Hari Matahari yang jatuh pada 15 April, adalah cuti umum di Korea Utara bagi memperingati pengasas negara itu iaitu Kim Il Sung.
Jadi, apabila cucunya yang merupakan Pemerintah Tertinggi iaitu Kim Jong Un tidak hadir dalam perayaan awam itu, ia membuatkan orang ramai berspekulasi.
Adakah dia masih hidup, atau telah mati?
Disebabkan oleh kurangnya media yang bebas di Korea Utara, maka sangat sukar untuk membuktikan khabar angin yang berasal dari Pyongyang.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 6 khabar angin dahsyat melibatkan Kim Jong Un.
1. Gaya rambut mandatori
Pada tahun 2014, terdapat laporan yang dibuat oleh Radio Free Asia bahawa pelajar universiti lelaki dikehendaki memotong rambut seperti Kim Jong Un.
Potongan rambut Supreme Leader ini adalah gaya tentera yang melibatkan bahagian tepi dicukur dan bahagian atas serta tengah dalam keadaan panjang.
Menurut laporan, mandat ini menerima pendapat berbeza dengan sesetengah melabel gaya rambut ini sebagai "gaya rambut penyeludup China".
Tidak jelas jika mandat ini benar-benar wujud, dengan para pelancong yang melawat negara itu tidak perasan akan sebarang langkah terhadap gaya rambut ini. Namun, TV Korea Utara pernah melancarkan kempen menentang rambut panjang.
Yang terbaru, pihak berkuasa dilaporkan mengenakan tindakan keras terhadap "tingkah laku bukan sosialis" seperti gaya rambut yang tidak dibenarkan, dengan menyatakan bahawa rakyat lelaki terhad kepada 10 gaya rambut dan 18 gaya rambut bagi wanita di Korea Utara.
2. CIA mengupah pembalak Korea Utara untuk membunuh Kim Jong Un
Pada Mei 2014, kerajaan Korea Utara mendakwa bahawa Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) dan Perkhidmatan Perisikan Nasional Korea Selatan (NIS) bekerjasama untuk mengupah seorang tukang balak Korea Utara yang berpusat di Rusia dalam plot biokimia untuk membunuh Kim Jong Un.
Dilaporkan bahawa kaedah itu melibatkan "bahan biokimia" atau senjata yang radioaktif serta beracun nano.
Agensi berita negara Korea Utara, Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) tidak memetik sebarang bukti tetapi menulis laporan 1800 patah perkataan yang mendakwa "kumpulan pengganas yang jahat" telah bersekongkol untuk mensasarkan kepemimpinan tertinggi ketika perbarisan tentera.
Agensi berita antarabangsa tidak dapat mengesahkan laporan tersebut, tetapi perlu diperhatikan bahawa ia berlaku pada ketika ketegangan memuncak di antara negara-negara ini.
Pihak berkuasa Korea Utara yang berang dengan berita ini mengatakan bahawa mereka akan mengekstradisi sesiapa sahaja yang terlibat dalam rancangan yang digagalkan itu.
Suspek yang disyaki dalam hal ini hanya dikenal pasti sebagai "Kim" yang bekerja di industri kayu di Khabarovsk, Rusia.
3. Kippumjo atau "Skuad Berseronok"
Dikatakan bahawa terdapat satu kumpulan di Korea Utara melibatkan sekitar 2,000 wanita untuk tujuan memberikan hiburan dan keseronokan (biasanya seksual), untuk pegawai tinggi Parti Pekerja dan tetamu kehormat.
Kumpulan ini dikenali sebagai "Kippumjo" atau Skuad Berseronok, namun dipercayai telah dibubarkan setelah kematian Kim Jong-Il.
Namun pada tahun 2015 dilaporkan bahawa Kim Jong Un merekrut anggota baru sejak semuda 13 atau 14 tahun.
Difahamkan bahawa kereta api yang dinaiki Kim Jong Un dikendalikan oleh Kippumjo yang terdiri daripada perawan yang diperakui.
Ramai daripada wanita-wanita ini kemudiannya "bersara" di usia 20-an dan berkahwin dengan pegawai tentera.
4. Membunuh ahli keluarga sendiri
Di Korea Utara, tiada siapa yang benar-benar selamat.
Bapa saudara Kim Jong Un iaitu Jang Song Thaek telah ditangkap atas tuduhan mengkhianat pada Disember 2013 dan dilabelkan sebagai "pengkhianat" di mahkamah ketenteraan.
Dia kemudiannya dijatuhkan hukuman mati dengan skuad penembak.
Dipercayai bahawa Kim Jong Un bukan sahaja cuba untuk menghapuskan bapa saudaranya itu dari sejarah dengan menghapuskan beribu-ribu artikel berita tentangnya, tetapi juga melaksanakan hukuman bunuh terhadap ahli keluarga lain termasuklah anak dan cucu kepada saudara dekat.
Walaupun ahli propaganda berusaha untuk menghapuskannya, namun imej Jang Song Thaek muncul di media tempatan beberapa tahun kemudian dalam dokumentari tentang 11 tokoh sejarah Korea Utara.
Dan dikatakan penyunting dokumentari ini mungkin telah dipenjarakan kerana "kesalahan" menyiarkan dokumentari berkenaan.
Abang tiri Supreme Leader iaitu Kim Jong Nam juga dibunuh pada tahun 2017. Pihak berkuasa Malaysia mendakwa bahawa abang tirinya dibunuh oleh dua wanita yang menghampirinya di KLIA menggunakan ejen kimia.
Kim Jong Nam memberitahu seorang penyambut tetamu lapangan terbang berkenaan bahawa "seseorang memegangnya dari belakang dan mencurahkan cecair ke wajahnya" sebelum meninggal dunia ketika dipindahkan ke hospital.
5. Pulau mewah misteri
Bekas bintang bola keranjang NBA Dennis Rodman menjalinkan persahabatan yang agak pelik dengan Kim Jong Un dan melawat Korea Utara pada tahun 2013.
Selepas itu, Dennis bercakap mengenai pulau peribadi Kim Jong Un yang dikatakan seperti Hawaii atau Ibiza, namun satu-satunya manusia yang mendiami pulau tersebut adalah Supreme Leader.
Lokasi pulau misteri ini yang mempunyai pelabuhan sendiri dengan pegawai tentera 24 jam, tidak pernah disahkan tetapi dipercayai terletak berhampiran pelabuhan Wonson.
Dennis menambah bahawa pulau itu seperti "pesta 7 bintang" dengan koktel yang tidak berkesudahan dan jet ski.
Untuk sampai ke pulau ini, Dennis memberitahu bahawa dia menaiki kapal layar 95 kaki milik Kim Jong Un, yang digambarkan seperti kacukan feri dan bot Disney.
6. Hukuman bunuh Flame-Thrower
Seperti satu babak dalam "Once Upon A Time In Hollywood", terdapat dakwaan bahawa Kim Jong Un pernah mengarahkan seorang timbalan menteri keselamatan dibunuh menggunakan flame-thrower (pelontar api) sebagai sebahagian daripada pembersihan politik pada tahun 2014.
Lelaki malang tersebut yang dikenali sebagai Oh Sang Hon merupakan tokoh utama Kementerian Keselamatan Rakyat Korea Utara tetapi dilihat menyokong bapa saudara Pemertinah Tertinggi ini iaitu Jang Song-Thaek, yang sebelum itu dihukum mati kerana mengkhianat.
Dipercayai bahawa Oh Sang Hon menjadikan kementerian berkenaan sebagai skuad pelingund Jang Song Thaek.
Pembelot Korea Utara Kang Chol Hwan berkata, "Kim Jong Un secara peribadi membenci Oh Sang Hon, jadi dia sendiri yang mengarahkan timbalan menteri itu dibunuh menggunakan pelontar api,".
Seperti dalam filem Hollywood, mayat Oh Sang Hon dipercayai digilis dengan kereta kebal.