Dalam suasana genting seperti semasa peperangan, strategi dan kekreatifan seseorang itu sangat penting. Dalam keadaan terdesak, kadang-kala apa-apa sahaja yang ada disekeliling kita boleh digunakan bak kata pepatah, tiada rotan akar pun berguna.

Itulah yang terpaksa dilakukan oleh tentera Belanda ketika perang dunia kedua untuk melarikan diri daripada tentera Jepun. Sebuah kapal penyapu ranjau (minesweeper) bernama Abraham Crijnssen yang berpangkalan di Jawa pada tahun 1942 telah diarahkan untuk melarikan diri ke pangkalan tentera di Australia setelah tentera Jepun melakukan pencerobohan di kawasan tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

kapal jepun

Pada ketika itu, kawasan dimana kapalk tersebut berada di kawal rapi oleh pasukan tentera Jepun. Pada mulanya, krew kapal tersebut merancang untuk melarikan diri dengan menggunakan bantuan 3 buah kapal perang tetapi akibat keadaan yang tidak selamat, mereka dikehendaki dan diarahkan untuk bergerak secara solo.

Ianya satu tugasan yang sukar dan hampir mustahil. Kapal penyapu ranjau (minesweeper) seperti Abraham Crijnssen bukanlah seperti kapal perang lain yang dilengkapi dengan senjata dan sistem pertahanan yang canggih. Selain itu, kapal ini juga terlalu perlahan dibandingkan dengan kapal perang, dengan kelajuan maksimum hanya 15 knot.

Akhirnya mereka mengambil keputusan kreatif iaitu membuat penyamaran kapal mereka agar tidak dikesan pasukan udara tentera Jepun. Kesemua 45 krew dan anak kapal telah bertungkus lumus menebang pokok dan menyusunnya di kapal mereka agar kapal mereka kelihatan seperti sebuah pulau! Sementara itu, bahagian yang terdedah pula telah dicat menyerupai batu dan tebing sungai.

penyamaran

Melakukan pelayaran pada waktu pagi bukanlah tindakan yang bijak kerana terdapat kemungkinan mereka dapat dikesan dari pandangan tentera udara Jepun. Oleh itu, mereka hanya akan berlayar pada waktu malam sahaja. Pada waktu pagi, kapal tersebut akan berlabuh di pulau yang terdekat agar tidak dapat dikesan. Dari jauh, kapal tersebut akan terlihat seakan-akan sebuah pulau.

Kapal tersebut akhirnya berjaya juga mengaburi mata pesawat pejuang dan kapal perang Jepun yang telah menenggelamkan kapal perang Belanda. Mereka telah selamat tiba di pangkalan tentera yang terletak di Australia dalam masa 8 hari. Mungkin agak lama, tetapi semestinya cara penyamaran yang digunakan paling selamat.

Kredit: Business Insider 




Hakcipta iluminasi.com (2017)