Oleh pada 13 Feb 2018 kategori

Di Amerika Syarikat, undang-undang "Son of Sam" tidak membenarkan mana-mana penjenayah untuk meraih sebarang keuntungan daripada kisah jenayah yang mereka lakukan. Oleh sebab itu, di sesetengah negeri di sana, pembunuh bersiri terkenal seperti Charles Manson diharamkan menjual hasil penulisan, karya, temu bual, puisi, buku dan sebagainya.

Namun, undang-undang "Son of Sam" tersebut masih tidak mampu mengawal penjenayah-penjenayah berikut, termasuklah Charles Manson, daripada menjana pendapatan yang menguntungkan walaupun ketika sedang menjalani hukuman di penjara.

1. Jeffrey Dahmer

Dikenali sebagai Kanibal Milwaukee, Jeffrey Dahmer dikenakan hukuman penjara 15 kali seumur hidup selepas disabitkan atas kesalahan membunuh 16 orang lelaki pelbagai peringkat usia. Majoriti pembunuhan yang dibuat melibatkan nekrofilia, kanibalisme dan pengawetan anggota badan. Jeffrey mengumpan mangsa untuk datang ke rumahnya sebelum membunuh dan memotong satu persatu anggota badan mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menurut New York Times, semasa dipenjarakan, Jeffrey menerima wang derma daripada para 'peminat' dari seluruh dunia yang sering mengirimkan surat kepadanya. Selain kitab Bible, mereka menghantar wang untuk membeli rokok dan juga wang caj pengeposan untuk buku-buku seni yang dihantar. Secara keseluruhan, Jeffrey telah menerima hampir $12,000 dari seluruh dunia.

Tidak cukup dengan itu, Jeffrey juga memperoleh pendapatan sebanyak 2 sen sejam sebagai tukang cuci gimnasium penjara. Pada Januari 1994, rekod penjara mencatatkan aset Jeffrey setinggi $4,284 yang digunakan untuk memesan barangan melalui katalog seperti majalah, buku komik dan kaset yang memainkan alunan bunyi ikan paus. (Sumber 12)

2. John Wayne Gacy

John Wayne Gacy merupakan seorang pembunuh bersiri dan perogol yang disabitkan kesalahan atas penyeksaan dan pembunuhan sekurang-kurangnya 33 remaja dan lelaki muda antara tahun 1972 hingga 1978 di sekitar Chicago. Tengkorak dan mayat mangsa dijumpai ditanam di bawah rumahnya. John Wayne lebih dikenali sebagai "Badut Pembunuh" kerana berpenampilan sebagai seorang badut bernama Pogo di majlis-majlis amal sewaktu awal zaman keganasannya.

john wayne gacy bagaimana penjenayah buat duit dalam penjara

Semasa di penjara, John mula melukis dan hampir kesemua karya seninya menampilkan badut sebagai watak utama. Sehingga tahun 1985, dia dibenarkan untuk menjual hasil lukisannya. Dia berjaya menjual 19 karya dan berbangga kerana karya seninya telah "memberi kebahagiaan dalam hidup orang." Lain-lain hasil karyanya berjaya dilelongkan dan mengutip dana antara $200 hingga $20,000 setiap satu.

Setelah pelaksanaan hukuman mati pada tahun 1994 di Illinois, peguam John Wayne Gacy telah melelongkan baki lukisannya kepada orang awam. Dua orang lelaki telah membeli 25 hasil lukisan John Wayne dan membakar kesemua lukisan tersebut di dalam sebuah unggun api sambil disaksikan oleh 3,000 orang yang terdiri daripada saudara dan kenalan mangsa pembunuhan John Wayne Gacy. (Sumber 1)

3. David Berkowitz

Undang-undang "Son of Sam" mula diperkenalkan di New York selepas David Berkowitz disabitkan atas kesalahan pembunuhan bersiri pada tahun 1976. Menggelar diri sendiri "Son of Sam", David Berkowitz mengaku bersalah terhadap 8 serangan menembak secara berasingan di bandar New York yang mana kesemuanya menggunakan .44 revolver kaliber.

David menghindari pihak polis dengan meninggalkan sepucuk surat mengejek para penyiasat dan menjanjikan lebih banyak jenayah lain. Kes itu mendapat liputan luas pihak media sebelum David berjaya diberkas pada tahun 1977. David mengaku bersalah atas semua pembunuhan dan mengatakan dia hanya melakukannya atas perintah syaitan.

david berkowitz bagaimana penjenayah buat duit dalam penjara

David Berkowitz menerima hukuman 6 kali penjara seumur hidup. Semasa dipenjarakan, khabar angin tular mengatakan dia telah ditawarkan sejumlah wang yang besar untuk menceritakan kisahnya kepada penerbit dan studio filem. Dia juga telah mencari seorang bomoh penghalau hantu untuk membantu mengarang buku biografinya namun tawaran besar itu akhirnya ditolak.

Setelah itu, selama bertahun lamanya, David Berkowitz telah membangunkan sebuah memoir dengan bantuan Kristian evangelis. Sejak dilahirkan kembali ke dalam agama Kristian, dia menggelarkan dirinya "Son of Hope". Buku biografinya diterbitkan pada tahun 2006 berjudul “Some of Hope: The Prison Journals of David Berkowitz" namun dia tidak menerima sebarang bayaran royalti atau keuntungan hasil jualan buku, temu bual dan mana-mana penulisan sehingga ke hari ini. (Sumber 123)

4. Richard Speck

Richard Speck merupakan seorang pembunuh bersiri yang menyeksa, merogol dan membunuh 8 orang pelajar kolej kejururawatan dari Hospital Komuniti Chicago Selatan pada 1966. Dia disabitkan kesalahan pada tahun 1967 dan dijatuhkan hukuman gantung namun hukuman itu ditukar kepada penjara seumur hidup disebabkan isu dengan pemilihan juri.

richard speck bagaimana penjenayah buat duit dalam penjara

Richard Speck ditahan di Pusat Tahanan Stateville di Illinois. Penjara itu menawarkan kelas seni lukisan dan seramik bagi para banduan. Chicago Tribune melaporkan walaupun dia tidak mendaftarkan diri di dalam kelas seni tersebut, dia amat dikenali kerana sering menjual hasil karya untuk memperolehi wang saku bagi membeli rokok. Ada lukisannya yang dibeli dengan nilai sehingga 500 dolar. (Sumber 12)

5. Charles Manson

Jika anda membuat carian di Google, beberapa laman web melaporkan pembunuh bersiri terkemuka ini mempunyai harta bersih sekitar $400,000. Charles Manson yang merupakan seorang pemimpin kultus dipenjarakan di Penjara Negeri Corcoran di California selepas disabitkan kesalahan membunuh pelakon wanita yang sedang sarat mengandung ketika itu, Sharon Tate, serta enam orang mangsa lain pada tahun 1969.

charles manson dan sharon tate

Sebagai seorang banduan, Charles Manson tidak mempunyai sebarang akses kepada komputer dan hanya bergaji tetap $35 setiap bulan di penjara. Namun, Fortune melaporkan dia telah berjaya meraih pendapatan lumayan hasil jualan cenderamata dalam talian seperti pelekat, kemeja-T dan sebagainya. Menurut The New York Times pula, rekaan kemeja-T memaparkan perkara-perkara yang disukainya serta slogan "Charlie Don't Surf." Setiap kemeja-T itu dijual pada harga $17 dan dia menerima keuntungan 10 sen bagi setiap helai yang berjaya dijual. (Sumber 123)

6. Arthur Shawcross

Lebih dikenali sebagai "Pembunuh Sungai Genessee", Arthur Shawcross telah didapati bersalah kerana membunuh 14 orang mangsa secara keseluruhan. Selepas membunuh dua orang kanak-kanak pertama pada tahun 1972, dia telah menjalani hukuman penjara dan dibebaskan 12 tahun kemudian. Pada tahun 1990, dia telah membunuh 10 orang lagi wanita antara tahun 1988 hingga 1989. Semasa perbicaraan, Arthur mengaku telah mencacatkan mangsa dengan sengaja dan juga jenayah kanibalisme. Menurut pihak berkuasa, dia mencari mangsa daripada golongan pelacur yang akan dirogol dan dicacatkan anggota badan sebelum mayat dicampak ke lokasi-lokasi rahsia sekitar Rochester, New York.

arthur shawcross bagaimana penjenayah buat duit dalam penjara

Sepanjang tempoh dipenjarakan, Arthur menjual lukisan dan puisi dari sel penjaranya semasa program pameran lukisan yang diadakan setiap tahun. Ada antara karya seninya berjaya dijual sehingga $600 setiap satu. Salah satu lukisannya memaparkan Puteri Diana pada tahun 2001 dijual pada harga $540.

Pada tahun 2002, satu rusuhan diadakan tanda protes terhadap Arthur yang mengaut keuntungan daripada karya seni dalam penjara. Pihak berkuasa penjara kemudian telah menamatkan program tahunan itu sekaligus mengharamkan penjualan sebarang karya yang dihasilkan dalam penjara. (Sumber 1, 2)




Hakcipta iluminasi.com (2017)