Bendera adalah salah satu cara bagi sesebuah negara itu menceritakan sejarah, visi dan misi negara masing-masing. Ia merupakan identiti negara yang mana perlu diselami oleh setiap rakyat bagi menanamkan rasa patriotik.
Penulis yakin hampir kesemua rakyat Malaysia mengetahui maksud di sebalik setiap warna dan bentuk pada bendera Malaysia.
BESARKAN TEKS A- A+
Diberi nama Jalur Gemilang, ia mula diguna pakai pada 26 Mei 1950 yang mana mempunyai 11 jalur dan bintang berbucu 11.
Namun bermula 16 September 1964, ia telah dikemaskini kepada 14 jalur dan bintang berbucu 14. iluminasi.com ingin kongsikan makna tersirat pada bendera negara-negara Asia Tenggara.
1. Maksud bendera Brunei
Warna: Kuning, hitam dan putih
Diguna pakai: 29 September 1959
Seperti bendera Malaysia, warna kuning pada bendera Brunai adalah warna diraja yang melambangkan kesultanan. Warna hitam dan putih melambangkan ketua menteri Brunei.
Jata pada bendera pula terdiri daripada bulan sabit iaitu simbol agama Islam, yang berkait dengan payung iaitu simbol monarki dengan dua sarung tangan di bahagian sisi.
Terdapat inskripsi dalam bahasa Arab pada riben yang diterjemahkan kepada "Negara Brunei Darussalam, Tempat tinggal yang damai" dan pada bulan sabit bermaksud "Sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk Allah".
2. Maksud bendera Filipina
Warna: Biru, merah dan putih
Diguna pakai: 19 Mei 1898
Warna biru bermaksud kesanggupan untuk mengorbankan diri untuk kebebasan, kedamaian, kebenaran dan keadilan. Warna merah menandakan keberanian dan semangat patriotik.
Warna putih pula melambangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan. Tiga bintang berbucu lima mewakili 3 kumpulan utama pulau di mana revolusi bermula iaitu Luzon, Visayas dan Mindanao.
Matahari kuning mewakili perpaduan, kebebasan. demokrasi dan kedaulatan. Setiap satu daripad sinarnya mewakili satu daripada wilayah asalh Filipina, ketika Revolusi menentang Sepanyol pada tahun 1896, iaitu Manila, Cavite, Bulacan, Pampanga, Nueva Ecija, Tarlac, Laguna dan Batangas.
3. Maksud bendera Indonesia
Warna: Merah dan putih
Diguna pakai: 17 Ogos 1945
Bendera ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia apabila ia dipaparkan secara terbalik (bendera Poland) pada kejohanan Sukan Sea yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Warna merah pada bendera Indonesia melambangkan keberanian yang juga mewakili kehidupan fizikal. Warna putih melambangkan kesucian dan kehidupan rohani.
Kedua-dua ini membentuk manusia. Bendera Indonesia diberi nama "Sang Saka Merah-Putih" yang bermaksud "Suci merah dan putih".
4. Maksud bendera Kemboja
Warna: Biru dan merah
Mula diguna pakai: 29 Jun 1993
Warna biru mewakili raja yang bermaksud kebebasan, kerjasama dan persaudaraan dan warna merah mewakili keberanian negara manakala putih mewakili agama yang melambangkan integriti, keadilan dan warisan kuil melambangkan agama.
Lambang kuil Hindu Angkor Wat mewakili struktur alam semesta.
5. Maksud bendera Laos
Warna: Merah dan biru
Diguna pakai: 2 Disember 1975
Warna merah melambangkan pertumpahan darah dan pengorbanan dalam perjuangan mendapatkan kebebasan. Warna biru pula melambangkan sumber negara.
Bulan putih adalah bulan yang kelihatan di atas Sungai Mekong.
6. Maksud bendera Myanmar
Warna: Merah, kuning dan hijau
Diguna pakai: 21 October 2010
Bendera Myanmar adalah satu-satunya bendera negara Asia Tenggara yang mempunyai warna hijau.
Warna merah merupakan simbol keberanian dan ketegasan, warna kuning menandakan solidariti di kalangan semua etnik manakala warna hijau mewakili kedamaian, ketenangan dan persekitaran negara.
Bintang putih pula mewakili kesatuan yang disatukan.
7. Maksud bendera Singapura
Warna: Merah dan putih
Digunapakai: 3 Disember 1959
Warna merah pada bendera Singapura melambangkan persaudaraan dan kesaksamaan manakala putih pula adalah menggambarkan kesucian dan kebajikan.
Bulan sabit melambangkan Singapura sebagai sebuah negara muda yang mula untuk menggapai puncaknya. Dan bintang-bintang pula adalah untuk cita-cita negara ini, iaitu untuk mencapai demokrasi, keamanan, kemajuan, keadilan dan kesaksamaan.
8. Maksud bendera Thailand
Warna: Biru, merah dan putih
D|iguna pakai: 28 September 1917
Warna biru pada bendera mewakili monarki Thai, warna putih adalah kesucian dan warna agama Buddha, agama utama di Thailand. Warna merah pula mewakili darah kehidupan.
Bendera pertama Thailand hanya terdiri daripada warna merah (1656–1688). Bendera rasmi dihasilkan pada tahun 1855 dengan ditambahkan gajah berwarna putih di bahagian tengah.
Jalur biru dan putih ditambah pada bendera ketika Perang Dunia Pertama. Menurut sumber, warna biru tersebut melambangkan solidariti terhadap sekutu Allies ketika perang tersebut.
9. Maksud bendera Timor Leste
Warna: Merah, kuning, hitam dan putih
Mula diguna pakai: 20 Mei 2002
Warna kuning mewakili jejak penjajahan dalam sejarah Timor Leste, warna hitam melambangkan pemikiran atau perasaan yang perlu ditakluk.
Latar belakang berwarna merah mewakili perjuangan kebebasan nasional negara ini. Bintang putih yang berbucu 5 melambangkan keamanan.
10. Maksud bendera Vietnam
Warna: Merah dan kuning
Diguna pakai: 30 November 1955
Terdapat lebih daripada satu tafsiran terhadap bendera Vietnam. Dahulunya, warna merah mewakili perjuangan kemerdekaan Vietnam, kuning melambangkan warna orang Vietnam, bintang-bintang berbucu 5 mewakili 5 bahagian tradisional rakyat termasuk pada ulama, petani, ahli tukang, pedagang dan askar.
Selepas penubuhan Komunisma di Vietnam, merah dianggap mewakili revolusi kelas pekerja, bintang kuning diiktiraf menggambarkan kepimpinan Parti Komunis Vietnam.
Rujukan: