Jumlah pesakit wabak koronavirus (COVID-19) masih terus meningkat di seluruh dunia. Sehingga saat ini, lebih 500,000 orang telah dijangkiti dan lebih 20,000 orang meninggal dunia daripada penyakit misteri yang masih belum ditemui penawarnya ini.

Wabak ini telah diklasifikasikan sebagai pandemik tetapi kerana begitu banyak maklumat palsu dan salah faham mengenainya, wabak ini juga telah digelar "infodemik". Berita palsu dan maklumat salah tersebar lebih cepat daripada virus itu sendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Rangkaian sosial, aplikasi permesejan dan platform lain memudahkan banyak informasi tidak tepat dan berita palsu mengenai COVID-19 tersebar dengan pantas sehingga sukar untu mengetahui ketulenan sesuatu info tersebut. Keadaan ini memaksa Majlis Keselamatan Negara (MKN) menubuhkan satu unit khas untuk menangkis berita-berita palsu yang tular berkaitan COVID-19 ini.

1. Virus ini tidak boleh tersebar di cuaca yang panas

covid 19 843

Kepercayaan ini telah tersebar dimana banyak perbincangan tentang bagaimana wabak koronavirus ini bakal berakhir dengan ramai pihak berharap cuaca hangat ketika musim bunga dan musim panas (di negara-negara Barat) akan menamatkannya. Malangnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan bahawa virus itu boleh tersebar dan boleh disebarkan tanpa mengira cuaca.

Pada fasa awal penularan wabak ini, ramai beranggapan informasi ini betul memandangkan kerajaan Indonesia tidak mengisytiharkan mana-mana rakyat mereka dijangkiti COVID-19. Namun, pemimpin negara tersebut akhirnya mengaku mereka menyembunyikan perkara tersebut kerana tidak mahu rakyatnya panik.

Lebih menakutkan, kerajaan Indonesia juga tidak mempunyai kelengkapan lengkap untuk membuat ujian saringan terhadap rakyatnya. Daripada laporan akhbar, dianggarkan 600 ribu orang rakyat Indonesia berisiko mendapat penyakit ini.

2. Bawang putih dapat menghalang jangkitan

mitos bawang putih 102

Tidak syak lagi bahawa bawang putih adalah makanan yang penuh dengan kebaikan dan banyak nutrien. Antara lain, ia mempunyai ciri-ciri antimikrob dan pasti dapat meningkatkan imuniti anda pada tahap tertentu.

Walau bagaimanapun, tidak ada bukti bahawa memakan bawang putih dapat melindungi anda daripada dijangkiti dengan koronavirus. Malah, sekiranya anda mempunyai simptom-simpton COVID-19, sila segera membuat saringan di hospital dan bukannya cuba merawat sendiri dengan memakan bawang putih.

3. Minum dan mandi air panas boleh menghalang infeksi

mandi air panas

Satu lagi salah tanggapan yang tersebar di sekitar rangkaian sosial dan beberapa laman berita adalah bahawa mandi atau minum panas boleh membantu anda mencegah jangkitan dari COVID-19. Ini benar-benar tidak benar - suhu tubuh manusia biasa adalah antara 36.5 hingga 37 darjah selsius.

Salah faham ini juga tersebar di Malaysi akibat kenyataan seorang Menteri dalam sebuah wawancara yang disiarkan di televisyen. Untuk membunuh virus, anda memerlukan suhu yang teramat panas. Meminum air yang sangat panas ini sahaja sudah cukup untuk membunuh anda.

4. Pengambilan vaksin selsema dan penumokokol boleh cegah COVID-19

pengambilan vaksin

Walaupun penyakit selesema dan pneumokokol mempunyai gejala yang sama seperti COVID-19, vaksin ini tidak dapat membantu pencegahannya. Vaksin ini direka untuk mensasarkan bakteria selsema dan streptokokus secara khusus, oleh  itu ia tidak dapat menghalang COVID-19.

Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak perlu mengambil vaksin ini. Malah, ianya sangat digalakkan untuk manfaat kesihatan diri anda pada masa hadapan bagi mencegah anda mendapat 2 penyakit ini.

5. Pengimbas haba boleh membantu mengesan orang yang dijangkiti

pengesan haba

Di pintu keluar masuk banyak negara terutamanya di lapangan terbang, kebiasaannya penumpang perlu melalui pengesan haba. Walau bagaimanapun, ianya bukanlah satu cara yang efektif untuk mengesan mereka yang sudah dijangkiti COVID-19 memandangkan pengesan ini hanya mampu mengesan mereka yang demam.

Menurut rekod-rekod mengenai pesakit COVID-19, simptom yang dialami oleh seseorang pesakit mungkin berlainan. Boleh jadi, ketika melalui pengesan haba ini seseorang sudahpun mendapat jangkitan COVID-19 tetapi masih belum demam dan hanya demam beberapa hari kemudian.

6. Pengambilan kokain dapat menghalang jangkitan

dadah kokain

Salah faham ini mungkin kita tidak dengar di Malaysia, namun di sesetengah negara ianya telah tular. Di Eropah dan beberapa bahagian di Afrika, berita palsu telah tersebar bahawa kokain dapat membantu dalam pencegahan daripada virus ini.

Mitos ini bermula di Twitter apabila beberapa orang yang mendakwa bahawa menghidu kokain akan membersihkan (sanitasi) lubang hidung, seterusnya menghalang daripada mendapat jangkitan. Mitos ini tersebar luas sehingga memaksa Menteri Kesihatan Perancis mengeluarkan kenyataan menyangkal dakwaan ini.

7. Koronavirus boleh disebarkan oleh nyamuk?

nyamuk sebar covid 19

Penyebaran virus melalui gigitan nyamuk pernah dikaitkan dengan virus Zika tetapi terdapat juga dakwaan bahawa COVID-19 boleh tersebar dengan cara yang sama. Tiada maklumat atau bukti untuk menyokong bahawa dakwaan ini adalah benar.

Perlu diingatkan bahawa COVID-19 adalah virus berkaitan saluran pernafasan yang  ditularkan oleh titisan yang tersebar apabila orang yang dijangkiti batuk atau bersin. Ia juga boleh disebarkan melalui air liur dan cecair dari hidung. Oleh itu, pastikan anda membasuh tangan sebersihnya sebelum makan atau menyentuh bahagian muka.

Kredit:

  1. WHO
  2. News18
  3. Global News



Hakcipta iluminasi.com (2017)