Ketika seluruh dunia sedang menunggu berita sama ada Pemimpin Tertinggi Korea Utara Kim Jong Un masih hidup atau mati, pandangan teralih kepada adik perempuan beliau iaitu Kim Yo Jong.

Yo Jong dilihatkan sebagai calon utama untuk menggantikan abangnya, namun adakah dia mempunyai "ciri-ciri" untuk memimpin rejim yang sudah lama terkenal dengan kekejaman eksterm?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kebangkitan Yo Jong dalam Jabatan Organisasi dan Bimbingan Korea Utara menjadikannya sebagai "No. 2 "di mata birokrat Parti Pekerja, dan ini menjadikannya bukan hanya pewaris takhta Jong Un yang paling jelas, tetapi juga sudah menjadi sosok kuasa utama.

Jika, menurut sestengah laporan, Jong Un benar-benar nazak selepas menjalani pembedahan, maka Yo Jong mungkin sudah memiliki kekuatan untuk menangkis segala cabaran untuk mengambil alih kuasa.

Keadaan Jong Un kekal misteri sejak kehilangannya dari pandangan setelah sesi Majlis Tertinggi pada 12 April.

iluminasi.com kongsikan serba sedikit siapa sebenarnya Kim Yo Jong, bakal Pemimpin Tertinggi Korea Utara seterusnya.

Berusia sekitar awal 30-an

biodata lengkap penuh kim yo jong adik perempuan kakak jong un 377

Kim Yo Jong adalah anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan Kim Jong Il dan pasangannya, penari kelahiran Jepun, Ko Yong Hui.

Anak sulung pasangan ini adalah Kim Jong Chol, diikuti oleh Kim Jong Un, yang berusia 36 tahun. Tarikh lahir Yo Jong yang sebenar tidak diketahui dan masih dipertikaikan.

Menurut Jabatan Perbendaharaan A.S., dia dilahirkan di Pyongyang, Korea Utara, pada 26 September 1989.

Jabatan Perbendaharaan tersebut mendedahkan tarikh itu ketika Yo Jong disenaraihitamkan kerana pelanggaran hak asasi manusia pada tahun 2019.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan perisikan Korea Selatan mengatakan bahawa dia dilahirkan pada tahun 1987. Biography.com juga menyenaraikan tarikh lahirnya pada 26 September 1987. 

Bersekolah di Switzerland

kim yo jong ketika kecil

Menurut sumber, Yo Jong tinggal bersama dua abangnya termasuk Kim Jong Un, di kediaman ibunya di bandar Pyongyang.

Dan seperti abang-abangnya, Yo Jong bersekolah di Bern, ibu negara Switzerland. Dia bersekolah di sekolah awam Liebefeld-Steinhölzli, sekolah yang sama dengan Jong Un untuk beberapa tahun dan tinggal di apartment berdekatan.

Yo Jong menggunakan nama samaran "Pak Mi Hyang" dan sangat meminati kelas tarian ballet ketika di Bern. Abangnya Jong Chol menggunakan nama "Pak Chol" manakala Jong Un pula sebagai "Pak Un".

Yo Jong merupakan anak kesayangan Kim Jong Il.

Minat politik sejak kecil

siapa sebenarnya kim yo jong 501

Diberi nama julukan "Ivanka Trump Korea Utara" Kim Yo Jong dilaporkan pulang ke Korea Utara sekitar tahun 2000 dan 2001, waktu yang sama dengan Kim Jong Un.

Tidak diketahui di mana dia menamatkan sekolah menengah namun Yo Jong dikatakan menghadiri kelas khas di Universiti Kim Il Sung di Pyongyang.

Seawal tahun 2002, Kim Jong Il dengan bangganya memberitahu kepada pembicara asing bahawa anak perempuan bongsunya itu berminat dalam politik dan mahukan kerjaya dalam sistem politik Korea Utara.

Kebangkitan kuasa Yo Jong

siapa kim yo jong 407

Kim Yo Jong menyertai Parti Pekerja Korea pada tahun 2007.

Dia akhirnya berkhidmat sebagai sekretariat untuk bapanya sehingga Kim Jong Il meninggal pada tahun 2011.

Dengan kuasa jatuh kepada abangnya, Yo Jong mengambil alih tugas sebagai naib pengarah jabatan Jabatan Propaganda dan Pergolakan.

Yo Jong menggelarkan Korea Selatan sebagai "anjing menyalak yang ketakutan" kerana mengadu tentang demonstrasi tentera secara langsung oleh Korea Utara.

dan Agitasi Department. Tidak seorangpun yang ingin mengucapkan kata-kata, dia baru-baru ini menyebut Korea Selatan sebagai "anjing yang ketakutan menggonggong" kerana mengadu demonstrasi ketenteraan langsung oleh negara, lapor The Guardian.

Muncul kali pertama di upacara pengebumian Kim Jong Il

kim yo jong

Selepas pulang ke Pyongyang, Kim Yo Jong tidak kelihatan di mana-mana tempat awam untuk tempoh 10 tahun.

Dia membuat kemunculan pertamanya dalam media Korea Utara apabila dia muncul bersama mereka yang berkabung di pengkebumian Kim Jong Il pada akhir tahun 2011.

Selama bertahun-tahun, dia dikatakan dipersiapkan untuk memegang jawatan tinggi oleh ibu saudaranya, Kim Kyong Hui, yang melakukan juga berperanan menyokong abangnya, Kim Jong Il, seperti mana Yo Jong lakukan untuk Jong Un ketika ini.

Dia mula membantu mewujudkan kempen penggantian keturunan Kim Jong Un pada tahun 2010 dan 2011, bekerja di Suruhanjaya Pertahanan Nasional dan sekretariat peribadi Kim Jong Il.

Bertanggungjawab ke atas imej Kim Jong Un

kim yo jong bertanggungjawab menjaga imej abangnya

Kim Yo Jong secara rasmi adalah timbalan pengarah Jabatan Propaganda dan Agitasi Parti Pekerja Korea, organisasi komunis yang menguruskan negara ini.

Dalam peranan ini, dia memastikan bahawa Kim Jong Un ditampilkan sebagai pemimpin yang kuat dan semuanya berjalan dengan lancar.

Dia dilihat bekerja semasa perarakan besar di Pyongyang pada April tahun lalu, bergegas keluar dari belakang tabir untuk memberikan kertas kerja kepada abangnya.

Dia juga muncul di panggung bersama Jong Un semasa pembukaan projek pembinaan mercu tanda di ibukota, Jalan Ryomyong, di mana dia mengenakan suit hitam dan kelihatan memberikan arahan kepada jurugambar serta logistik lain.

Seperti abangnya, Yo Jong sangat ditakuti dan dihormati di Korea Utara

Adakah dia bakal menjadi pengganti Kim Jong Un?

kim yo jong 2

Jawapan pendeknya, mungkin tidak. 

Korea Utara sangat mematuhi peraturan yang Confucian (sistem hierarki dan dikuasai oleh lelaki) yang menjadikan mustahil bagi Kim Yo Hong untuk menjadi pemimpin.

"Dia tidak boleh menjadi seorang pemimpin. Dia seorang wanita. Namun dia mempunyai peranan yang penting dan sangat berpengaruh," kata Lim Jae Cheon, seorang pakar keluarga Kim dari Universiti Korea di Seoul

Seperti banyak tokoh lain dalam kepimpinan Korea Utara, tidak banyak yang diketahui mengenai Kim Yo Jong.

Beberapa akhbar Korea Selatan dan Jepun melaporkan bahawa dia berkahwin dengan seorang pegawai kewangan, anak lelaki pegawai kanan Choe Ryong Hae, dan mereka mempunyai sekurang-kurangnya seorang cahaya mata.

Laporan lain mengatakan bahawa dia jatuh cinta dengan seorang pengawal peribadi.

Dan yang lain mengatakan bahawa dia masih bujang dan tidak mempunyai anak.

Walau bagaimanapun, dia pernah dilihat memakai penutup pada jari manis, dengan spekulasi mengatakan bahawa mungkin untuk menutup bekas cincinnya.

Selain dari itu, kita tak mengetahui butiran peribadi Yo Jong dengan pasti.




Hakcipta iluminasi.com (2017)