Terlalu banyak berfikir merupakan ciri-ciri unik yang boleh dimiliki seseorang, namun ia berada di atas garisan yang membezakan di antara waras dan tidak siuman. 

Mereka yang memiliki ciri-ciri ini kerap terlalu menganalisa atau terlalu mengira sesuatu dalam setiap situasi tanpa sebab.

Ini akan membawa kepada kelumpuhan analisa, satu situasi yang mana keputusan atau tindakan tidak pernah dibuat sekaligus memberikan kesan buruk kepada hidup anda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin kongsikan 8 perkara yang berlaku kepada individu yang terlalu banyak berfikir.

1. Otak anda sentiasa berada dalam keadaan overdrive

otak sentiasa overdrive

Terlalu banyak berfikir pasti akan membawa kepada kesukaran dalam membuat keputusan, tetapi anda berfikiran bahawa anda hanyalah proaktif dan merancang lebih awal.

Ini terbukti apabila anda tidak tergesa-gesa terhadap sesuatu atau tidak dapat membuat keputusan serta merta. Sebagai contoh, apabila anda cuba merancang untuk melakukan perubahan karier.

Jika anda menganalisa semua kemungkinan yang akan berlaku dan setiap tindakan untuk setiap situasi, ia adalah bukti bahawa fikiran anda sentiasa berfikir secara berlebihan, atau pun overdrive.

2. Minda anda sentiasa berperang

fikir terlalu banyak buatkan otak anda berperang

Sebaik sahaja sesuatu timbul dalam fikiran anda, pasti akan ada beribu-ribu lagi pendapat lain yang datang dan membuatkan anda menjadi keliru.

Fikiran anda akan kerap menjadi seperti rollercoaster, dipenuhi dengan terlalu banyak emosi dan anda berasa gembira, marah, sedih dan tak puas hati pada masa yang sama.

Akan ada masanya apabila anda akan tertanya-tanya mengapa diri anda tidak berasa apa-apa emosi.

3. Anda berfikir tentang segala kemungkinan 

berfikir tentang segala kemungkinan

Bagi anda, tiada jawapan "ya" atau "tidak" yang mudah. Anda beranggapan bahawa setiap satu jawapan pasti mempunyai perkara atau mesej tersembunyi yang mengarahkan otak anda memasuki sebuah bilik gelap.

Dalam situasi tertentu, anda boleh memikirkan pilihan yang paling teruk, tak kisah ada sama ia adalah mungkin atau tidak mungkin. 

Sebagai contoh, jika pasangan anda tidak membalas mesej anda, pasti anda akan terfikir sama ada dia sibuk atau bersama orang lain dan terlupa mengenai anda. Permainan meneka yang tak berkesudahan ni akan membuatkan anda kusut.

4. Menaip mesej boleh menjadi sesuatu yang menakutkan

menaip mesej amat sukar jika terlalu banyak berfikir

Tak kisahlah apa platform sekalipun yang anda gunakan, anda akan bergelut untuk memuatnaik status atau menghantar mesej. Kesan ini dapat dirasakan dalam perhubungan.

Pada peringkat awal, anda mungkin akan berasa sukar untuk menghantar satu baris mesej kerana otak anda menghuraikan bagaimana mesej anda akan ditafsirkan.

Anda mungkin akan menaip sesuatu, kemudian memadamkannya semula dan akhirnya menghantar mesej yang lain.

5. Anda tidak mudah melepaskan sesuatu

sukar melepaskan sesuatu daripada hidup jika terlalu banyak berfikir

Anda tak mudah membiarkan sesuatu pergi begitu sahaja. Ia amat jelas memandangkan kecenderungan anda untuk berfikir secara keterlaluan dan ketidakupayaan untuk mencapai keputusan.

Pada mulanya, anda mendapat jalan penyelesaian dan kemudiannya memikirkan alternatif lain untuk membuat kesimpulan yang lebih baik.

Ini boleh menjadi kaedah kerja yang baik untuk membangunkan rancangan kontigensi untuk setiap keadaan, namun jika digunakan dalam situasi yang muda, ia akan menjengkelkan orang lain serta meletihkan diri anda sendiri.

6. Anda setia kepada mereka yang buatkan anda berasa istimewa

anda setia kepada mereka yang buatkan anda berasa istimewa

Akan ada orang yang akan membuatkan anda berasa gembira dan istimewa. Anda mungkin berasa istimewa apabila seseorang membantu anda membuat keputusan atau berkata ayat-ayat yang membuatkan anda tersentuh.

Sebaik sahaja anda mengetahui niat individu tersebut, tanpa penghakiman atau pemeriksaan terlebih dahulu, anda akan menjanjikan kesetiaan terhadap individu tersebut.

7. Anda cenderung untuk merumitkan perkara

berfikir terlalu banyak merumitkan keadaan

Ini mungkin agak jelas bagi anda. Kecenderungan anda untuk berfikir terlalu banyak boleh merumitkan situasi yang mudah kerana anda beranggapan bahawa hidup ini tiada yang mudah.

Anda akan sentiasa tertanya-tanya jika ada sesuatu yang salah dan anda akan cuba untuk memperbaiki keadaan. Oleh itu, bukan orang lain atau keadaan, tetapi anda adalah individu yang merumitkan keadaan.

8. You hate small talk

Kecenderungan anda untuk berfikir terlalu banyak telah membuatkan anda selesa untuk terlibat dalam perbualan yang mendalam dan tidak gemar untuk berbual kosong.

Anda lebih suka perbualan yang mendalam yang membincangkan butiran-butiran kehidupan dan situasi yang menarik bagi anda. Anda mahu tahu mengapa seseorang itu melakukan apa yang mereka mahu dan juga tujuan hidup mereka.

Perbualan mendalam memuaskan rasa ingin tahu yang ada dalam minda anda kerana ia menggalakkan rantaian pemikiran dalam fikiran anda, yang menjadi "makanan" kepada otak anda yang terlalu banyak berfikir.

Kecenderungan anda berfikir banyak di sebalik cinta anda untuk perbualan yang panjang dan mendalam dan tidak suka untuk ceramah kecil. Anda cenderung ke arah perbualan yang mendalam yang membincangkan butiran kehidupan dan situasi yang lazat dan anda tidak berminat bercakap tentang cuaca atau apa yang anda ada untuk makan tengahari.

Anda ingin tahu mengapa orang melakukan apa yang mereka mahu lakukan dan tujuan mereka dalam kehidupan. Perbualan yang mendalam memuaskan rasa ingin tahu ini kerana ia menggalakkan rantaian pemikiran dalam fikiran anda yang memberi makan otak yang berlebihan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)