Pasukan polis rahsia telah wujud sejak zaman dahulu lagi, dari Frumentarii zaman Rom Purba sehinggalah zaman pengawasan digital pada hari ini. Dan ketika mereka lebih sering dikaitkan dengan beberapa diktator yang paling dahsyat di dunia, organisasi yang dibiayai oleh negara dengan lesen untuk mengintip ini telah menjadi semakin memualkan yang tidak dapat diterima oleh penduduk dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
Lebih daripada seratus pasukan polis rahsia telah ditubuhkan pada abad yang lalu sahaja, termasuklah di Amerika Syuarikat dan Eropah, dan dengan pilihan yang begitu banyak, iluminasi.com ingin kongsikan 5 pasukan polis rahsia yang paling ganas dan jahat dalam sejarah dunia.
5. Tonton Macoute (1958-1986)
Dibawah pentadbiran Francois "Papa Doc" Duvalier dan kemudiannya anaknya Jean-Claude ("Baby Doc"), Haiti adalah tempat yang paling teruk untuk didiami. Kedua-duanya mengawasi pemenjaraan dan pelaksanaan bunuh terhadap puluhan ribu orang awam, satu perkara yang sangat mengerikan memandangkan Papa Doc adalah seorang doktor perubatan.
Sudah tentu mereka tak mampu melakukannya bersendirian. Sejurus selepas berkuasa, Francois Duvalier telah menubuhkan Tonton Macoute, sebuah pasukan polis yang kejam dan dinamakan bersempena Santa Clause yang memakan kanak-kanak dari cerita rakyat Haiti.
Francois juga disokong oleh kerajaan Amerika Syarikat yang membekalkan senjata dan melatih Tonton Macoute untuk melancarkarkan apa yang dikatakan sebagai "keamanan dan kestabilan".
Sepanjang tempoh 27 tahun, Tonton Macoute yang bersenjatakan parang dan topi jerami serta berkacamata, menentang dan menutup mulut pihak pembangkang dengan membunuh orang secara rawak. Cara ini adalah untuk membuatkan orang awam Haiti sangat takut kepada pemimpin mereka yang menjadikan Vodou sebagai agama rasmi.
Mangsa-mangsa dirogol, badan dipotong terburai atau dipukul dengan teruk sekali di tepi jalan dan dibiarkan begitu sahaja hingga mereput, sebagai amaran kepada orang ramai. Antara kekejaman yang paling teruk dilakukan adalah di Fort Dimanche yang juga dikenali sebagai "Auschwitz of Haiti".
Kem ini berada di bawah pengawasan Madame Max Adolphe, iaitu orang kanan Papa Doc dan ketua cawangan wanita Tonton Macoute, iaitu Fillettes Laleau. Antara perbuatan yang paling ganas pernah dilakukan adalah Madame Max Adolphe dikatakan telah memasukkan tikus hidup ke dalam faraj wanita hamil.
Apa yang peliknya adalah ahli Tonton Macoute biasanya tidak dibayar dan sebagai balasan kesetian mereka, ahli-ahlinya boleh melakukan apa sahaja yang diinginkan. Dan bagi kebanyakan rekrut baru, mereka akhirnya menganggap peranan sebagai penindas selepas bertahun-tahun ditindas, sudah cukup sebagai ganjaran.
4. Cheka (1917-1922)
Bagi Felix Dzerzhinsky, Ketua Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Kesatuan Soviet, dia seakan tahu apa yang dilakukan ketika menubuhkan Suruhanjaya Luar Biasa Rusia untuk Membanteras Tentangan Revolusi dan Sabotaj, atau singkatannya, Cheka.
Cheka, atau nama panggilannya, Checkits, adalah perintis kepada polis rahsia telah memperkenalkan sistem penjara Gulag dan pelbagai jenis seksaan yang sangat tak masuk akal. Sebagai penguatkuasa kerajaan Bolshevik yang semakin berkembang, Chekists akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk mencegah musuh daripada menganjurkan apa-apa.
Menjelang penghujung Perang Saudara Rusia (1918-1921), mereka mempunyai lebih daripada 200,000 ahli dan kemungkinan besar mempunyai jumlah mangsa yang sama.
Cara penyeksaan yang digunakan adalah berbeza-beza dari satu pasukan polis Cheka kepada yang lain. Antaranya termasuklah menggergaji tulang mangsa, menghancurkan tengkorak dengan kejam, menolak mangsa masuk ke dalam tong panas, dan menyiram air kepada mangsa ketika musim sejuk sehinggalah menjadi patung ais.
Di Kharkov, Cheka lebih suka menggunakan "trik sarung tangan", iaitu dengan merebus tangan mangsa dalam air panas dan kulit dikupas. Di Voronezh pula cenderung untuk memasukkan mangsa ke dalam tong yang dipasangkan dengan paku.
Chekists di Kiev pula terkenal dengan memasukkan tikus ke dalam sangkar dan diletakkan atas perut mangsa, dan dipanaskan, membuatkan tikus terpaksa menggigit menembusi perut mangsa untuk terus hidup.
Pada tahu 1922, Cheka akhirnya secara rasminya dibubarkan, namun polis rashia ini tidak dimansuhkan secara sepenuhnya. Fungsinya hanya dipindahkan di bawah kepimpinan yang sama kepada agensi yang kurang menindas.
3. Santebal (1971-1979)
Tahap efisyen pentadbiran Khmer Rouge oleh Pol Pot yang menakutkan yang menyebabkan terbunuhnya kira-kira 2 juta nyawa di Kemboja iaitu 20% daripada jumlah populasi keseluruhan, memerlukan lebih daripada semangat revolusi.
Bayangan Santebal (penjaga kedamaian) sangat diperlukan oleh rejim ini yang ditugaskan untuk mengukuhkan kuasa, mengutip pengakuan palsu dan menghapuskan semua orang awam. Semua ini dilakukan dengan rekod dicatat dengan terperinci dan teliti.
Satu arkib digital terdiri lebih daripada 100,000 dokumen hanya daripada satu kem tahanan (Toul Sleng), menonjolkan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku. Dan dokumen sebanyak ini bukanlah keseluruhan rekod, yang mana sebahagiannya telah musnah.
Toul Sleng adalah "kem kematian" Khmer Rouge yang paling terkenal yang mempunyai 20,000 tahanan (1,500 pada satu masa) di antara tahun 1976 dan 1978. Daripada jumlah ini, hanya 7 tahanan didapati masih hidup dan dibebaskan oleh tentera Vietnam pada tahun 1979.
Dianggarkan seramai 100 tahanan dibunuh setiap hari, yang mana disebabkan oleh kelaparan, lemas atau disiat kulit hidup-hidup. Sesetengah daripada mereka diambil organ tanpa disuntik bius dan yang lainnya dikeluarkan darah secara intravena untuk melihat berapa lama mereka boleh hidup.
Rogol juga menjadi kebiasaan, walaupun ia bertentangan dengan peraturan, dan bayi-bayi mula dipukul hingga mati. Individu yang bertanggungjawab atas semua ini adalah Kaing Guek Eav dikenali sebagai Komrad Duch, seorang guru matematik yang sangat terperinci. Kaing Guek Eav secara rasminya di dakwa atas jenayah perangnya pada tahun 2010 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
2. Kempeitai (1881-1945)
Diberi nama jolokan "Gestapo Jepun", Kempeitai adalah tersangat kejam, di dalam dan luar Jepun ketika Perang Dunia Kedua, sehinggakan Angkatan Laut Imperial Jepun menubuhkan pasukan polis ketenteraan sendiri, aiitu Tokkeitai, untuk melindungi diri daripada mereka.
Setelah dipilih untuk menjalani latihan berdasarkan kecerdasan minda, kecergasan dan kebolehpercayaan politik, setiap anggota Kempeitai mempunyai kuasa yang luar biasa untuk menangkap dan menahan sesiapa sahaja yang mereka kehendaki, termasuklah individu yang berpangkat lebih tinggi.
Dan sama seperti kod samurai yang mereka berpura-pura mengikutinya, Kempeitai tidak mempunyai sebarang keraguan bergelumang dalam dunia jenayah selagi ianya dapat meneruskan tujuan mereka menakluk subjek dan tahanan Jepun di seluruh Asia Timur hingga berlakunya penyerahan diri yang brutal dan hina.
Sesiapa yang ditahan mereka secara automatiknya dianggap bersalah dan biasanya diseksa sehingga mati. Di Singapura sahaja, Kempetai dianggarkan telah membunuh 20,000 hingga 50,000 "koperasi anti-Jepun", yang terdiri daripada mereka yang mempunyai tatu dan boleh berbahasa Inggeris.
Menurut mangsa yang terselamat, Kempeitai biasanya akan memenuhkan air dalam badan mangsa dan kemudiannya dilompat ke atas perut mereka. Mereka juga menggunakan lidi kayu untuk mencucuk gegendang telinga, membakar anggota sulit, pembunuhan berperingkat dan mengugut untuk membunuh ahli keluarga.
Kempeitai juga mengganggap bangsa-bangsa lain sebagai rendah daripada manusia.
1. Gestapo (1933-1945)
Tak perlu untuk diperkenalkan lagi mengenai Gestapo yang juga dikenali sebagai Geheime Staatspolizei, bermaksud polis rahsia negara oleh Nazi Jerman. Pasukan ini adalah antara polis yang paling terkenal dalam peranan dalam pembunuhan beramai-ramai.
Werner Best, ketua pentadbiran Gestapo, menyifatkan organisasi ini sebagai "doktor kepada badan kebangsaan Jerman" yang ditugaskan untuk mencari "kuman yang merosakkan" dan "menggunakan segala cara untuk menghapuskannya".
Namun, seperti doktor-doktor lain, organisasi ini hanya boleh dilihat oleh mereka yang sangat "sakit". Pada awalnya, Gestapo hanya mencari "virus" politik termasuklah ahli parti pembangkang, gerakan revolusi dan yang berkaitan. Namun, mereka kemudiannya memasukkan "kutu-kutu" seperti orang Yahudi, gipsi, orang Slavik dan homoseksual.
Antara salah satu kaedah diagnosis Gestapo yang paling dahsyat adalah menghancurkan testis suspek dan mangsa yang mengakui jenayah mereka dihantar ke kem tahanan untuk mati.
Kecekapan dan kesempurnaan Gestapo dalam membunuh "toksin" terutamanya di wilayah yang baru ditakluk adalah disebabkan oleh bantuan orang lain. Pasukan polis tempatan, pekerja pos, penjawat awam, pngawal keselamatan kereta api, agensi perisikan dan juga pemberi maklumat awam mempunya peranan dalam Gestapo.
Di Vichy France pada tahun 1943, satu organisasi baru, Milice Francaise (militia Perancis), ditubuhkan untuk membantu Gestapi dalam menindas French Resistance. Salah satu ruang penyeksaan yang paling terkenal sebenarnya terletak berdekatan dengan Menara Eiffel, Paris. Dengan dinding kalis bunyi, mangsa dibakar hidup-hidup sehinggalah hanya kesan tapak tangan mereka pada dinding sahaja yang kekal.
Namun, sepanjang pemerintahan keganasan mereka, agen Gestapo percaya bahawa kerja yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan, seperti mana-mana doktor yang lain. Malah, Reichsführer-SS Heinrich Himmler, individu yang bertanggungjawab membantu menubuhkan Gestapi, memuji atas keupayaan mereka untuk berhadapan dengan terlalu banyak mayat, dan kekal sehingga ke saat akhir.