Jika anda mempunyai barang berharga, pastinya anda akan menyimpannya di tempat yang dikawal ketat dan selamat. Sebab itu kita menyimpan wang kita di dalam bank, dan juga pesalah jenayah dikurung di dalam penjara. Namun, masih terdapat kejadian di mana bank-bank dirompak dan juga banduan melarikan diri daripada penjara.

Ia adalah kerana kawalan keselamatan tempat-tempat itu tidak cukup ketat untuk membanteras perkara-perkara tidak diingini berlaku. Jadi, kali ini, iluminasi.com ingin berkongsi 6 tempat atau lokasi yang paling ketat dikawal dan diawasi di atas muka bumi.

6. Guantanamo Bay - Cuba

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ia merupakan sebuah kem tahanan yang terletak di Cuba dan telah beroperasi sejak 1904 lagi. Sejak tahun 2002, kem ini menjadi tempat bagi pengganas dan banduan perang dari Iraq dan Afghanistan. Mereka yang ditahan di sini dikurung tanpa tempoh tertentu dan tidak dibicarakan. Mereka dianggap sangat berbahaya untuk dibebaskan.

Fasiliti ini diawasi oleh tentera yang bersenjata berat, dan juga dipagari dengan pagar elektrik. Dikatakan kawasan ini dikelilingi oleh periuk api aktif. Selain itu, pulau ini juga sangat sukar untuk didekati.

guantanamo bay 3

Selepas Barack Obama mengambil tampuk kepimpinan sebagai Presiden Amerika Syarikat, beliau berjanji untuk menutup kem ini, namun mendapat tentangan atas alasan tidak mahu banduan-banduan ini dipenjarakan di Amerika Syarikat. Tetapi, Obama berjaya mengurangkan jumlah banduan daripada 245 kepada 41.

5. Sungai Tumen - Sempadan Rusia, China dan Korea Utara

sungai tumen

Juga dikenali sebagai Sungai Tuman atau Sungai Duman, sungai sepanjang 521 kilometer ini merupakan sebahagian daripada sempadan antara Rusia, China dan Korea Utara.

Ia mengalir di timur laut Asia yang memisahkan China dan Korea, dan memisahkan Korea Utara dan Rusia sebelum mengalir ke Laut Jepun.

sungai tumen2

tumen river 3

Ramai orang yang benci akan kekejaman Korea Utara cuba untuk masuk ke China menggunakan sungai ini. Namun ada yang berjaya dan ada yang gagal, kerana garis pantai ini kini dikawal ketat oleh tentera Korea Utara yang tak kenal erti belas kasihan.

Walaupun begitu, ia masih menjadi medium untuk pelarian-pelarian yang menyeberangi melalui sempadan cina walaupun ia lebih cetek dan beku ketika musim sejuk.

4. Area 51 - Amerika Syarikat

area 41

Pasti tak akan tertinggal dalam senarai ini adalah Area 51. Tiada siapa yang boleh menceroboh kawasan ini kerana ia dikawal dengan sangat ketat dan sulit.

Ia merupakan sebuah pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat. Menurut CIA, nama sebenar fasiliti ini adalah Homey Airport dan Groom Lake. Nama Area 51 digunakan dalam dokumen ketika Perang Vietnam.

area 51

Walaupun dinafikan oleh kerajaan Amerika Syarikat, tempat ini dikatakan mempunyai kaitan dengan fenomena aneh seperti UFO dan makhluk asing. Ada pendapat mengatakan mayat makhluk asing dan serpihan kapal angkasa disimpan di sini untuk tujuan eksperimen, dan pendapat lain mengatakan di sinilah tempatnya kajian biologi dalam mengubahsuai senjata dilakukan. Anda rasa?

3. Svalbard Global Seed Vault - Norway

svalbard global seed vault

Penulis pun tak pernah tahu pasal benda alah ini, tapi setelah lakukan carian, baru dapat info. Svalbard Global Seed Vault adalah sebuah bank benih yang sangat selamat, terletak di Pulau Spitsbergen, Norway, 16-18 kilometer sahajad dari Kutub Utara.

Ia ditubuhkan bagi memelihara berbagai-bagai jenis benih tumbuhan yang menjadi salinan ganti (spare) kepada benih-benih yang disimpan di bank-bank benih seluruh dunia. Jika berlaku bencana alam yang merosakkan alam, benih-benih di sini digunakan untuk tujuan pemuliharaan.

svalbard global seed vault 3

Cary Fowler, ahli pemulihara kolaborasi oleh Kumpulan Perundingan Penyelidikan Pertanian Antarabangsa (CGIAR) dalam penubuhan bank ini.

svalbard global seed vault 2

Dibuka pada 2008, bank yang menelan belanja RM38.6 juta ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Norway dan kos untuk menyimpan benih di sini adalah percuma. Lokasi bank ini sahaja sudah menjadi salah satu daripada perlindungan kepada benih-benih ini yang sebelum ini pernah tercemar akibat bencana alam. Terdapat beberapa bank benih yang telah ditutup sebelum ini seperti di Filipina, Iraq dan Afghanistan. Sebanyak 4.5 juta kapasiti penyimpanan sampel benih terdapat di bank ini.

2. Wikileaks Bunker - Sweden

wikileaks bunker 1

Selepas bencana kebocoran maklumat yang sangat teruk pada tahun 2010, pengasas wikileaks, Julian Assange telah membuat perubahan drastik dengan memindahkan server-servernya ke lokasi yang lebih selamat, iaitu Sweden.

wikileaks bunker 2 740

Sebuah bunker nuklear bawah tanah yang terbengkalai dipilih sebagai lokasi baru bagi menjaga keselamatan maklumat kepunyaan mereka. Ia seolah-olah sebuah gua yang sangat luas, di mana gunung ini dikorek menembusi batu granit di bawah Vita Berg Park di Stockholm dan menjadi bilik-bilik khas.

wikileaks bunker 4

Bilik-bilik di dalam gua gunung ini direka khas bagi menempatkan server-server komputer yang menyimpan maklumat syarikat-syarikat dan berada 30 meter di bawah permukaan tanah. Tak cukup dengan itu, fasiliti ini mempunyai pusat bekalan kuasa sendiri yang berjalan setiap saat. Kalau tengok gambar-gambar ini, memang sangat canggih fasiliti ini.

wikileaks bunker4

Dah macam dalam filem Mission Impossible pula lokasi ni.

1. Kaabah - Arab Saudi

makkah 1

Walau seketat mana tempat-tempat di atas dikawal oleh manusia, tetapi tidak dapat mengatasi kawalan terhadap Kaabah di Mekah, oleh Allah S.W.T. Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, seperti dalam firman Allah:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” [Surah al-Baqarah : 127].

kaabah 1

Sehingga kini, masih berdiri teguh kiblat bagi umat Islam ini walaupun terdapat ancaman daripada orang kafir.

Wallahualam.

Sumber:




Hakcipta iluminasi.com (2017)