Oleh pada 17 Oct 2023 kategori

Semua orang tahu perniagaan dibangunkan untuk menjana keuntungan.

Apa yang boleh dipindahkan kosnya kepada pengguna, akan dialihkan agar kos operasi peniaga direndahkan, memaksimakan untungnya.

Bagaimanapun ada beberapa barangan yang jelas ditanggung oleh peniaga, sehingga membuatkan kita sebagai pengguna menganggapnya automatik percuma.

Berikut adalah 8 'sumbangan' pekedai yang kita rasa harus percuma diberi demi kemudahan kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Kuah makanan

kuah percuma tanpa caj

Bagi peminat nasi kandar, kuah banjir wajib ada dicurah setiap hidangan.

Tidak ada penambahan harga dikenakan ke atas kuah yang diminta walau sebanyak mana sekalipun. Lagipun 'kuah je pun', takkanlah berkira?

Tapi ada pelanggan yang bila bawa pulang nasi kandar, dia nak kuah asing. Bukan setakat kuah asing, tetapi setiap kuah perlu diasingkan walaupun dia minta 5 jenis kuah.

Setiap satu kena dibungkus satu per satu. Dan kita anggap semua tu free.

2. Sup kosong

sup kosong percuma free

Banyak kedai sudah mengenakan caj tambahan ke atas sup kosong.

Ada juga kedai yang masih tak kenakan caj, sebaliknya redha menanggung kos tersebut walaupun pelanggan minta sup kosong dalam menu yang sepatutnya tiada sup disediakan. 

Kita perlu sedar, bukan semua peniaga ada sup tersedia setiap kali hidangan sup kosong diminta. Ada peniaga perlu menyediakan sup itu mengikut pesanan - tanpa mengenakan caj tambahan.

Kepada golongan peniaga seperti ini, kami doakan perniagaan anda semakin maju dan sejahtera.

3. Penyedut minuman

penyedut minuman percuma

Kadang-kadang penulis nampak budak-budak kecil di kedai gemar mengambil penyedut minuman yang disediakan untuk disambung-sambung panjang.

Pernah tak fikir, berapakah kos ditampung peniaga setiap kali berlaku pembaziran penyedut minuman? Mesti ramai tak fikir kerana pada kita, penyedut ni percuma.

Jatuh pun boleh minta ganti baru. Padahal boleh je gi basuh!

Penyedut minuman berkualiti tinggi harganya diantara 2 ke 4 sen setiap satu. Jenis besar untuk menyedut boba pula, boleh cecah 5 sen satu.

Kiralah sendiri berapa kosnya kalau anak anda ambil 4 untuk dibuat main.

4. Pembungkus

kotak bungkusan free

Zaman sekarang, permintaan pelanggan semakin hebat.

Ramai mahu makanan dibungkus dalam kotak kertas atau kotak plastik. Tak mainlah kertas minyak atau kertas penjaja ikat dengan getah lagi.

Namun bila dimaklumkan bungkus makanan akan dikenakan caj tambahan RM0.50 untuk setiap satu pesanan, ramai yang marah. 

Kos pembungkus itu memang agak tinggi - tidak perlu untuk kita mempertikaikan kos yang dipindahkan kepada kita. Satu kotak itu kosnya memanb sekitar 20 ke 50 sen.

5. Sos dan kicap

sos dan kicap sedia percuma

Sama ada dalam bentuk botol atau pek, kita dah dididik tidak perlu membayar sos dan kicap biarpun kita pakai habis sebotol.

Dah habis sebotol pun, kalau kita nak botol kedua; kita jangkakan peniaga akan hadir membawa botol baru dengan muka tersenyum.

Betul kan?

6. Sudu dan garfu plastik

peralatan makan plastik

Setiap kali anda bungkus makanan, adakah anda minta peralatan sudu atau garfu plastik?

Apa perasaan anda kalau peniaga itu kata anda kena bayar 10 sen untuk barangan itu? Mesti ramai yang marah dengan peniaga.

Kita jarang memikirkan berapakah kos peralatan makan pakai buang kerana menyangka kos itu ditanggung sepenuhnya peniaga. Mema

Yang menanggungnya bukan saja restoran, tetapi peniaga tepi jalan, makcik-makcik jual nasi lemak semuanya perlu menyediakannya untuk kemudahan kita secara percuma. 

7. Tisu

tisu percuma kedai makan

Dalam banyak-banyak situasi, yang paling menyakitkan hati peniaga adalah bila kena pelanggan yang guna tisu tanpa peduli jumlah yang diguna. 

Datang ke kaunter minta tisu, separuh plastik diambilnya. Bila dibagi sehelai dua, dikutuknya peniaga kedekut tisu pula. Siap ada yang demand pula. 

Nak tisu yang berkualiti, tak nak tisu yang mudah koyak. Padahal barang dah disediakan secara percuma, tak pula nak difikirkan dia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)