Terdapat pelbagai spesies burung di dunia yang datang dengan ciri-ciri dan penyesuaian yang berlainan. Di seluruh dunia, dianggarkan terdapat di antara 9,000 hingga 10,000 spesis burung.
Dan antara penyesuaian yang paling biasa oleh haiwan ini adalah keupayaan untuk terbang ketinggian yang sangat tinggi.
iluminasi.com kongsikan 8 spesis burung yang mampu terbang paling tinggi.
BESARKAN TEKS A- A+
8. Mallard
Mallard berbentuk seperti itik dan mampu terbang sehingga ke ketinggian 6,400 meter, yang ke-8 tertinggi di dunia.
Burung Mallard berasal dari wilayah Afrika Utara, Amerika, Eurasia dan juga telah diperkenalkan ke Kepulauan Falkland, Uruguay, Australia, Peru, New Zealand, Peru Colombia, Chile dan Afrika Selatan.
Mallard jantan mempunyai kepala hijau berkilat serta warna kelabu pada perut dan sayap manakala burung betina mempunyai bulu coklat.
7. Andean Condor
Burung ini berasal dari Pergunungan Andres dari Amerika Selatan dan merupakan satu-satunya ahli keluarga genus Vultur.
Ia mencapai kematangan ketika berusia 6 tahun apabila ia mula terbang setinggi 6,500 meter.
Andean Condor juga merupakan salah satu burung yang mampu hidup paling lama dengan jangka hayat lebih daripada 70 tahun dan menjadikan bangkai rusa dan lembu sebagai makanan utama.
6. Hering berjanggut
Burung pemangsa ini berasal dari gunung-gunung tinggi di Eropah Selatan, benua kecil India, Tibet, Afrika dan Caucasus.
Ia adalah satu-satunya burung yang dikenali kerana memakan tulang.
Burung hering berjanggut ini jarang sekali terbang di bawah ketinggian 1,000 meter dan biasanya tinggal di atas pokok berhampiran puncak gunung sehingga ketinggian 7,500 meter di Gunung Everest.
Namun, di Selatan Amernia, burung ini dilaporkan membiak di bawah ketinggian 1,000 meter kerana kebanyakan tebing tidak terlalu tinggi.
5. Alpine Chough
Burung Alpine Chough berasal dari keluarga gagak dan membiak di pegunungan yang tinggi di Sepanyol, Afrika Utara, Nepal, Eropah Selatan dan Asia Tengah.
Ia mampu terbang tinggi, membuatkannya bersarang di ketinggian setinggi 8,000 meter.
Alpine Chough mempunyai bulu hitam berkilat, kaki merah dan paruh kuning. Ia menjadikan invertebrata sebagai makanan ketika musim panas dan makan buah-buahan pada musim sejuk.
4. Whooper Swan
Whooper Swan menyerupai angsa Bewick, namun ia lebih panjang dan sayap yang lebih besar.
Whooper Swan jantan biasanya boleh mencapai berat 9.8 hingga 11.4 kg manakala betina seberat 8.2 hingga 9.2 kg.
Kerana terlalu berat, ia memaksa haiwan ini untuk untuk hidup dalam air kerana kaki yang tidak dapat menyokong berat badan.
Haiwan ini menghabiskan kebanyakan daripada masa seharian dengan berenang tetapi semasa penghijrahan, ia boleh terbang pada ketinggian 8,200 meter.
3. Bar-hooded Goose
Burung atau angsa ini berasal dari Asia Tengah yang membiak secara besar-besaran berhampiran tasik pegunungan.
Semasa musim panas, burung ini akan menyerbu rumput pendek berhampiran tasik berketinggian tinggi dan berpindah ke selatan dari Mongolia, Tibet, Kazakhstan dan Rusia.
Ia mampu terbang di ketinggian 8,800 meter, yang ketiga tertinggi di dunia.
2. Burung jenjang biasa
Burung jenjang biasa boleh dijumpai di Eropah dan merupakan satu-satunya burung daripada keluarga jenjang yang belum diklasifikasikan sebagai pupus.
Burung ini merupakan burung pendatang yang boleh berhijrah secara jarak jauh pada musim sejuk di Afrika utara dan mampu terbang di ketinggian 10,000 meter.
1. Hering Ruppell
Hering Ruppell adalah spesis burung hering besar yang berasal dari rantau Sahel di Afrika Tengah.
Burung ini dinamakan bersempena Eduard Ruppell, seorang ahli zoologi dan penjelajah Jerman abad ke-19.
Ia adalah burung dengan kemampuan terbang tertinggi di dunia, iaitu pada ketinggian 11,300 meter.