Kebiasaannya, untuk sesebuah hari perayaan, sesetengah tempat atau negara mungkin mempunyai keunikan budaya atau tradisi menyambutnya yang tersendiri. Hari Raya Aidilfitri misalnya, suana dan tradisi perayaan ini juga terdapat beberapa perbezaan antara sambutan di Malaysia dan juga negara lain.
Di Malaysia, perayaan Aidilfitri disambut dengan sangat meriah diikuti dengan budaya kunjung-mengunjung sanak-saudara. Malah, sebahagian besar rakyat Malaysia "seakan-akan" menyambut Hari Raya ini selama sebulan lamanya.
BESARKAN TEKS A- A+
Bagi perayaan Hari Krismas atau Hari Natal yang disambut sebahagian penganut agama Kristian, terdapat juga sesetengah tempat atau negara menyambutnya dengan tradisi yang jauh berbeza. Malah, ianya mungkin sangat unik sehingga jarang didengari. Artikel ini akan menyenaraikan beberapa daripadanya.
1. Hidangan KFC - Jepun
Bagi kita rakyat Malaysia, KFC hanyalah sekadar makanan segera yang boleh dijamu tidak kira masa atau hari tertentu. Namun, bagi rakyat Jepun yang menyambut perayaan ini, KFC merupakan hidangan wajib yang perlu ada. Bagaimanakah semuanya bermula?
Iaya dikatakan bermula sejak tahun 1970-an akibat kempen pemasaran KFC ketika itu yang memperkenalkan hidangan set istimewa "Party Barrel" yang mendapat permintaan hebat. Set istimewa ini datang dengan menu biasa KFC, kek dan champagne (minuman beralkohol).
Akibat daripada permintaan yang sangat tinggi ketika musim perayaan Krismas ini, biasanya pembeli akan membuat tempatan sebulan lebih awal. Jika tidak, mereka terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan hidangan daripada KFC ketika musim perayaan Krismas.
2. Watak Krampus - Austria
Watak Santa Claus begitu sinonim dengan perayaan Hari Krismas begitu. Walau bagaimanapun, di Austria mereka mempunyai watak jahat atau antagonis. Mempunyai imej yang hodoh seakan-akan syaitan, watak ini dikenali sebagai Krampus dan dikatakan akan mencari kanak-kanak jahat.
Krampus adalah makhluk separuh kambing, separu syaitan yang mempunyai sepasang tanduk menakutkan. Semasa acara perarakan, orang dewasa berpakaian seperti makhluk berkuku dan juga mengikat diri mereka dalam rantai. Ketika bulan Disember setiap tahun, Krampus dapat dilihat di tepi-tep jalan sambil membuat prank menakutkan kanak-kanak.
3 Berkasut roda - Venezuela
Di bandar Caracas di Venezuela, anda akan dapat begitu ramai orang berkasut roda pagi pagi hari perayaan Krismas. Tradisi ini begitu unik sehinggakan pada pagi Krismas, kebanyakan jalan di kawasan bandar akan ditutup bagi membolehkan orang ramai bergerak bebas dengan kasut roda.
Kebiasaannya jalan akan ditutup sehingga jam 8 pagi bagi membolehkan orang ramai ke gereja dengan selamat. Ianya tentu suasana pagi yang sangat meriah. Bagi yang tidak memiliki kasut roda, sudah tentulah mereka berharap mendapat kasut roda sebagai hadiah.
4. Jeruk dalam botol kaca - Amerika Syarikat
Penggunaan pokok Krismas yang banyak dilihat pada masa kini dikatakan berasal dari Jerman pada abad ke 16. Biasanya hadiah yang diberikan pada ahli keluarga akan diletakkan pada pokok ini dan dibuka pada pagi perayaan Krismas.
Di segelintir tempat di Amerika, mereka akan menggantungkan kaca berbentuk buah pickle (jeruk). Ia kemudiannya akan disorokkan di sebalik ranting-ranting pokok Krismas ini dan kanak-kanak akan berebut-rebut mencarinya. Sesiapa yang menjumpainya terlebih dahulu akan diberikan hadiah istimewa dan dikatakan akan mendapat nasib baik.
Terdapat pendapat yang mengatakan tradisi ini bermula di Sepanyol apabila 2 orang kanak-kanak telah ditangkap di dimasukkan ke dalam bekas kaca berbentuk pickle. St Nicholas telah menyelamatkan mereka dan membawa mereka kembali ke dunia nyata.
5. Berbogel di sauna - Finland
Kebanyakan rumah di Finland dilengkapi dengan sauna persendirian dan ketika perayaan Krismas, mereka biasanya akan meluangkan masa di sauna yang dianggap sebagai tempat keramat bersemadinya roh nenek moyang mereka.
Malam Krismas, ianya sudah menjadi tradisi mereka akan berbogel dan meluangkan masa yang lama di sauna. Selepas meluangkan masa yang lama di sauna, barulah mereka akan keluar menyambut Krismas. Tradisi ini mungkin kelihatan janggal sekiranya sesebuah keluarga tersebut mempunyai ahli keluarga yang ramai dan terpaksa berbogel bersama di sauna.
6. Menyorokkan penyapu - Norway
Menurut cerita lagenda rakyat Norway, ketika malam Krismas banyak semangat jahat atau ahli sihir turun ke bumi bagi menyambut perayaan ini. Semangat jahat ini dikatakan akan terbang dan bergerak menggunakan penyapu (seperti dilihat dalam filem Harry Potter).
Oleh itu, setiap orang akan menyembunyikan penyapu di rumah mereka untuk mengelakkan daripada dicuri. Selain itu, setiap ketua keluarga yang lelaki biasanya akan menembak ke udara menggunakan senapang patah untuk memberi amaran kepada semangat jahat tersebut supaya tidak mendatangi rumah mereka.
7. Menu ulat goreng - Afrika Selatan
Seperti sambutan perayaan lain, Hari Krismas juga merupakan hari makan besar bagi yang menyambutnya. Secara tradisinya, hidangan pai dan ayam belanda menjadi menu wajib dalam senarai.
Namun, di Afrika Selatan mereka biasanya akan menghidangkan menu ulat goreng. Sesiapa yang memakannya dikatakan mendapat nasib yang baik pada masa akan datang. Persoalannya, sanggupkah anda memakan hidangan unik ini?
Kredit: