hitam jenis ini dibentuk tidak lama selepas Big Bang, yang dipercayai berasal dari pembentukan alam semesta 13.7 bilion tahun yang lalu.
Sehingga kini tiada siapa yang dapat mencari jenis lubang hitam ini.
Yang ketiga adalah lubang hitam supermassive, yang paling besar setakat ini.
Lubang hitam gergasi ini berjuta-juta atau bahkan berbilion kali lebih besar seperti matahari, tetapi mempunyai saiz diameter yang sama.
Lubang hitam seperti ini dikatakan terletak di tengah-tengah hampir setiap galaksi, termasuk Bima Sakti.
Para saintis tidak pasti bagaimana lubang hitam besar itu terhasil.
Apabila gergasi ini terbentuk, ia mengumpulkan jisim dari habuk dan gas di sekelilingnya, bahan yang berlimpahan di tengah galaksi yang membolehkannya menjadi bertambah besar.
2. Di mana lubang hitam paling dekat ke bumi?
Disebabkan oleh lubang hitam menyerap segala objek yang berada di sekitarnya termasuklah cahaya, maka lokasinya sangat sukat untuk dikesan.
Namun, kajian yang terbaru menyatakan bahawa terdapat satu lubang hitam yang paling dekat dengan Bumi.
Ia adalah lubang hitam yang diberi nama kod A0620-00 atau V616 Mon, yang terletak di buruj Monoceros dan berjarah 3,000 tahun cahaya.
Lubang hitam ini mempunyai jisim kira-kira 13 kali ganda Matahari.
3. Jarang yang terlalu dekat boleh membinasakan
Sama seperti anda melihat haiwan liar dari luar sangkar, adalah menjadi tidak masalah untuk kita melihat lubang hitam dari luar "sangkar"nya juga.
Dalam kes ini, sangkar yang dimaksudkan dikenali sebagai "event horizon". Jika anda memasuki kawasan ini, anda tidak akan dapat kembali.
Anda hanya boleh memerhati lubang hitam dari luar kawasan tersebut dan itu pun jika anda adalah seorang saintis atau seseorang yang berminat mengkasji lubang ini.
Jadi, walaupun ia sangat mengerikan namun adalah mustahil untuk sebuah lubang hitam untuk menyedut semua objeck dalam alam semesta.
4. Apa yang berlaku jika manusia disedut?
Ini adalah soalan yang paling menarik dan sering ditanyakan. Bagaimana hal ini dijelaskan? Katakanlah, anda disedut oleh sebuah lubang hitam yang bersaiz Bumi.
Jika ini berlaku, badan anda akan kelihatan seperti ubat gigi yang keluar daripada bekasnya iaitu memanjang dan meregang.
Ahli astronomi Inggeris bernama Sir Martin Rees menggelarkan fenomena ini sebagai "Spaghettification".
Jika anda masih hidup selepas disedut ke dalam lubang hitam ini, anda akan mengalami lenturan ruang masa dan dapat melihat semua yang disedut ke dalam lubang ini sebelum dan selepas anda disedut.
Ini bermakna anda dapat melihat seluruh asal-usul alam semesta bermula dari Big Bang sehingalah kepada akhir hayat alam semesta itu sendiri.
5. Lubang hitam dapat memperlahankan masa
Untuk memahami perkara ini, bayangkan sepasang kembar manusia. Seorang menetap di Bumi dan seorang lagi berterbangan ke angkasa raya dengan kelajuan cahaya sehingga dia berhenti di satu titik dan kemudian berpatah balik ke Bumi.
Kembar yang mengembara ke luar angkasa ini akan menjadi lebih mudah daripada kembar yang kekal di Bumi. Ini kerana semakin laju anda bergerak, semakin lambat masa dari perspektif anda.
Ketika anda sampai di event horizon, anda akan bergerak dengan tersangat laju disebabkan oleh daya graviti yang kuat dari lubang hitam, dan ketika itulah waktu dari perspektif anda akan menjadi lambat.
Jika anda masih tidak faham, cuba tonton filem Interstellar oleh Christopher Nolan yang dikeluarkan pada tahun 2014.
6. Lubang hitam akan lenyap suatu hari nanti
Walaupun lubang ini mempunyai kekuatan yang sangat dahsyat, namun ia tidak boleh kekal selama-lamanya. Penemuan mengejutkan ini diramalkan oleh ahli fizik terkenal Stephen Hawking pada tahun 1974.
Dan disebabkan itu, fenomena ini dinamakan sebagai radiasi Hawking.
Radiasi Hawking ini membelah jisim lubang hitam ke dalam ruang sekeliling sepanjang masa sehingga tidak ada tenaga yang tersisa dari lubang hitam itu sendiri.
Radiasi ini juga dikenali dengan nama penyejatan lubang hitam.
Rujukan:
2. Astronomy
3. Boombastis