Kemajuan teknologi secara umumnya diterima dan disambut baik oleh kita semua memandangkan ia banyak memudahkan kehidupan kita seharian. Namun, kita juga terpaksa menelan realiti pahit bahawa kemajuan teknologi menjadikan sesetengeh pekerjaan tidak lagi releven.

Dalam artikel ini, kami akan memfokuskan secara spesifik kepada teknologi Artificial Intelligence (AI) yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai perkara termasuk diagnosis kesihatan, platform perdagangan elektronik, robotik dan banyak lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untuk mengetahui mengapa AI perlu digusarkan, boleh baca artikel kami 4 fakta menggerunkan mengenai teknologi AI. Walaupun banyak pekerjaan terancam akibat AI, beberapa pekerjaan yang disenaraikan di bawah mungkin boleh dianggap hampir mustahil akan diambil alih oleh teknolagi AI.

1. Penulis buku

buku popular

Secara kasarnya, menulis hanyalah menyusun semula perkataan-perkataan yang sudah ada dalam kamus. Jadi, mungkin anda menyangka bahawa satu hari nanti teknologi A.I. akan dapat mengetahui corak dalam bahasa untuk membuat penulisan mereka sendiri. Namun, penulisan novel, cerita atau apa sahaja tidak semudah itu.

Seorang peminat siri Game of Thrones dan juga pengaturcara profesional bernama Zack Thoutt yang bosan menunggu George R.R. Martin menulis buku seterusnya, The Winds of Winter telah membangunkan satu program AI. Beliau memutuskan untuk membuat perisian kecerdasan buatan untuk menulis buku tersebut untuknya. Namun, hasilnya jauh lebih teruk apa yang ditulis oleh manusia. 

2. Pereka fesyen

pereka fesyen

Benar, aktiviti menjahit dan pekerjaan sebagai seorang tukar jahit boleh dikatakan terancam dengan penggunaan mesin-mesin yang menjadikan pekerjaan menjahit menjadi lebih pantas dan boleh menjimatkan tenaga. Walau bagaimanapun, tugas merekabentuk dan menghasilkan fesyen tidak lagi mampu dilakukan oleh AI.

Secara umumnya, robot tidak mempunyai "sentuhan" seperti manusia manusia. Mereka hebat menjahit garis lurus dan ia tidak lebih dari itu. Usaha merekabentuk pakaian menggunakan AI pernah dilakukan oleh Steve Dickerson dengan robot ciptaannya yang dinamakan "SoftWEAR" namun hasilnya amatlah mengecewakan. 

3. Ahli psikologi

ahli psikologi

Satu perkara di mana kecerdasan buatan benar-benar mengerikan adalah dalam menunjukkan empati. Oleh kerana AI tidak pernah menjadi manusia, bagaimana ia dapat memahami emosi kita? Chatbots juga tidak dapat lulus "Turing Test" yang bermaksud ia tidak dapat berkomunikasi pada tahap perbualan manusia yang sama.

Alexa dan Siri bahkan tidak dapat memahami permintaan carian setiap masa dengan pantas. Adakah kita benar-benar mahu AI memberi kita nasihat mengenai masalah emosi dan psikologi kita? Tentu sekali tidak!

4. Ahli muzik

ahli muzik 465

Artificial Intelligence telah dapat membuat muziknya sendiri, daripada lagu rakyat Ireland hingga marimba dan sebenarnya hasilnya cukup bagus. Di Jepun, permainan video fiksyen bernama Hatsune Miku sangat popular sehingga dia sudah menjual konsertnya sendiri.

Namun, jangan risau AI tidak sekali-kali boleh menghasilkan lagu yang jauh lebih baik yang dihasilkan oleh seorang penulis lirik dan produser lagu. Apabila sesuatu kerja yang melibatkan "seni" seperti ahli muzik, pereka fesyen dan penulis, AI sama sekali tidak boleh menandingi karya yang dihasilkan manusia.  

5. Hakim

hakim mahkamah 902

Pada tahun 2015, University College London menghasilkan algoritma yang dapat meramalkan hasil kes di mahkamah dengan betul 79% daripadanya yang dapat membantu mereka mengurangkan masa kerja manusia menyusun kertas kerja untuk mencari kes yang menang.

Tetapi itu tidak bermaksud robot boleh menggantikan hakim. Empati manusia mempunyai banyak kaitan dengan hasil kes. Sebagai contoh, seorang ibu miskin yang mencuri sebuku roti mungkin akan dibebaskan dengan hukuman yang lebih rendah daripada seseorang yang merompak bank. Tanpa kadar ketepatan 100% daripada AI, seseorang mungkin akan dipenjara walaupun mereka benar-benar tidak bersalah.

6. Polis

Segelintir pihak percaya bahawa Robocop adalah langkah seterusnya dalam penguatkuasaan undang-undang menggunakan teknologi. Namun, realitinya manusia benar-benar tidak mahukan robot AI yang bertanggungjawab menangkap orang. Di Shanghai Jiao Tong University, sudah ada program dibuat yang menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk menentukan sama ada seseorang itu penjenayah atau tidak.

Program ini menilai ciri seperti parut, ekspresi wajah dan juga lekukan bibir seseorang.  Program ini telah mendapat banyak reaksi negatif kerana sangat jelas sekali seseorang itu tidak dapat mengubah wajah mereka sejak lahir. Bagaimana kalau seseorang yange mukanya seperti gangster dan ada parut daripada kemalangan tapi orang baik, adakah dia akan ditangkap?

7. Guru Seni

guru seni

Seni adalah bahagian yang sangat penting dalam sejarah dan budaya manusia. Seni juga adalah sesuatu yang sangat subjektif, 1000 orang pengkarya akan menghasilkan 1000 hasil seni yang berbeza. Penilaian mengenai hasil sesuatu karya itu juga subjektif, tiada sistem pemarkahan seperti soalan objektif.

Adakah anda rasa robot mampu menjadi lebih baik daripada seorang guru seni? Sudah tentu tidak. Walaupun sudah ada AI yang boleh mengenalpasti warna, komposisi dan pengecaman wajah, dalam bab seni AI hampir mustahil boleh menggantikan pekerjaan seorang manusia.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)