Oleh pada 06 Jun 2017 kategori

Kaabah.

Kiblat kita solat lima kali setiap hari. Selain itu dijadikan perhiasan dinding di banyak rumah orang Muslim negara kita untuk memperingkatkan kita tentang Allah Yang Maha Esa.

Saya ambil kesempatan hari ini untuk berkongsi dengan anda peminat setia Iluminasi 4 fakta tentang Kaabah yang menarik untuk kita ketahui.

1. Mengapa Kaabah berwarna hitam?

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi fakta kaabah6

Kain menutup Kaabah yang digelar kiswah itu sebenarnya pernah berwarna lain selain dari hitam. Kiswah pernah berwarna merah, putih dan berwarna hijau. Sehinggalah pada era pemerintahan Abbasiyah di mana pemerintah pada ketika itu memutuskan untuk mengekalkan warna kiswah kepada satu warna sahaja iaitu hitam dan tradisi itu kekal sehingga sekarang. Sebanyak 120kg benang emas tulen, 120kg benang perak dan 670 kg kain sutera digunakan untuk menghasilkan kiswah yang kita nampak hari ini.

2. Kaabah pernah runtuh dan dibina semula beberapa kali

iluminasi fakta kaabah2

Pendapat kebanyakan pengkaji menyatakan Kaabah telah dibina semula di antara 5 ke 12 kali. Kaabah pertama di oleh Nabi Adam as. sebagai pusat pertama untuk manusia menunaikan kewajipan pada Alla swt. Nabi Ibrahim as. dan anaknya Nabi Ismail as. membina semula Kaabah pada zaman mereka. Kaabah dibina semula tanpa perubahan ketika zaman Rasulullah saw. belum dilantik menjadi Rasul oleh orang Quraisy. Kali terakhir Kaabah diubahsuai adalah pada tahun 1996 menggunakan teknologi yang ada pada ketika itu yang diharapkan kukuh sehingga akhir zaman.

3. Kunci Kaabah akan dipegang oleh satu keturunan sahaja

iluminasi fakta kaabah3

Bani Shaibah adalah keluarga yang dipilih oleh Rasulullah saw. sebagai penjaga kunci Kaabah dan amanah itu akan dipegang oleh keluarganya sehingga akhir zaman. Pada mulanya Rasulullah saw. diberikan kunci tersebut untuk dijaga tetapi Rasulullah saw, telah memilih Osman bin Talha dari Bani Shaibah untuk menggantikan beliau. Sudah lebih 15 abad keluarga Bani Shaibah menjaga kunci Kaabah dan ketika ini kunci Kaabah dijaga oleh Sheikh Abdul Qadir al-Shaibi.

4. Batu Hajar Aswad batu dari syurga

iluminasi fakta kaabah4

Ketika Nabi Ibrahim as. membina semula Kaabah, dia meminta anaknya Nabi Ismail as. mencari batu yang baik untuk diletakkan sebagai penanda Kaabah. Hajar Aswad adalah batu yang diturunkan dari syurga ketika zaman Nabi Adam as. tetapi hilang semasa banjir besar yang melanda bumi pada zaman Nabi Nuh as. kemudian ditemui dengan bantuan Malaikat Jibrail. Asalnya batu ini berwarna putih yang lebih putih dari susu tetapi berubah warna selepas disentuh oleh kecelakaan yang dilakukan oleh manusia-manusia keturunan Nabi Adam as.


Itulah antara fakta menarik tentang Kaabah yang sempat saya kongsikan hari ini. Ada satu yang lebih menarik, tetapi tidak ada gambarnya. Di arasy Allah swt. wujud satu lagi Kaabah yang digunakan oleh para Malaikat yang akan bertawaf di sekelilingnya sama seperti apa yang kita buat ketika ibadah haji.




Hakcipta iluminasi.com (2017)