Anak merupakan pelengkap bagi sesebuah rumah tangga. Mereka dilahirkan sebagai penyeri, namun tak semua pasangan mampu merasai nikmat tersebut.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, usia purata ibu-ibu kali yang melahirkan anak pertama telah meningkat dengan pesat dan banyak laporan mengatakan bahawa wanita kini lebih cenderung untuk mempunyai anak pertama mereka pada awal usia 30-an.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, purata masih sekitar usia 28 tahun. iluminasi.com kongsikan 6 wanita paling tua yang pernah melahirkan anak.

6. Bhateri Devi Singh

bhateri devi singh

Pada tahun 2010 dan berusia 66 tahun, Bhateri Devi Singh melahirkan kembar tiga.

Bhateri melahirkan bayinya selepas menerima rawatan IVF dari Pusat Kesuburan Kebangsaan di Haryana, India, yang dikenali sebagai kemudahan rawatan kontroversial kerana ia telah membekalkan rawatan kepada kebanyakan wanita lain dalam senarai ini.

Dr Anurag Bishnoi, yang mengawasi rawatan Bhateri, berbangga dengan apa yang dicapai pusat kesuburan itu.

Bhateri Singh dan suaminya, Deva, telah cuba untuk memulakan sebuah keluarga sejak mereka pertama kali berkahwin lebih 40 tahun yang lalu dan Deva berkata bahawa dia gembira menjadi bapa buat kali pertama walaupun di usia yang lanjut.

5. Adriana Iliescu

adriana iliescu

Wanita Romania, Adriana Iliescu merupakan wanita ke-4 tertua yang pernah melahirkan anak. 

Adriana Iliescu berumur 66 tahun ketika dia melahirkan bayi pada awal tahun 2005. Dia cuba hamil anak melalui kaedah IVF selama 9 tahun.

Semua orang menyangka bahawa dia akan melahirkan anak kembar tiga, tetapi seorang daripada kembar tersebut mati dalam rahim dan yang kedua mati selepas dilahirkan.

Adriana sentiasa mahukan anak, tetapi dia tidak mampu untuk mengandung secara semula jadi.

Pada Januari 2005, pada usia 66 tahun dengan bantuan IVF, dia melahirkan seorang anak perempuan diberi nama Eliza dengan berat 1.36 kilogram.

4. Maria Del Carmen Bousada Lara

maria del carmen bousada lara

Menurut Guinness Book of Records, ibu tertua di dunia adalah Maria del Carmen Bousada Lara dari Sepanyol, yang lahir pada tahun 1940.

Tanggal 29 Disember 2006, di sebuah hospital di Barcelona, dia melahirkan sepasang kembar lelaki dengan bantuan pembedahan cesarean.

Ketika melahirkan, Maria berusia 66 tahun dan 358 hari. Kanak-kanak itu dikandung dengan bantuan IVF di klinik California menggunakan bahan-bahan sumbangan. Untuk membiayai kos ini, Maria terpaksa menjual rumahnya di Sepanyol.

Malah, dia menipu doktor dengan mengatakan bahawa dia bukan berusia 66 tahun, tetapi hanya 55 tahun.

Ibu Maria hidup sehingga usia 101 tahun dan Maria berpendapat bahawa dia bernasib baik kerana memiliki genetik ibunya.

Keluarganya mengkritiknya, menggelarkan keputusannya sebagai "mementingkan diri sendiri", tetapi dia mempertahankan dirinya, mengatakan bahawa "setiap keputusan mempunyai tempohnya sendiri."

Walau bagaimanapun, Maria meninggal dunia akibat kanser ovari pada 11 Julai 2009, 3 tahun selepas melahirkan pasangan kembar tersebut.

2 & 3. Rajo Devi dan Omkari Panwar

rajo devi lohan

Malangnya, dua ibu India tertua - Rajo Devi dan Omkari Panwar tidak disenaraikan dalam Guinness Book of Records sebagai antara ibu paling tua di dunia kerana mereka tidak mempunyai dokumen rasmi yang mengesahkan umur mereka.

Malah, Omkari Panwar tidak mempunyai sijil kelahiran anaknya. Kedua-dua wanita tersebut berusia 70 tahun ketika melahirkan anak.

Ketika itu, Rajo adalah ibu tertua yang diketahui dan mendapat perhatian antarabangsa. Dia mampu mengandung selepas menerima rawatan IVF pada usia 69 tahun, tetapi hampir mati dalam proses itu.

Pada usia 69 tahun, mereka sudah bersedia dari moral dan kewangan untuk prosedur IVF.

omkari panwar

(Omkari Panwar)

Percubaan itu berjaya. Pada tahun 2008, pasangan itu mempunyai anak perempuan yang sihat, tetapi kesihatan ibunya terjejas teruk.

Kehamilan tersebut bermasalah, kelahiran bayi berakhir dengan pecah rahim dan pembedahan Cesarean serta tempoh pasca operasi juga sangat sukar.

Ibu tersebut berharap selepas kematiannya bayinya itu tidak akan dibiarkan sendirian kerana dia mempunyai banyak saudara mara.

1. Daljinder Kaur

daljinder kaur

Daljinder Kaur menjadi tajuk berita antarabangsa pada awal 2016 kerana melahirkan seorang bayi lelaki pada usia 72 tahun.

Bayi tersebut yang dinamakan Arman adalah anak pertama Daljinder dan suaminya yang berusia 79 tahun, Mohinder Singh Gill.

Selepas hampir 5 dekad perkahwinan, Daljinder akhirnya dapat mengandung selepas menjalani rawatan IVF selama 2 tahun.

Walaupun Kaur berkata bahawa dia berumur 70 tahun, hospital di mana dia menerima rawatannya meletakkan usianya sebagai 72 tahun. Ini kerana ramai orang di India tidak tahu usia mereka yang tepat kerana mereka tidak mempunyai sijil kelahiran.

Dr. Anurag Bishnoi, doktor yang memberikan khidmat rawatan kesubuhran kepada Daljinder, telah dikritik oleh doktor lain dan pakar kesuburan kerana memberikan rawatan IVF kepada seseorang yang sangat tua seperti Daljinder.

Pengkritik bimbang bahawa kejayaan Daljinder akan memberikan jangkaan yang tidak realistik kepada wanita tua lain yang berharap mempunyai anak.


Apa pendapat anda tentang persenyawaan secara IVF? 




Hakcipta iluminasi.com (2017)