Sehingga ke hari ini, masih ramai yang yakin dan percaya bahawa makhluk asing wujud walaupun tiada penemuan yang benar-benar jelas terbukti.

Malah, ia bukan sahaja dipercayai oleh orang awam sahaja tetapi juga pegawai atasan kerajaan, terutamanya di Barat. Apa yang menguatkan lagi teori berkenaan dengan hal ini adalah dakwaan kemalangan UFO di Roswell, New Mexico pada tahun 1947.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kawasan 51 yang didakwa mempunyai kaitan dengan makhluk asing juga menjadi penyebab ramai orang membuat teori-teori tak masuk akal. 

iluminasi.com kongsikan 6 pegawai tinggi kerajaan yang mengaku mereka percaya bahawa makhluk asing wujud.

1. John Podesta 

john podesta percaya ufo wujud

John Podesta merupakan seorang ahli pentadbiran Obama dan Clinton dan kini menjadi ahli pasukan kempen Hillary Clinton.

Dia telah berusaha untuk mengungkap kebenaran tentang UFO dan makhluk asing selama bertahun-tahun.

Walaupun tidak banyak kemajuan dilakukan John, namun dia berjaya mendedahkan beberapa fail tertentu berkenaan dengan hal makhluk asing.

Dia juga percaya bahawa masih terdapat banyak perkara yang tidak diketahui dan membuatkan peminat UFO teruja apabila dia berkata bahawa kegagalan terbesarnya ketika pentadbiran Obama adalah mengabaikan untuk mengeluarkan fail UFO.

2. Dennis Kucinich

dennis kucinich percaya ufo

Ahli kongres Dennis Kucinich dikenali kerana sangat lantang dan agak berbeza daripada rakan-rakan sekerjanya.

Dia dianggap sangat liberal dalam beberapa perkara dan juga dianggap agak gila oleh ramai orang kerana dia berpegang pada kepercayaan bahawa dia berhubung dengan makhluk asing secara mental.

Dennis berasal dari Ohio, dan semasa tempoh pengalamannya melibatkan makhluk asing, dia tinggal di pangkalan Angkatan Udara Amerika Syarikat.

Dalam satu kisah yang yang diceritakannya, Dennis mendakwa melihat UFO aneh. Dan ketika UFO tersebut terbang di atasnya, Denis berkata bahawa dia berasakan hubungan mental dengan makhluk itu.

Orang lain kemudiannya mengatakan bahawa Kucinich berasakan apa yang dia mahu rasakan, dan UFO itu mungkin kapal eksperimen dari pangkalan terdekat. Peminat UFO kemudian mendakwa bahawa UFO gemar terbang berdekatan pangkalan tentera dan mungkin mempercayai kata-kata Dennis.  

3. Kirsan Ilyumzhinov

kirsan ilyumzhinov

Kirsan Ilyumzhinov adalah bekas presiden Republik Kalmykia di Rusia dan presiden Pertubuhan Catur Dunia ketika ini.

Kirsan merupakan seorang yang agak pelik yang mendakwa secara terbuka bahawa dia telah diculik oleh makhluk asing, dan mereka sangat mirip dengan manusia.

Seperti Dennis Kucinich, Kirsan juga mendakwa bahawa dia merasakan hubungan mental dengan makhluk asing semasa berada di atas kapal mereka.

Seorang pegawai Rusia mencadangkan bahawa dakwaan oleh Kirsan ini membuatkan dia tidak layak untuk menjadi pemerintah.

Walau bagaimanapun, pegawai Rusia itu seolah-olah mencadangkan bahawa dakwaan tersebut adalah benar dan membuat kesimpulan mengenai masalah yang sama penting iaitu: Makhluk asing mungkin dapat mengambil rahsia negara daripada Kirsan semasa penculikan tersebut, dan pertemuan dengan makhluk asing akan menjadi bersejarah jika ia benar-benar berlaku.

Dia berasakan bahawa Kirsan sepatutnya melaporkan perkara tersebut terus ke pentadbiran tertinggi Rusia.

4. Dwight. D. Eisenhower

dwight eisenhower percaya makhluk asing wujud

Salah satu teori yang paling popular mengenai Presiden AS ke-34, Dwight Eisenhower yang taksub dengan makhluk asing mendakwa bahawa Dwight sama ada bertemu dengan makhluk asing secara diam-diam atau berhubung secara telepatik dengan mereka.

Dia menggunakan hubungan ini untuk membentuk pakatan, mengetahui sepenuhnya semua program penyelidikan makhluk asing kerajaan, bahkan terlibat dalam beberapa program.

Konspirasi lain mendakwa bahawa rahsia makhluk asing disimpan dari pengetahuan Dwight, jadi dia mengancam untuk menyerang Kawasan 51.

Mengetahui bahawa mereka tidak dapat menentang presiden dan wira perang AS itu, mereka mengalah dan membenarkan pakar yang mewakili Dwight untuk melawat Kawasan 51.

Di situ, wakil tersebut dikatakan melihat kapal angkasa asing dan bangkai makhluk asing yang terhempas di Roswell, New Mexico. 

5. Robert Salas

robert salas

Seorang bekas Kapten Tentera Udara Amerika Syarikt bernama Robert Salas yang bekerja dalam projek peluru berpandu balistik antara benua di Montana mendakwa mengalami beberapa pengalaman yang sangat pelik.

Dia mendakwa bahawa UFO adalah perkara biasa dan mengganggu peluru berpandu mereka sehinggakan Angkatan Udara AS terpaksa kembali dan mengaktifkan semula secara manual.

Pada satu ketika, semua peluru berpandu mereka tersekat selama beberapa minit. Beberapa pangkalan peluru berpandu lain di seluruh dunia juga melaporkan perkara yang sama.

penampakan ufo

Dia juga mendakwa anggotanya hampir-hampir pernah mendekati segitiga hitam yang aneh dan ternampak UFO yang kelihatan seperti ia memuntahkan sejenis logam cair.

Menurut Kapten Robert, pegawai atasannya tidak menolak atau mengejek ceritanya, sebaliknya memberitahunya bahawa ia merupakan rahsia sulit atau ia tidak pernah berlaku, 

6. Edgar Mitchell

edgar mitchell

Edgar Mitchell adalah bekas angkasawan yang telah menjadi sangat taksub dengan UFO dan kerap menghadiri konvensyen.

Edgar tidak mendakwa pernah melihat makhluk asing, tetapi dia yakin ia wujud dan menjadi angkasawan kerana ketaksubannya terhadap makhluk asing.

Edgar berasal dari bandar Roswell, New Mexico, dan terkesan dengan insiden kemalangan UFO yang dikatakan berlaku di bandar itu pada tahun 1947.

Dia mendakwa bahawa penduduk kota itu diberitahu oleh kerajaan untuk melupakan perkara itu dan apabila dia cuba menggunakan pengaruhnya sebagai seorang angkasawan untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara itu, dia tidak begitu berjaya.

Kononnya, dia berjaya mendapatkan pengesahan bahawa kapal angkasa makhluk asing benar-benar terhempas di Roswell, dan kemudian pertanyaan lanjut dihentikan.

Rujukan:

1. Geek Wire

2. WSJ

3. Guardian




Hakcipta iluminasi.com (2017)