Sukar untuk membayangkan bahawa kita hampir hidup pada tahun 2020.

Walaupun kita telah melihat banyak kemajuan teknologi yang mengagumkan, seperti kecerdasan buatan dan telefon pintar yang menggunakan pengimbas muka, namun ia bukanlah dunia kereta terbang seperti yang kita bayangkan.

Malah, beberapa dekad lalu, ramalan yang dibuat tentang perubahan futuristik yang kita akan lihat pada tahun 2020 sangat tak masuk akal.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 7 ramalan tak masuk akal tentang tahun 2020 yang dibuat lama dahulu.

1. Semua jalan akan menjadi tiub

semua jalan akan menjadi tiub

Sekiranya anda jemu dengan jalan tar dan semua lubang yang ada, maka pasti anda inginkan ramalan Popular Mechanics pada tahun 1957 untuk abad ke-21 menjadi tepat.

Dalam sebuah artikel, majalah itu meramalkan bahawa setiap jalan di Amerika akan "digantikan oleh rangkaian tiub pneumatik," dan menjelaskan bagaimana kereta hanya memerlukan kuasa yang cukup untuk bergerak dari rumah ke tiub terdekat.

Kemudian, dengan pengiraan seorang jurutera Honeywell, kereta-kereta tersebut akan dikuasakan secara pneumatik untk ke mana-mana destinasi yang dikehendaki.

Ia bukan sahaja menjimatkan tetapi memudahkan kehidupan kita, akan tetapi ramalan ini jauh meleset kerana kita masih berhadapan dengan jalan yang bermasalah pada hari ini.

2. Manusia akan sampai ke Marikh

manusia akan sampai ke marikh 971

Kita mengimpikan untuk menempatkan manusia di Marikh sebaik sahaja kita mengetahui bahawa planet ini wujud.

Bagaimanapun, baru-baru sahaja kita menyedari bahawa usaha itu mula terasa jauh dari realistik.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1997, majalah Wired Peter Schwartz dan Peter Leyden memilih tarikh 2020 sebagai tahun untuk "manusia sampai ke Marikh."

Mereka juga mempunyai beberapa idea khusus tentang bagaimana ia akan berlaku dengan tepat iaitu 4 orang angkasawan akan mendarat dan menghantar imej mereka pulang ke Bumi untuk berkongsikan dengan 11 bilion manusia yang lain.

Namun kita bukan sahaja gagal melakukannya, tetapi ramalan bahawa populasi Bumi akan bertambah kepada 11 bilion pada tahun 2020 tidak akan kesampaian.

3. Rumah terbang

rumah terbang ramalan masa depan

Pencipta, penulis sains, dan futurisme Arthur C. Clarke percaya bahawa rumah-rumah yang membosankan pada tahun 1966 akan sangat berbeza apabila kita sampai ke abad-21.

Jelas sekali, rumah-rumah masa depan seperti yang diramalkan Arthur tidak akan mempunyai apa-apa yang membuatkan ia berada di atas tanah dan ia dapat bergerak ke mana-mana sahaja disukai.

Dan ia bukan sahaja satu rumah yang dapat berpindah tanpa anda perlu keluar dari rumah, tetapi keseluruhan komuniti mungkin berhijrah ke selatan pada musim sejuk, atau berpindah ke tanah baru setiap kali mereka merasakan perlukan perubahan pemandangan.

Ia kedengaran seperti filem animasi Up, akan tetapi ia juga merupakan satu fiksyen.

4. Telepati dan teleportasi 

teleportasi masa depan

Michael J. O'Farrell, pengasas The Mobile Institute, adalah seorang pakar dalam industri teknologi sejak tahun 1985. Namun, pakar pun boleh melakukan kesilapan.

Dalam buku Shift 2020, Michael meramalkan bahawa tahun 2020 adalah permulaan kepada "era nanomobil".

Dalam era nanomobil, beliau meramalkan bahawa telepati (komunikasi menggunakan minda) dan teleportasi (keupayaan untuk menghantar seseorang atau objek dengan serta-merta dari satu tempat ke tempat lain) mungkin boleh dilakukan menjelang tahun 2020.

"Kedua-duanya akan menjadi perkara biasa pada tahun 2040," kata Michael O'Farrell.

5. Surat akan dihantar menggunakan roket 

surat akan dihantar menggunakan peluru berpandu

Seperti bunyinya yang agak tak masuk akal, penghantaran mel melalui peluru berpandu berjaya dicuba pada tahun 1959.

Pada tahun itu, kapal selam Angkatan Laut, U.S.S. Barbar menghantar 3,000 pucuk surat yang mana semuanya ditujukan kepada tokoh politik seperti Presiden Dwight D. Eisenhower, hanya menggunakan roket.

Kepala peledak nuklear telah dikeluarkan dan digantikan dengan bekas mel, kemudian peluru berpandu tersebut dilancarkan ke arah Stesen Udara Tentera Laut Bantuan Amerika Syarikat.

Mel telah berjaya sampai dan ketua pejabat pos General Arthur E. Summerfield begitu teruja dengan "hari bersejarah" penyampaian mel melalui instrumen perang yang mana diramalkannya akan menjadi satu perkara biasa pada abad yang akan datang.

"Mel akan dihantar dalam masa beberapa jam dari New York ke California, ke Britain, ke India, atau Australia dengan peluru berpandu," kata Arthur E. Summerfield. 

Walaupun kita tak pernah menggunakan mel roket, tetapi kita mendapat sesuatu yang lebih baik iaitu e-mel.

6. C, X, and Q tidak lagi menjadi sebahagian daripada abjad

ramalan tiada huruf c x dan q pada tahun 2020

Jika anda ingin tahu tentang bahasa masa depan, anda mungkin perlu bertanya kepada seseorang yang mana bukan seorang jurutera.

Namun, itulah apa yang dilakukan oleh Jurnal Home Ladies pada tahun 1900 apabila mereka meminta John Elfreth Watkins Jr, kurator teknologi mekanikal di Institusi Smithsonian, untuk memberikan pendapatnya tentang abad ke-21.

Lelaki berlatarbelakangkan sains ini tidak suka apa yang dia anggap sebagai "huruf tidak relevan" dan dia dengan berani meramalkan bahawa pada tahun 2000-an, huruf C, X dan Q tidak lagi ada dalam abjad seharian kita.

Ini merupakan satu ramalan yang begitu liar kerana kebanyakan daripada tulisan rumi menggunakan ketiga-tiga huruf ini dan untuk menghapuskannya, persetujuan ramai perlu diperolehi dan ia sangat sukar.

7. Tiada orang akan bekerja dan semua orang akan kaya

ramalan semua orang jadi kaya pada tahun 2020

Pada tahun 1966, majalah Time melaporkan bahawa abad ke-21 akan menjadi zaman yang cukup hebat bagi semua orang.

Dalam sebuah esei yang dipanggil "The Futurists," mereka meramalkan bahawa mesin akan menghasilkan begitu banyak sehinggakan setiap orang di Amerika Syarikat akan menjadi kaya raya secara bebas."

Dengan hanya goyang kaki, sebuah keluarga biasa yang tidak bekerja jari boleh menjangkakan untuk menerima gaji purata antara RM120,000 dan RM160,000.

Jumlah itu adalah pada tahun 1966, dan jika ia ditukarkan kepada kadar pada hari ini ia mencecah RM1.2 juta sebulan, tanpa perlu berbuat apa-apa.

Hakikatnya, masih ramai di antara mereka di Amerika Syarikat yang berada di bawah paras kemiskinan.

Rujukan:

1. Express

2. Best of Online

3. Kwiq




Hakcipta iluminasi.com (2017)