Pasukan polis adalah antara agensi yang paling penting dalam mana-mana kerajaan, sebab itulah tidak mengejutkan untuk melihat negara-negara moden memperkemaskan pasukan mereka dengan kelengkapan terkini dan senjata yang canggih.

Namun apabila melibatkan kenderaan polis, terdapat beberapa negara yang sanggup untuk membelanjakan sejumlah wang yang agak tak masuk akal bagi memastikan pasukan polis mereka sentiasa "up-to-date".

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun sesetengahnya kelihatan agak keterlaluan untuk digunakan dalam tugasan polis, namun ia memberikan kelebihan seperti mudah untuk mengejar penjenayah yang juga menggunakan kereta hebat.

iluminasi.com kongsikan 9 kereta polis yang termahal di atas muka bumi ketika ini.

9. Nissan GT-R - Polis Abu Dhabi - RM415,000

nissan gtr polis abu dhabi

Nissan GT-R adalah salah satu kereta polis paling berharga dari armada kereta polis Abu Dhabi. Walau bagaimanapun, jentera berkuasa ini hanyalah untuk tujuan-tujuan promosi dan perhubungan awam sahaja.

Namun begitu, sesetengah agensi penguatkuasa telah menggunakan Nissan GTR sebagai pengejar kenderaan atau kereta untuk operasi penyamaran dan urusan polis biasa.

8. Porsche Carrera 911 - Polis Austria (RM465,000)

porsche carrera 911 polis austria

Dengan kelajuan maksimum 299 kilometer sejam, Porsche Carrera 911 merupakan salah satu kereta polis terpantas dan termahal bukan sahaja dalam armada Angkatan Polis Austria, tetapi juga di dunia.

Di bawah hud Porsche Carrera ini adalah enjin 6 silinder yang memberikan kereta itu anjakan yang begitu pantas dalam kedua-dua kelajuan dan prestasi.

Seunit jentera ini mencecah harga RM465,000, kereta polis ketujuh termahal di dunia.

7. Porsche Panamera - Polis Qatar (RM727,000)

porsche panamera polis qatar

Polis Qatar mungkin mempunyai salah satu daripada armada supercar terbesar dalam simpanan.

Bersama-sama dengan Porsche Panamera yang sangat popular, penguatkuasa undang-undang Qatar juga mempunyai Porsche Cayennes dalam barisan mereka.

Inilah sebabnya mengapa kerajaan Qatar adalah pemegang saham Porsche, supaya aliran kereta super untuk penggunaan polis mereka tidak menjadi masalah.

Sebagai tambahan kepada armada polis, Qatar juga mempunyai motosikal BMW dan Toyota Land Cruiser V8 untuk mengawal jalan raya.

6. Lamborghini Gallardo - Polis Afrika Selatan (RM1.03 juta)

lamborghini gallardo polis afrika selatan

Seksi dan laju, tiada apa yang boleh melepasi Lamborghini Gallardo dari pasukan Polis Afrika Selatan.

Dibina dengan enjin V10 yang hebat yang boleh menjana 570 kuasa kuda dan kelajuan maksimum mencecah 320 kilometer sejam, tidak ada siapa yang boleh menyangkal kepantasan Lamborghini Gallardo.

Selain dari Afrika Selatan, Itali dan United Kingdom juga mempunyai supercar ini dalam armada mereka.

5. Lamborghini Huracan - Polis Itali (RM1.1 juta)

lamborghini huracan polis itali

Di kedudukan kelima senarai kereta polis paling mahal di dunia adalah Lamborghini Huracan milik polis Itali yang berharga Rm1.1 juta. 

Jentera ini adalah sangat menakjubkan yang mampu mencapai kelajuan dari 0 kepada 100 kilometer sejam dalam masa 3.2 saat sahaja dan kelajuan maksimum mencecah 300 kilometer sejam.

Sebelum ini polis Itali menggunakan Lamborghini Gallardo yang mana kerap digunakan untuk pemindahan kecemasan organ untuk kegunaan dalam pembedahan pemindahan dan bekalan darah yang diperlukan di lokasi kemalangan.

Namun, pada tahun 2017, ia digantikan dengan Huracan.

4. Lamborghini Murcielago - Polis England (RM1.58 juta)

lamborghini murcielago polis england

Sudahlah kereta ini dianggap sebagai sempurna dengan kelajuan, kuasa dan rekabentuk yang aerodinamik, Lamborghini Murcielago menjadi bertambah menganacam apabila ia diubah suai untuk kegunaan polis.

Di bawah hud kereta ini terdapt sebuah enjin V9 10 silinder yang memberikan dengan maksimum 550 kuasa kuda dan kelajuan 320 kilometer sejam.

Seunit Lamborghini Murcielago berharga RM1.58 juta

3. Mercedes-Benz Brabus Rocket - Polis Jerman (RM2.4 juta)

mercedes benz brabus rocket polis jerman

Jerman adalah "rumah" kepada pengeluar kereta super, jadi tak hairanlah jika kereta-kereta mahal dijadikan kereta polis, mengejar penyenayah dan melakukan rondaan di jalan raya.

Antara kereta yang paling mahal dijadikan kereta polis Jerman adalah Mercedes Benz Brabus Rocket CLS, yang dikuasakan oleh enjin 6.3L V12 Biturbo 800 yang sangat besar memberikan kelajuan maksimum mencecah 367 kilometer sejam.

Harga seunit kereta ini adalah RM2.4 juta seunit.

2. Bugatti Veyron - Polis Dubai (RM6.65 juta)

bugatti veyron milik polis dubai kereta polis paling mahal di dunia

Abu Dhabi mempersenjatakan sebuah armada kereta sport polis dan Bugatti Veyron adalah salah satu roadsters yang terkenal dalam kalangan mereka.

Jentera ini mampu mencecah kelajuan 429 kilometer sejam, menjadikannya yang paling pantas dalam senarai ini. Walaubagaimanapun, kereta sport ini tidak ditugaskan untuk mengejar penjenayah tetapi lebih kepada perhiasan yang mempamerkan kekayaan Dubai.

Harga jentera polis Dubai jauh meninggalkan kereta di senarai ketiga, dengan nilai RM6.65 juta.

1. Aston Martin One-77 - Polis Dubai (RM7.7 juta)

aston martin one 77 polis dubai

Dan mengalahkan kereta Bugatti Veyron milik polis Dubai tak lain dan tak bukan Aston Martin One-77, juga milik pasukan polis yang sama.

Harga seunit jentera seksi ini mencecah RM7.7 juga. Dengan harga ini, anda akan mendapat sebuah kereta sport yang dilengkapi dengan enjin V-12 7.3 liter. Ia mampu memberikan 750 kuasa kuda dengan kelajuan maksimum 354 kilometer sejam.

Aston Martin One-77 boleh dianggap sebagai kereta polis paling canggih dan hebat, yang mana telah disumbangkan oleh seorang penduduk Dubai yang sangat kaya kepada pasukan polis mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)