Oleh pada 18 Oct 2018 kategori

Kereta kebal merupakan antara salah satu peralatan perang yang sangat penting, terutamanya untuk serangan darat. Kereta kebal pertama yang dihasilkan adalah Mark I oleh pihak British dan pertama kalinya beraksi pada 15 September 1916.

Sejak itu, kereta kebal melalui revolusi yang agak pantas berikutan perang seterusnya. Kini kereta kebal mempunyai teknologi yang sangat canggih dan mampu melakukan hampir apa saja untuk memusnahkan pihak musuh.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan disebalik perkembangan dan penghasilan kereta kebal, terdapat beberapa ciptaan dan rekaan yang sangat unik dan pelik.

iluminasi.com kongsikan 8 kereta kebal paling pelik dan unik dalam sejarah.

1. Kereta kebal Gustav

kereta kebal gustav

Senjata yang sangat besar dan memusnahkan ini membuatkan pihak musuh menggeletar. Raksasa ini direka dengan keupayaan untuk memusnahkan Maginot Line, sebuah kubu pertahanan kongkrit Perancis.

Setiap satu kelongsong peluru daripada kereta kebal ini mempunyai diameter 80 sentimeter. Kereta kebal Gustav mempunyai berat 1,300 tan dan mampu melancarkan peluru lebih daripada 4 tan.

Namun, kekuatan kereta kebal ini juga merupakan kelemahannya. Kos dan usaha untuk mengangkut mesin ini membuatkannya tidak praktikal, dengan kata lain, menyusahkan.

2. Kereta kebal T-35 Rusia

kereta kebal t 35 rusia

Kereta kebal T-35 mempunyai tidak kurang daripada 3 meriam dan boleh ditembak dari arah belakang pada kadar yang tinggi.

Kereta kebal besar dan panjang ini yang mana mula dihasilkan pada tahun 1933, telah menggagalkan Red Army disebabkan oleh masalah mekanikalnya yang sangat kerap.

T-35 mempunyai panjang hampir 10 meter, 3 meter tinggi dan 3 meter lebar dengan berat mencecah 54 tan. Tentera Soviet sangat berbangga dengan kereta kebal ini yang mana kerap digunakan dalam meronda-ronda di jalan-kalan serta di dataran bandar.

Walaupun T-35 merupakan kapal kebal yang tidak terlalu berkualiti untuk tujuan bertempur, namun ia menjadi simbol kemajuan teknologi dan industri.

3. Kereta kebal M67 Flamethrower

kereta kebal m67 flamethrower

Ini merupakan kenderaan yang anda tak boleh nampak setiap hari di mana kereta kebal ini yang dilengkapi dengan penembak api gergasi.

Terdapat beberapa variasi kereta kebal yang mempunyai kebolehan ini namun tak ada yang lebih popular daripada M67.

Keinginan terhadap kereta kebal yang mampu mengeluarkan tembakan berapi bermula daripada keperluan untuk mengusir pihak musuh bersembunyi di kawasan yang terjaga dengan baik.

M67 adalah jenis kereta kebal pertempuran M48. Penembak api pada kereta kebal ini dikuasakan oleh sebuah tangki berkapasiti 1,500 liter yang dipenuhi dengan petrol pekat.

Apa yang menakutkan mengenai kereta kebal ini adalah ia mampu menembak api melebihi 55 saat dengan jarak maksimum 280 meter, hampir menyamai ketinggian Menara Eiffel.

4. Kereta kebal Bobbin 

kereta kebal bobbin

Kereta kebal Bobbin adalah salah satu kereta kebal yang paling menarik dari Tentera British. Ia mempunyai kain kanvas untuk membantu kereta kebal ini bergerak melintasi pasir yang lembut.

Kereta kebal ini digunakan terutamanya ketika Perang Dunia Kedua. Pengubahsuaian yang agak pelik terhadap kereta kebal pertempuran utama British ini dilakukan terhadap dua meriam di bahagian hadapan dengan membawa gulungan kanvas yang besar.

Apabila kereta kebal ini dipandu ke hadapan, kanvas tersebut akan terbuka yang menghamparkan "permaidani merah" untuk kereta kebal ini melaluinya, terutamanya di kawasan berpasir.

Permaidani tersebut bersaiz 3 meter lebar dan 61 meter panjang.

Salah satu tangki yang paling menarik dari Tentera British, ia mempunyai kain kanvas untuk membantu tangki bergerak 

5. Kereta kebal Mark IV

kereta kebal mark iv

Mark IV adalah kereta kebal yang digunakan oleh British dalam Perang Dunia Pertama. Kereta kebal ini tidak terlalu terkenal untuk reka bentuknya yang unik tetapi ia juga digelar "Fray Bentos", bersempena pengepungan Fray Bentos di mana seorang kru telah terperangkap beberapa meter sahaja daripada garis musuh selama beberapa hari.

Mereka terselamat dengan menggunakan kereta kebal ini sebagai perlindungan. Mark IV merupakan versi yang lebih kuat berbanding kereta kebal British yang pertama, Mark I. 

Secara statistik, Mark IV merupakan kereta kebal paling penting dalam Perang Dunia Pertama. Pihak British menghasilkan lebih daripada 1,200 unit mesin ini.

Kereta kebal moden pada hari ini mampu mencapai kelajuan 64 kilometer sejam, namun kereta kebal lagenda ini merangkak dengan kelajuan kurang daripada 6.4 kilometer sejam.

6. Kereta kebal Mentadak

kereta kebal mentadak

Ini merupakan salah satu reka bentuk yang paling menarik dan pelik pernah disaksikan terhadap sebuah kereta kebal. Walaubagaimanapun, kereta kebal British ini tidak sempat untuk sampai ke tahap penghasilan.  

Prototaip kereta kebal ini mampu menembak melepasi halangan namun ia diselubungi dengan masalah. Ia lebih kepada mesingan mudah alih, berbanding kereta kebal.

E.J Happ merekabentuk dan menghasilkan "Kereta Kebal Mentadak" ini. E.J Happ merupakan pemilik County Commercial Cars dan menceburkan diri dalam perniagaan kereta kebal untuk seketika. 

Idea di sebalik kenderaan berperisan ini adalah untuk menembak melepasi tembok atau halangan dan kekal tersembunyi. Walaupun ia tak sempat beraksi namun agak menarik jika digunakan dalam peperangan.

7. Kereta kebal Tsar Rusia

kereta kebal tsar rusia pelik

Kereta kebal Tsar Rusia ini mungkin merupakan kegagalan terbesar dalam sejarah kereta kebal. Namun, ia tidak sepenuhnya tepat kerana secara teknilak, ia sebenarnya bukan sebuah kereta kebal. 

Walaupun begitu, ia direka untuk banyak tugas yang sama seperti kereta kebal. "Kereta kebal basikal" gergasi ini direka khas untuk kawasan yang sukar dilalui.

Model skala kecil kereta kebal ini bertindak dengan begitu baik dalam memanjat buku tebal di pejabat Tsar di Rusia, maka mereka membuat keputusan untuk membiayai penghasilannya.

Tsar menyumbang 250,000 Rubel dalam projek itu membuatkan para jurutera bersetuju untuk menamakan kereta kebal ini bersempena namanya.

Ketika ujian, roda belakang kereta kebal ini tersekat dan ia kekal di lokasi tersebut sehingga ia dijual untuk besi buruk. Hanya 1 unit sahaja dihasilkan dalam sejarah.

8. Kereta kebal Tortuga

kereta kebal tortuga venezuela

Kereta kebal unik ini direka oleh Tomas Pacanins dari Venezuela di mana roda belakangnya dipasang lekat bersama. Ia menjadikan kereta kebal ini sebagai kenderaan "half-track".

Apa yang menariknya adalah kereta kebal Tortuga ini dibina di atas rangka trak Ford 6X4. Bumbung berbentuk kubah yang anda lihat di bahagian atas kenderaan ini dilengkapi dengan mesingan berputar 7mm.

Hanya 7 unit kereta kebal pelik ini dibina dalam sejarah.




Hakcipta iluminasi.com (2017)