Seluruh dunia sedar bahawa Korea Utara merupakan negara yang mempunyai teknologi senjata nuklear yang agak dahsyat dan pemimpin comel yang berhati garang dan berani.
Walaupun masih muda, namun Kim Jong-un dilihatkan sebagai seorang pemimpin yang sangat tegas dan tidak berdiam diri apabila negaranya menerima ugutan dan dijadikan bahan ketawa.
Dengan ancaman dan ugutan yang pernah dilancarkan oleh Korea Utara terhadap negara luar atas beberapa faktor, iluminasi.com ingin berkongsi dengan pembaca 5 ugutan yang paling pelik dan kelakar pernah dilakukan oleh Korea Utara.
BESARKAN TEKS A- A+
5. Korea Utara vs Australia
Pada April 2017, Australia menjadi fokus kepada retorik eksrem rejim ini. Korea Utara berang selepas Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata bahawa program senjata nuklear Korea Utara memberikan ancaman kepada Australia melainkan ia dihentikan oleh komuniti antarabangsa.
Sebagai balasan, agensi berita KCNA yang dikendalikan oleh kerajaan Korea Utara memetik ucapan seorang jurucakap Pyongyang menuduh Julie Bishop mengatakan "serpihan sampah terhadap Korea Utara atas langkah-langkahnya hanya untuk mempertahankan diri."
Julie kemudianya membalas dengan dakwan bahawa kerajaan Korea Utara sepatutnya melaburkan wang tersebut kepada kebajikan rakyat yang telah lama merana dan bukannya terhadap senjata pemusnah besar-besaran.
Namun, adakah peluru berpandu Korea Utara mampu sampai ke Australia. Ia memang lebih dekat dari Amerika Syarikat, namun Korea Utara masih belum berjaya menguji peluru berpandu antarabenua yang mampu sampai ke negara Down Under itu.
4. Perang Choco Pie
Siapa pernah makan Choco pies? Snek ini tleh menjadi subjek yang sangat pantang disebut dan simbol kepada kapitalisma di Korea Utara.
Untuk bertahun lamanya, snek ini diberikan sebagai ganjaran kepada rakyat Korea Utara yang bekerja di kilang Korea Selatan di zon perindustrian bersama Kaesong
Tetapi pekerja-pekerja kilang ini tidak menikmati snek ini sebaliknya menjual Choco Pies dan akhirnya snek ini melahirkan pasar gelapnya sendiri yang dijual dengan harga yang tinggi.
Snek ini kemudiannya menjadi mata wang tak rasmi di Korea Utara dan Kim Jong un tidak gembira mengetahui berita ini. Jadi, pada May 2014, pihak berkuasa Pyongyang mengarahkan pemilik kilang supaya menghentikan pengedaran snek ini.
Beberapa bulan kemudian, Korea Utara mendapat kejutan manis daripada jiran Selatan mereka. Kira-kira 200 penunjuk perasaan di Korea Selatan berkumpul untuk melancarkan 50 belon berisi 10,000 Choco Pies memasuki wilayah Korea Utara.
Sebagai respon terhadap "pengeboaman belon" itu, Korea Utara mengugut Korea Selatan. Pyongyang memberi amaran mereka akan mengebom tapak pelancaran penunjuk perasaan dan membunuh sesiapa sahaja yang terlibat.
3. Ugutan meletupkan Korea Selatan
Untuk bertahun lamanya, tentera Korea Selatan memperlekehkan Korea Utara dengan memasang lagu K-Pop dan campuran berita dunia di sepanjang sempadan negara itu menggunakan pembesar suara, untuk menakutkan tentera di negara itu.
Pada Ogos 2015, keadaan menjadi bertambah buruk apabila Korea Utara mengugut untuk meletupkan Korea Selatan pembesar suara selapas mereka mula melaungkan "peperang psikologi anti-utara".
Seoul memulakan penyiaran tersebut apabila Korea Utara menafikan penglibatan dalam menanam periuk api di DMZ bahagian selatan, yag telah mengorbankan 2 nyawa tentera Korea Selatan.
Korea utara yang mempunyai sejarah lampau iaitu sangat sensitif terhadap cacian yang dilemparkan terhadap Kim Jong Un, menganggap penyiaran itu sebagai pengisytiharaan perang.
Namun Presiden Korea Selatan ketika itu, Park Geun-hye memberitahu Pyongyang untuk tidak berangan-angan dan bangun dari khayalan bahawa mereka mampu mengekalkan kerajaan dengan ugutan yang hanya akan menyebabkan pengasingan dan kehancuran.
Korea Utara gagal untuk "menepati" ugutan mereka dan pada Februari 2015, Korea Selatan menggunakan pembesar suara sekali lagi untuk menyebarkan berita pembunuhan Kim Jong Nam di sempadan Korea Utara selepas media Korea Utara berdiam diri atas insiden tersebut.
2. Propaganda peperangan
Bukanlah satu rahsia bahawa Korea Utara mengawal rakyatnya melalui ketakutan dan propaganda. Antara salah satu cara melakukannya adalah melalui poster dan video menggambarkan Amerika Syarikat sebagai penjahat dan Kim Jong Un sebagai hero.
Pada tahun 2013, di tengah-tengah ancaman bahawa negara itu berada di ambang melakukan ujian nuklear ketiga., Korea Utara mengeluarkan salah satu video propaganda yang paling aneh. Klip yang berdurasi 3 minit 30 saat untuk menunjukkan Korea Utara bermimpi akan sebuah bandar menyerupai New York dengan pencakar langitnya yang sedang terbakar.
Ia telah dimuat naik ke Youtube oleh Uriminzokkiri, agen propaganda rasmi Korea Utara yang mengandungi kapsyen dalam bahasa Korea bermaksud:
"Asap hitam meletup di suatu tempat di Amerika. Mungkin sekumpulan syaitan, yang telah biasa melakukan perang pencerobohan, terbakar dalam api yang mereka nyalakan sendiri,"
Namun, video tersebut telah dipadamkan oleh Youtube selepas syarikat permainan video Activision mendakwa ia merupakan babak dalam permainan ciptaan mereka, "Call of Duty".
Ugutan terhadap Amerika Syarikat dilakukan selepas muat naik video itu dengan melancarkan ujian peluru berpandu oleh Korea Utara.
1. Perang "The Interview"
Pada tahun 2014, Sony Pictures telah melakukan satu perkara yang diluar jangkaan. Mereka menghasilkan sebuah filem yang diberi tajuk "The Interview", sebuah filem sindiran mengenai Seth Rogen dan James Franco yang cuba untuk membunuh Kim Jong Un.
Ia pada mulanya dijadualkan untuk ditayangkan pada Oktober 2014, namun pada Jun 2014, kerajaan Korea Utara mendapat tahu tentang filem ini dan mengugut untuk berperang dengan Amerika Syarikat jika Columbia Pictures mengeluarkan filem tersebut.
Sebagai respon, Columbia menundakan penayangan filem itu ke bulan Disember dan dilaporkan menyunting semula filem tersebut agar boleh diterima oleh Korea Utara. Namun, ia tidak cukup bagi Kim Jong Un yang mana dilaporkan menjadi dalang kepadas serangan siber ke atas Sony Pictures dengan menyebarkan maklumat sulit yang dibantu oleh kumpulan yang dikenali sebagai "Guardian of Peace".
Kumpulan ini juga mengugut untuk melancarkan serangan pengganas terhadap panggung wayang yang menayangkan filem ini. Akhirnya, kebanyakan rangkaian panggung wayang besar tidak berani menayangkan filem ini dan Sony memutuskan untuk melancarkannya secara atas talian.
Filem ini memperoleh USD 40 juta dari sewaan digital menjadikannya sebagai pelancaran digital paling berjaya Sony.