Satu ketika dahulu, sinetron Bawang Merah Bawang Putih pernah menjadi fenomena di negara kita. Drama yang berasal dari negara jiran kita Indonesia ini cukup panjang kerana mempunyai 108 episod dan ditayangkan pada tahun 2006 sehingga awal 2007 d saluran TV3.
Mungkin ada antara pembaca Iluminasi yang pernah menonton sinetron tersebut merasakan ianya cukup panjang dan meleret-leret. Namun, tahukah anda sebenarnya terdapat banyak lagi siaran televisyen yang menampilkan episod yang jauh lebih panjang?
BESARKAN TEKS A- A+
Kali ini kami ingin kongsikan pula senarai 7 siaran atau program televisyen terpanjang yang pernah ditayangkan di kaca televisyen.
7. Sazae-san - 7400 episod (Jepun)
Anime kanak-kanak Sazae-san disahkan oleh Guinness Book of World Records sebagai siri TV animasi yang paling lama ditayangkan, lebih banyak The Simpsons. Siri ini mengikuti watak protagonis berusia 24 tahun Sazae ketika dia menjalani kehidupan seharian bersama keluarganya.
Karakter ini tidak pernah meningkat usianya, memberikan keunikan untuk setiap episod dan menawarkan banyak fleksibiliti dari segi episod mana yang mahu ditonton terlebih dahulu.
6. Les Guignols - 7500 episod (Perancis)
Les Guignols, yang diterjemahkan menjadi "The Puppets," adalah pertunjukan boneka satira mengenai berita semasa dan menyiarkan segmen setiap malam minggu. Terdapat juga episod mingguan khas pada hari Ahad yang menayangkan semula kesemua segmen harian dalam minggu tersebut.
Program tayangan ini pada awalnya dirancang untuk tidak membicarakan mengenai berita semasa namun ianya ternyata menjadi formula yang sangat kurang popular. Les Guignols mula ditayangkan sejak tahun 1988 dan mempunyai keseluruhan 7,500 episod.
5. Coronation Street - lebih 9000 episod (UK)
Juga dikenali sebagai "Corrie" progam opera Britain ini berlatarbelangkan kota fiksyen Weatherfield dan berpusat di sekitar Coronation Street yang menjadi asal-usul tajuk rancangan ini. Jalan cerita dalam rancangan ini memfokuskan kepada beberapa masalah sosial yang mana kebanyakannya sangat kontroversial.
Topik merangkumi segalanya dari kesihatan mental dan masalah perubatan lain hingga pantang larang sosial dan subjek suram yang berkaitan dengan kematian. Coronation Street mula ditayangkan pada tahun 1960 dan mempunyai lebih 9000 episod kesemuanya.
4. The Tonight Show - 12,441 episod (Amerika Syarikat)
Ditayangkan sejak tahun 1954 di NBC, program ini menjadi piawaian bagi perbandingan untuk program lain yang mempunyai format serupa dengannya. The Tonight Show juga telah memenangi beberapa anugerah Emmy Award.
The Tonight Show telah dihoskan oleh enam pelawak terkenal seperti Jimmy Fallon dan Jay Leno, yang menambahkan kelebihan humor pada acara dan berita semasa yang dibincangkan. The Tonight Show menggabungkan monolog setiap malam oleh pengacara diiringi dengan komedi, persembahan muzik dan wawancara selebriti.
3. General Hospital - 14,000 episod (Amrika Syarikat)
General Hospital dicipta dan digerakkan oleh pasangan penulis persembahan opera yang sudah berkahwin: Doris dan Frank Hursley. Siaran ini sejak itu memenangi anugerah 13 Daytime Emmy Awards untuk Siri Drama Hebat.
General Hospital berlatarbelangkangkan sebuah kota fiksyen di New York dan merupakan tayang opera kedua yang pernah disiarkan di ABC. Peranan watak Robert Scorpio pada asalnya hanya dirancang untuk bertahan hanya dua hari, tetapi akhirnya bertahan selama 12 tahun!
2. CBS Evening News - 16,400 episod (Amerika Syarikat)
CBS Evening News adalah siaran berita malam setengah jam yang disiarkan di rangkaian televisyen. Program ini jugalah yang bertanggungjawab meningkatkan reputasi beberapa penyiar berita antaranya Walter Cronkite, Katie Couric dan Bob Schieffer.
Program CBS Evening News merangkumi acara di seluruh dunia, melengkapkan episod malam minggunya dengan CBS Weekend News. Pada asalnya program ini hanya dirancang untuk siaran selama hanya dua hari, tetapi akhirnya bertahan selama 12 tahun!
1. Des chiffres et des lettres - 20,000 episod (Perancis)
Des chiffres et des lettres adalah rancangan TV terpanjang di dunia berdasarkan jumlah episod. Judulnya jika diterjemahkan bermaksud "angka dan huruf" dan merujuk kepada siaran pertunjukan permainan di Perancis yang dihasilkan oleh Armand Jammot.
Sesuai dengan namanya, para peserta dicabar untuk menunjukkan kemahiran mereka dengan angka dan perbendaharaan kata untuk menang. Rancangan ini mungkin berasal dari Perancis, tetapi menjadi popular di seluruh dunia terutamanya di Quebec, Kanada.
Kredit: