Manusia senantiasa punya banyak persoalan tentang dirinya, apatah lagi apabila dirinya ditimpa ujian.
Bagi mereka yang Muslim sepatutnya tahu diri mereka sangat bernasib baik, kerana dalam bermacam persoalan yang mungkin timbul tentang hidup, jawapan-jawapan itu terkandung dalam al-Quran.
Cuma mahu atau tidak individu itu tersebut membaca untuk mendapatkan jawapan. Berikut adalah 8 soalan yang selalu kita tanyakan terhadap kehidupan kita yang telah dijawab oleh al-Quran.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Kenapa saya sentiasa diuji?
Jawapannya dalam Surah al-Ankabut ayat 2 &3 : Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.
2. Kenapa saya tak dapat apa yang saya mahu?
Jawapannya dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 : Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
3. Kenapa aku selalu dibebani kesusahan?
Jawapannya dalam Surah al-Baqarah ayat 286 : Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Jawapan kedua Surah al-Insyirah ayat 5-6 : Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
4. Apa profitnya kalau aku jadi Muslim yang baik?
Jawapannya dalam Surah at-Taubah ayat 111 : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh.
(Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
5. Dengan siapakah saya boleh bergantung harap?
Jawapannya dalam Surah at-Taubah ayat 129 : Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."
6. Saya dah putus asa dengan hidup, apa lagi boleh dibuat?
Jawapannya dalam surah at-Talaaq ayat 3 : Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Moga bermanfaat bagi mereka yang kerap rasa mudah berputus asa atau selalu merasa kecewa dengan perjalanan hidup mereka.