Politik identiti kini menjadi satu senjata ampuh segelintir pihak, dalam cuba memandu ideologi masyarakat dunia ke arah yang bertentangan.

Salah satu elemen utama yang dijadikan senjata utama pihak sebegini, adalah penggunaan simbol universal milik semua sebagai bentuk kepada terjemahan ideologi songsang yang ingin diketengahkan, sehinggakan simbol yang asalnya hanya fenomena alam semulajadi sudah mempunyai sentimen yang berbeza.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Penggunaan elemen seperti pelangi dan warna kini kerap diguna sebagai senjata, sehingga menyukarkan banyak pihak khususnya 5 komuniti yang bendera rasmi mereka kini mudah dipandang serong sesiapa yang tak tahu hakikat sebenarnya.

1. Bendera rasmi negeri Pernambuco, Brazil

pernambuco brazil efi45

Kekal diiktiraf bendera rasmi negeri Pernambuco di Brazil, bendera yang memaparkan simbol pelangi, matahari, bintang dan simbol salib ini mula digunakan masyarakat Pernambuco sejak tahun 1917.

Sejarah bendera ini panjang. Rekaan asasnya telah mula digunakan sejak tahun 1817 semasa gerakan pemberontak melancarkan Revolusi Pernambuco, satu kebangkitan masyarakat tempatan melawan campur tangan Freemason di sana.

bendera negeri pernambuco brazil

Sempena mengingati revolusi dan jasa nenek moyang mereka, masyarakat Pernambuco menjadikan panji yang diguna ketika perang itu sebagai simbol utama negeri.

Rekaan bendera yang direka seorang Paderi bernama Joao Ribeiro Pessoa, mempunyai tiga bintang. Bendera dengan rekaan sama diangkat semula menjadi bendera rasmi Pernambuco dengan perubahan kepada bilangan bintang dengan hanya satu bintang digunakan, bagi melambangkan penyatuan masyarakat mereka.

2. Bendera rasmi negeri Cusco, Peru

bendera cusco pelangi

Simbol pelangi menjadi antara simbol penting Empayar Inka, empayar terbesar yang pernah memerintah di benua Amerika Selatan satu ketika dulu sekitar abad ke 16.

Bandar Cusco (ditulis sebagai Qosqo) yang menjadi pusat pentadbiran Empayar Inca, mengalami perkembangan pesat sehinggalah berakhirnya empayar tersebut akibat penjajahan Sepanyol.

Negeri Cusco kini menjadi salah sebuah negeri di bawah kerajaan Peru, memilih untuk meneruskan legasi Empayar Inka yang pernah bertapak di sana.

bendera cusco peru

Bendera berlatar belakang warna pelangi mula digunakan sejak tahun 1978 sebelum  rekaan tambahan yang memaparkan simbol syiling berbentuk matahari, dikenali sebagai plat Echenique, mula digunapakai sebagai bendera rasmi Cusco pada bulan Jun tahun 2021.

3. Bendera rasmi agama Buddha

bendera buddha

Sekiranya anda terlihat bendera ini berkibaran di negara kita khususnya, jangan pula ingat yang bukan-bukan ya.

Bendera yang ringkas menggabungkan 5 warna iaitu biru, kuning, merah, putih dan jingga ini adalah bendera rasmi agama Buddha.

Rekaannya dibuat melalui jawatankuasa yang bersidang pada tahun 1885 dan mula digunapakai hanya di Sri Lanka ketika sambutan hari Wesak pada mulanya. Tradisi itu mula diangkat sebagai simbol rasmi bagi mewakili penganut agama Buddha pada tahun tahun 1950.

bendera buddha jepun

Bendera Buddha di Jepun

Setiap satu warna membawa makna yang berbeza-beza dan uniknya, bendera Buddha ini turut mempunyai variasi yang berbeza-beza mengikut negara penganutnya.

Negara yang ramai penganut ajaran ini seperti Myanmar, Tibet, Nepal, Jepun dan Laos masing-masing mempunyai bendera bercorak sama yang berlainan warnanya.

4. Simbol Wiphala etnik Andes

the tahuantinsuyo wiphala

Wiphala adalah nama kepada simbol yang digunakan masyarakat orang asal Banjaran Andes, merangkumi negara seperti Peru, Bolivia, Chile, Ecuador, Argentina dan Colombia.

Menggunakan rekaan segi empat sama yang dibahagikan kepada 49 kotak, setiap satu warna yang digunakan mewakili satu kaum komuniti yang ada. Putih untuk etnik Qullasuyu, kuning untuk etnik Kuntisuyu, merah untuk Chinchasuyu dan hijau untuk Antisuyu.

wiphala orang banjaran andes

Walaupun demikian, bukan semua pihak menerima kehadiran simbol ini.

Di negara seperti Bolivia, banyak pihak berselisih pendapat tentang keperluan untuk mengamalkan penggunaannya khususnya dalam era moden sekarang.

Penentangan terhadap amalan menggunakan simbol ini mula lantang kedengaran selepas Presiden Bolivia, Evo Morales semasa pemerintahannya menetapkan Whipala boleh digunakan sebagai alternatif kepada bendera rasmi negara itu.

Pengkritik berpendapat tindakan mengiktiraf penggunaan simbol ini sebagai satu perbuatan sia-sia serta tidak ada keperluan untuk negara seperti Bolivia, kerana masih kekal mahu menggunapakai simbol yang tidak lagi relevan dengan masyarakat mereka.

5. Bendera rasmi Wilayah Autonomi Yahudi, Russia

jewish autonomous oblast flag ru

Di antara semua bendera yang kami senaraikan, bendera ini mungkin paling mudah disalah erti. Di kalangan masyarakat Russia di mana asalnya bendera ini dibentuk pun ramai yang tersilap sangka.

DI negara Russia, terdapat sebuah wilayah autonomi yang dinamakan sebagai Wilayah Autonomi Yahudi, terletak tidak jauh dengan sempadan China.

Diisytihar tertubuh pada tahun 1934, wilayah ini adalah satu-satunya kawasan yang diperintah orang Yahudi sepenuhnya di Russia dan kedua di dunia selepas negara haram Israel.

Bendera rasmi wilayah ini sebenarnya mempunyai makna agama yang cukup kuat.

Latar belakang putih yang digunakan melambangkan kesucian jiwa seseorang. 7 jalur pelangi yang ada mewakili 7 tiang menorah atau alat kesucian masyarakat Yahudi melambangkan tingginya peranan agama dalam menentukan hala tuju pentadbiran wilayah autonomi tersebut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)