Bagi memenuhi keperluan sesetengah pekerjaan, keupayaan untuk datang kerja tepat pada masanya dan menyelesaikan tugasan sahaja masih belum mencukupi. Ada majikan yang mahukan pekerja yang mampu untuk berfikir di luar kotak. Mereka mahu pekerja mampu memasang strategi dan membangunkan kaedah baru dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.

Ada juga majikan yang memerlukan kakitangan dengan kepintaran dan keupayaan berfikir yang luar biasa. Walaupun nilai IQ tidak selalunya tepat, namun ia masih boleh membantu para majikan membuat penilaian untuk mengambil seseorang bekerja.

IQ dan kerjaya

IQ merupakan singkatan bagi intelligence quotient atau darjah kecerdasan otak yang mengukur kepintaran individu. Skor atau nilai IQ dibuat berdasarkan ujian dan kebanyakan orang memperolehi markah antara 85 sehingga 115. Jika anda mendapat skor melebihi 125, anda mempunyai nilai IQ yang lebih tinggi daripada orang biasa. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa keputusan ujian-ujian ini tidaklah selalunya tepat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sesetengah kerjaya memerlukan tahap kepintaran seseorang melebihi orang biasa. Ia bukan sekadar memerlukan pengambilan ujian IQ yang mudah dan memperolehi skor yang tinggi, namun kajian oleh University of Wisconsin mendapati mereka yang memiliki tahap IQ tinggi berkecenderungan memilih pekerjaan-pekerjaan berikut.

1. Doktor dan pakar bedah

Menjadi seorang doktor bermakna seseorang perlu menjalani kerja yang sangat mencabar. Memandangkan para doktor perlu mengambil masa bertahun-tahun pengajian sebelum memasuki alam pekerjaan, ia bermakna mereka memerlukan semangat yang lebih banyak dan kecerdasan yang lebih tinggi daripada biasa.

2. Profesor kolej

profesor iq tinggi kerjaya

Untuk menjadi seorang profesor, anda perlu memegang ijazah peringkat tinggi dan mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang. Untuk mencapai tahap ini, seseorang perlu perlu menjadi pemikir dan mampu menyerap ilmu pengetahuan seperti span.

3. Jurutera elektrik

iq tinggi jurutera elektrik

Kerjaya dalam bidang kejuruteraan bukan mudah untuk dimiliki. Seperti kebanyakan bidang yang memerlukan pengkhususan yang tinggi, seorang jurutera perlu belajar dengan lebih gigih dan berupaya berfikir secara abstrak yang bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Jadi, mereka yang berada dalam bidang kejuruteraan, terutama sekali jurutera elektrik, kebiasaannya mempunyai kepintaran yang lebih hebat daripada mereka dalam bidang lain.

4. Peguam

peguam iq tinggi

Pemikiran abstrak dan keupayaan untuk mengimbas kembali maklumat yang banyak pada satu-satu masa merupakan kriteria untuk menjadi seorang peguam yang baik. Oleh sebab itulah bukan semua orang mampu untuk menceburi bidang ini. Peguam kebiasaannya merupakan golongan cerdik pandai. Jika anda biasa menonton rancangan TV seperti Law and Order atau drama prosedur jenayah yang lain, anda pasti faham mengapa.

5. Saintis

iq tinggi saintis

Ahli sains merupakan suatu istilah yang amat melias untuk menggambarkan pelbagai jenis kerjaya. Seorang saintis boleh bekerja dalam bidang kesihatan, teknologi atau apa jua bidang yang anda fikirkan. Walau apa jua bidang yang diceburi, mereka memerlukan kepintaran untuk menyelesaikan masalah yang rumit dan memberi jalan penyelesaian yang logik.

6. Jurutera bahan dan reka bentuk

jurutera bahan reka bentuk iq tinggi

Ini satu lagi cabang dalam bidang kejuruteraan. Seorang jurutera bahan dan reka bentuk perlu mempunyai pemahaman mendalam mengenai pelbagai subjek termasuklah sains dan matematik. Bagi orang biasa, mereka mungkin tidak mampu untuk mencapai tahap kelayakan IQ yang diperlukan. 

7. Profesional perisian dan IT

kerjaya it dan perisian iq tinggi

Di kebanyakan bandar besar, para pekerja syarikat teknologi seringkali memperolehi pendapatan yang lumayan. Hal ini demikian kerana mereka perlu memiliki kepintaran yang laur biasa untuk menangani masalah yang dihadapi oleh syarikat seperti berfikir satu langkah ke hadapan dan sentiasa menepati kehendak pengguna.

8. Jurujual

jurujual iq tinggi

Anda mungkin tidak menyangka jawatan ini termasuk dalam senarai. Sebenarnya anda tidaklah perlu menjadi terlalu pintar untuk memasuki bidang jualan. Namun, apabila difikirkan, menjadi seorang jurujual yang hebat adalah lebih mudah sekiranya anda seorang yang bijak. Anda boleh mengaplikasikan pelbagai strategi psikologi dan memahami produk dan perkhidmatan dengan lebih mendalam.

9. Pegawai kewangan

wall street kewangan iq tinggi

Jika anda menonton Bloomberg, membaca artikel atau apa-apa bahan bacaan berkaitan kewangan, anda mesti sukar memahami pelbagai jargon dan huraian yang digunakan. Kerumitan dalam sektor kewangan inilah yang menyebabkan individu dengan kepintaran tinggi dan benar-benar bersemangat waja sahaja mampu menjejakkan kaki ke Wall Street.

10. Ejen hartanah

ejen hartanah iq tinggi

Seperti jurujual, ini lagi satu jawatan yang memeranjatkan termasuk dalam senarai. Para profesional dalam bidang hartanah kebiasaannya lebih bijak daripada orang biasa, menurut kajian sumber artikel ini. Seorang ejen hartanah perlu mempunyai pelbagai kemahiran - mereka perlu menjadi seorang jurujual, mempunyai ilmu berkaitan kewangan dan perbankan, mengetahui beberapa perkara berkaitan reka bentuk dan kejuruteraan selain faham selok-belok undang-undang yang berkaitan.

Rujukan:

1. Chron

2. IQ Comparison Site

3. University of Wisconsin




Hakcipta iluminasi.com (2017)