Belanda atau dalam bahasa Inggeris digelar Netherland adalah sebuah negara Eropah yang terkenal dengan kincir angin dan budaya berbasikalnya. Selain itu, Belanda juga terkenal dengan landskap terusan yang rata dan ladang tulipnya.
Setiap negara mungkin mempunyai undang-undang tempatan yang pelik dan unik, termasuklah Belanda. Kali ini, kami ingin berkongsi hanya 7 daripada undang-undang pelik yang mungkin hanya diamalkan di negara yang ibu negaranya terletak di Amsterdam ini.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Penunggang basikal mempunyai kuasa di jalan raya
Di negara ini, rakyatnya lebih seleasa menunggang basikal memandangkan terdapat banyak laluan khas yang dibina untuk penunggang basikal. Malah, undang-undang di Belanda juga menetapkan bahawa seorang penunggang basikal mempunyai lebih kuasa berbanding pejalan kaki dan kereta.
Bayangkan seorang individu sedang berjalan di laluan berbasikal dan seorang penunggang dengan tidak sengaja telah terlanggar pejalan kaki. Dari segi undang-undang tempatan, penunggang basikal itu tidak mempunyai liabiti untuk bertanggungjawab atas kecederaan terhadap pejalan kaki tersebut.
Dalam kes dimana terdapat kemalangan antara pejalan kaki, pemandu kereta dan penunggang basikal, penunggang basikal tidak sekali-kali akan dipersalahkan kerana undang-undang disini meletakkan penunggang basikal sebagai pengguna utama laluan khas untuk berbasikal.
2. Perompak tidak boleh dikunci dalam tandas
Bayangkan pada satu hari seorang pencuri atau perompak datang menceroboh ke rumah anda. Kemudian, anda berjaya memukul perompak tersebut atau membuatnya berlari ke dalam tandas untuk menyelamatkan diri.
Daripada segi undang-undang, anda boleh didakwa kerana mengunci penjenayah tersebut di dalam tandas. Daripada segi undang-undang tempatan, anda didapati bersalah kerana telah mencabul hak liberti atau kebebasan penjenayah tersebut.
Pelik bukan? Dalam situasi sebegini yang dilihat berbahaya dimana penjenayah mungkin bertindak ganas terhadap mangsa, undang-undang di sana masih mempertahankan undang-undang kebebasan seseorang penjenayah tersebut.
3. Undang-undang sewa rumah yang lebih menyebelahi penyewa
Di Belanda, undang-undang sewa rumah di sana sangat menyebelahi penyewa. Sebagai contoh, di kebanyakan negara kita mungkin mempunyai surat perjanjian sewa rumah dimana penyewa boleh dihalau keluar sekiranya tidak membayar duit sewa seperti yang telah dipersetujui.
Sekiranya penyewa berkeras, pemilik rumah biasanya boleh mendapatkan bantuan pihak berkuasa untuk mengusir penyewa tersebut. Namun, di negara ini pemilik rumah tidak boleh menghalau keluar penyewa kecuali hanya setelah mendapat kebenaran mahkamah.
Tidak kiralah jika penyewa culas membayar sewa ataupun tidak menjaga kebersihan rumah tersebut, pemilik rumah perlulah mendapatkan perintah mahkamah terlebih dahulu yang ada kalanya mengambil masa. Sudah tentulah undang-undang sebegini amat digemari penyewa tapi amat tidak adil bagi pemilik sebenar rumah.
4. Kedai kopi hanya untuk orang dewasa
Tiada yang mustahil untuk melihat seorang kanak-kanak atau remaja untuk memasuki kedai kopi. Namun, di Belanda individu yang berumur 18 tahu ke bawah adalah dilarang untuk masuk ke kedai kopi. Apakah alasan di sebalik undang-undang yang kelihatan pelik ini?
Kedai kopi di Belanda menjual produk-produk yang tidak dibenarkan untuk individu 18 tahun ke bawah, antaranya ganja. Malah, sesetengah kedai kopi juga membenarkan pelanggan mereka menghirup kopi sambil menghisap rokok, satu budaya tidak sihat yang tidak patut didedahkan kepada kanak-kanak bawah umur.
5. Hanya rakyat Belanda boleh berkahwin dalam negara
Mengikut undang-undang perkahwinan tempatan yang sudah diamalkan sejak sekian lamanya disini, sepasang kekasih itu hanya dibenarkan untuk melangsungkan perkahwinan di negara ini hanya jika kedua-duanya atau salah seorang daripada mereka mempunyai kerakyatan tempatan.
Bagaimana pula sekiranya anda bertemu jodoh di negara ini, tetapi anda dan pasangan anda juga adalah seorang ekspat yang bekerja di sini? Maka, anda perlulah memilih negara lain sebagai tempat untuk melangsungkan perkahwinan dan kembali semula ke sini untuk menjalani kehidupan seperti biasa sebagai sepasang suami isteri.
6. Hanya 2 orang maksimum boleh menyewa sesebuah rumah
Di Malaysia, adalah normal sekiranya sebuah rumah disewakan kepada beberapa orang individu (atau dipanggil sewaan mengikut bilik). Tanya sahaja mana-mana rakan anda yang pernah tinggal di rumah sewa ketika zaman universti, adalah normal sekiranya sesebuah rumah itu disewakan kepada sehingga 10 orang atas faktor kewangan.
Namun, di Belanda setiap rumah hanya boleh disewakan kepada maksimum 2 orang sahaja pada satu-satu masa. Sekiranya lebih, anda boleh didenda. Sudah tentulah sekiranya anda tinggal bersama keluarga ianya tidak menjadi masalah sekiranya rumah tersebut didiami oleh lebih daripada 2 orang individu.
7. Tidak perlu helmet untuk menunggang basikal
Basikal menjadi pilihan untuk kebanyakan rakyat tempatan untuk bergerak ke kawasan berdekatan. Bagi pelancong, anda juga boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar ke kawasan sekeliling dan merasai sendiri pengalaman berbasikal terutamanya di Amsterdam.
Namun, anda perlulah tahu serba-sedikit undang-undang berbasikal di negara ini. Mengikut undang-undang disini, penunggang basikal tidak diwajibkan untuk memakai helmet untuk keselamatan. Namun, basikal diwajibkan untuk mempunyai loceng basikal dan lampu pada basikal.
Undang-undang ini mungkin sedikit janggal memandangkan bahagian kepala adalah bahagian yang berisikio tinggi untuk tercedera parah sekiranya anda menghadapi kemalangan ketika berbasikal. Kebanyakan negara termasuklah Malaysia mewajibkan pemakaian helmet ketika berbasikal sekiranya anda berbasikal di jalan-jalan utama.
Kredit: