Dalam sebuah tradisi sejak berabad-abad lamanya, tirai hitam baru atau Kiswa dipasang menutupi Kaabah di Masjidil Haram di Mekah setahun sekali.

Kain itu diperbuat daripada sutera yang berkualiti tinggi, dengan ayat-ayat al-Qur'an ditenun dalam bentuk benang emas dan perak di sepanjang tali pinggang Kaaba.

Ketika jemaah haji di seluruh dunia memulakan perjalanan Haji mereka, kira-kira 200 tukang dari Arab Saudi dan warganegara lain terlibat dalam menghasilkan tirai hitam di Kompleks King Abdul Aziz untuk Kaabah Suci di Makkah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mereka ini mewarnakan, menenun, mencetak dan menghasilkan helaian fabrik dengan kemahiran yang tinggi serta penuh perhatian.

Sebaik sahaja ia diwangikan dan dijahit dengan sempurna, tirai sutera ini akan dipasangkan pada 9 haribulan Zulhijjah.

Sebelum penubuhan kompleks ini pada tahun 1926 oleh Raja Abdul Aziz, Kiswa dibekalkan oleh negara-negara yang berbeza dan Mesir merupakan negara yang paling biasa.

Pelbagai kain dan warna telah digunakan selama berabad-abad untuk pembuatan Kiswa, satu tugas yang dianggap suci.

Dari penulisan oleh ahli sejarah Arab iaitu Abu Al-Walid Al-Azraqi, diketahui bahawa Khalifah Umar ibn Al-Khattab memasangkan Kaaba dengan kain Mesih nipis berwarna putih dikenali sebagai Al-Qabbati, selepas membuat permintaan kepada Amr ibn Al- Aas, gabenor Mesir pada masa itu.

Uthman ibn Affan iaitu khalifah ketiga pula mengarahkan dua Kiswa dihasilkan.

kiswa ditanggalkan dari kaabah

Yang pertama, diperbuat dari permaidani sutera, digunakan untuk menghiasi Kaabah pada hari pertama Haji.

Manakala yang kedua pula yang diperbuat dari Al-Qabbati dan dipasangkan pada hari ke-27 Ramadhan.

Tradisi memasang Kiswa baharu pada Kaabah setiap tahun berterusan untuk beratus-ratus tahun, tetapi waktunya berbeza dari satu era Islam ke era yang lain.

Semasa tempoh Umayyad, Kiswa baru dipasangkan di sekitar Kaabah pada hari Ashura, hari ke-10 bulan Muharram.

Ia digantikan oleh satu lagi Kiswa pada akhir Ramadan dan amalan ini tidak berubah dalam tempoh Abbasid.

Pemerintahan Khalifah Abbasiyah Al-Ma'moon melihatkan Kaabah mendapat Kiswa baru tiga kali setahun.

Yang pertama adalah sutera merah Kiswa pada hari pertama Haji, yang kedua ialah Al-Qabbati putih pada malam ke-7 bulan Hijriah dan yang ketiga diperbuat dari sutera putih dan dipasangkan pada hari ke-27 Ramadan.

gambar di kilang pembuatan kiswa kaabah

Sehingga tahun 1192, perintah untuk membuat Kiswa biasanya diberikan kepada tukang-tukang yang tinggal di sebuah pulau di Tasik Tannis (kini dikenali sebagai Tasik Al-Manzila) di timur laut Mesir.

Tannis diberikan tanggungjawab dan peranan ini disebabkan oleh reputasinya sebagai hab pembuatan tekstil.

Tetapi Salah al-Din, yang merupakan sultan pertama Mesir dan Syria serta pengasas dinasti Ayyubid kemudiannya mengarahkan peninggalan Tannis semasa Perang Salib Kristian.

Kemahiran pembuatan telah berhijrah ke bahagian lain di Mesir, terutamanya di Kaherah.

Teknologi industri tekstil menjadi lebih maju selepas abad ke-13 AD. Bahan dan teknik yang mula digunakan memastikan bahawa Kiswa tidak rosak dalam masa setahun. 

Semasa dinasti Mamluk, pengeluaran Kiswa menjadi sangat mahal, memaksa sultan Al-Nasir ibn Qalawun memerintahkan gabenor Mesir menggunakan cukai dari kampung Bassous dan Abul-Gheit untuk tujuan itu.

Tetapi selepas bertahun-tahun, hasil cukai terbukti tidak mencukupi.

tenunan kiswa

Kemudian, kos pengeluaran Kiswa oleh orang Mesir ditaja oleh Al-Nasir Ibn Qalawun.

Semasa pemerintahannya, Sultan Soliman Al-Qanooni menyedari bahawa wang dari tajaan itu tidak mencukupi, maka beliau memerintahkan pengambilalihan 7 kampung sebagai tambahan kepada 3 yang diperoleh pada tahun 1567 M untuk menghasilkan aliran hasil khusus.

Perolehan dari 10 kampung itu kemudiannya diperuntukkan bagi pembuatan Kiswa Kaabah dan ini kemudiannya terbukti menjadi sumbangan terbesar oleh penguasa Uthmaniyyah.

Muhammad Ali Pasha, gabenor Uthmaniyyah Mesir dari tahun 1805 hingga 1848, mengarahkan perbelanjaan untuk membuat Kiswa dipenuhi oleh perbendaharaan negeri.

Inilah bagaimana bengkel Dar Al-Khoronfosh yang bersejarah muncul di kejiranan Al Gamaleya di Kaherah.

Pada tahun 1926, selepas pengambilalihan rantau Hijaz, Raja Abdul Aziz mengarahkan penubuhan kilang Kiswa di Makkah.

Tapak ini adalah kejiranan Ajyad berhampiran Masjid Besar.

Kompleks yang ada pada hari ini terletak di daerah Umm Al-Joud Makkah. Tirai sutera hitam yang menutup Kaabah ini biasanya siap dua bulan sebelum permulaan Haji, ketika penjaga Kaabah iaitu keluarga Bani Shaiba, mengambi alihnya secara rasmi. 

Artis kalifgrafi Kiswa moden

mokhtar alim shaqdar penulis kaligrafi kaabah 357

Mokhtar Alim Shaqdar adalah pelukis rasmi Kiswa, menggantikan pendahulu beliau iaitu Abdulraheem Bokhari yang meninggal pada tahun 1996 pada usia 90 tahun.

Mokhtar menyertai Sekolah Kaligrafi Masjidil Haram pada tahun 1978 di mana beliau belajar selama 2 tahun. Pada ketika itu, dia berada di tahun keempat sekolah rendah.

Setelah menamatkan pengajian ijazah dalam pendidikan seni, Mokhtar bekerja sebagai guru kaligrafi selama 20 tahun di beberapa tempat yang berbeza termasuk Universiti Umm Al-Qura.

Mokhtar merupakan pemegang ijazah Master of Calligraphy dan juga mengajar Al-Quran di Masjidil Haram.

Beliau dikenali sebagai individu paling dihormati dan terkemuka dalam bidang kaligrafi Arab di Makkah.

"Salah seorang guru saya mencadangkan saya kepada Kilang Kiswa dan saya menyertainya pada tahun 2003. Saya memperkenalkan idea menggunakan komputer untuk mencetak kaligrafi. Semua seni kaligrafi yang muncul di kiswa Kaaba sekarang adalah karya-karya Allahyarham Abdulraheem Bokhari. Saya hanya membuat pengubahsuaian kecil dan menulis nama Raja Abdullah dan Raja Salman. Saya juga menambah beberapa seni kaligrafi kepada beberapa bahagian kain," kata Mokhtar Alim Shaqdar.

mokhtar alim shaqdar

Sesetengah orang beranggapan bahawa ayat al-Quran pada kiswa ditulis semula setiap tahun, tetapi kilang ini telah menyediakan templat untuk kegunaan masa depan.

Terdapat beberapa fasa yang berbeza untuk menyediakan templat berkenaan.

Pertama, teks ditulis dengan tangan di sekeping kertas, kemudian diproses dalam sistem komputer oleh seorang artis grafik.

Teks yang diproses dicetak pada kertas lut sinar, yang digunakan untuk membuat templat.

Templat tersebut kemudiannya dihantar ke bahagian sulaman di mana penyulam menjahit kiswa menggunakan benang emas dan perak.

Teknologi komputer telah membantu kilang menyimpan data templat daripada hilang.

Rujukan:

1. Al-Arabiya

2. Arab News

3. Islamic Information




Hakcipta iluminasi.com (2017)